Tapi aku tak lah malas tahap Garfield, sebab sekurang-kurangnya hari ni aku skype dengan keluarga aku satu jam, aku chat dengan 4 orang kawan dengan panjang lebar, aku masak sarapan (roti telur) berbanding buat oat je pagi-pagi lain, aku ada perbualan berkualiti dengan rakan serumah selama sejam, aku masak bihun tomyam berudang (dan bercendawan, berbrokoli) dan terkini, aku siap basuh baju. Tengah separuh jalan lipat baju, aku pun menulis.
Masa aku keluarkan baju daripada mesin pengering tadi, tiba-tiba aku sebak teringat beberapa orang kawan aku. Sob sob sob. Haih, dua tiga menjak ni, asyik nak sebak je teringat macam-macam cerita lama. Ni lah alkisah manusia di perantauan kesepian lagi ke.. kegemukan?
Pertama kali aku guna mesin pengering.. (ya, aku orang kampung, selalu pergi ke ampaian untuk keringkan baju, memang gayat dengan teknologi ni), ialah masa pertama kali ke luar negara, bersama 3 gadis Melayu (mungkin ada yang mengaku Jawa, keturunan Cina, tapi aku tahu dekat IC diorang tulis keturunan Melayu) ke dobi bangunan asrama kami. Masa tu kami bawa baju untuk dibasuh. Dan dobi tu mestilah keringkan sekali kan. Nak harapkan kering dengan cuaca 14 darjah celsius masa tu, mustahil dan mustafa.
Masa aku peluk baju daripada mesin pengeringtadi, aku tiba-tiba teringat seorang pelajar lelaki dari Poland yang comel (ya, sebab dia comel la aku teringat), yang tegur kami.
"Do you know, that using the dryer will make your clothes... maybe, shrink..?"
Aku tak ingat apa respon kami.. tapi... yang aku ingat... "Owh, comelnya kau.. kacaknya kau!!" Dia senyum, oh, manis sekali! Masa tu kami (aku rasa berdua je masa tu) balik ke bilik kami dengan hati berbunga-bunga, terzahir pada senyuman berjela-jela ke telinga. Kami pun mula lah usha mamat tu, yang ada kembar, duduk sebelah bilik kami. (ke, yang duduk sebelah bilik kami tu adalah dia?)
*sweater hijau dalam gambar ini lah, satu-satunya baju aku yang mengecut dek dryer. tahniah! gambar ni, kami berempat dengan course-mates dari Filipina dan Cina, dan pensyarah tempatan kami yang baik hati lagi budiman*
Tengok, cerita dryer pun teringat tiga orang tu. Tiga kawan yang sama-sama gayat pertama kali naik kapal terbang nak ke Warsaw. Masa kapal terbang nak berlepas, kami berempat pegang tangan erat-erat. Takut ke, teruja ke, aku pun dah tak ingat. Serius kelakar bila fikir balik! Jakun!
*Winter pertama kami berempat, buat cover album yang belum di pasaran - Krakow, 2007*
Barang lepas jangan kenang. Tapi, kalau aku tak kenang cerita lepas, macam mana aku nak percaya bahawa;
Kawan ketawa dan lepak kat mamak senang nak cari,
SMS je pun boleh jumpa kat mana-mana simpang,
atau dia jawab selepas 3 jam, "sorry, tadi aku tidur terbongkang".
Tapi kawan susah sama-sama,
Jatuh sama-sama,
Dan rasa bodoh sama-sama, susah nak cari.
Tengok kat Facebook, kita memang makin ramai kawan. Tapi, betulkah kita semakin tambah kawan? Kenapa aku rasa, berkurang =(
No comments:
Post a Comment