Monday, April 23, 2012

Tiga mahu, Tiga cerita


Tak mungkin petah gadis comel itu dikenang tanpa tersenyum.
Tak mungkin ceramah ustazah cilik itu diingat tanpa tersipu.
Tak mungkin jelingan malu tapi mahu si bujang kecil dibayang tanpa tersengih.
Tak mungkin usikan nakal si adik diimbau tanpa terketawa kecil.
Tak mungkin soalan menduga si kakak didengar terngiang-ngiang tanpa tertunduk malu.
Tak mungkin pandangan tajam si emak dibayang tanpa tergetar jantung sama seperti ketika itu.
Tak mungkin senyum si arwah ayah dipandang  tanpa terbit rasa rindu.

Banyak kenangan yang membawa banyak rasa.
Kalaulah boleh dipindah memori ke jasad lain, dah lama dah dicuba.
Aku mahu lupa.

Barang lepas jangan dikenang orang kata.
Ada banyak lagi sebab untuk ketawa.
Cuba seka air mata.
Jalani hidup dengan gagah dan bergaya.
Hati dibuka untuk cerita kedua.
Cerita baru buat mawar mekar semahu-mahunya.

Mawar mekar mewangi bukan tanda mawar layu lalu dah luput dari mata.
Kisah bahagia menyapa bukan tanda calar hati mati dah tiada.
Hanya kerana semangat ada mahu mencuba.
Disemai kasih dibaja rindu.
Sekejap resah sekejap bahagia.
Belum terjamin mampu dituai cinta.
Sebab balasan rasa tiada lagu.
Aku mahu tahu.

Orang tak nak jangan dikejar orang kata.
Cintai dia yang mencintai lebih bahagia.
Jasad dekat, hati rasa melekat.
Terdiam berfikir cerita ketiga dengan ligat.
Siapakah si gerangan pendengar setia.
Celoteh kahwin jadi gurau senda.
Mungkin bermaksud atau hanya penyedap bicara.
Mungkinkah ini cinta seadanya.
Atau hanya kisah sahabat mulia.
Aku mahu bahagia.

Cerita lama terus jadi kenangan.
Cerita rindu terus jadi impian.
Cerita semasa terus jadi ujian.

- ayen usen - 9.54 malam - 22/4/12 -


4 comments:

m taufiq a aziz said...

"Cerita lama terus jadi kenangan.
Cerita rindu terus jadi impian.
Cerita semasa terus jadi ujian."

ok, ni bes.

~ fiza said...

menusuk ke kalbu...

ayen =D said...

thanks taufiq.. tu je best ek? hahaha ok, ain, cuba lagi...

baiklah mama Auni ;)

Afzani Tual (Ajan) said...

Kita anyam kisah baru, sesuci lebaran kita.