Showing posts with label kisah tauladan. Show all posts
Showing posts with label kisah tauladan. Show all posts

Saturday, March 6, 2010

Scoring Points with the Opposite Sex

Bangun tidur dengan gembira.

Yes, I am happy.

Baca buku "Men are From Mars, Women are From Venus" oleh John Gray yang dibeli bersama Iqa, adik aku 20.08.2008. Wah, cantik tarikh. Tak habis-habis lagi baca. Pagi-pagi bangun baca buku tu bukanlah sebab rajin membaca sangat, tapi buku itu yang ada di sebelah tilam, selain daripada handphone. Disebabkan tak nak bangun daripada tilam lagi, maka aku membaca.

Aku baru habiskan bab "Scoring Points with the Opposite Sex"

Serba sedikit, bab itu menceritakan bagaimana seorang lelaki atau perempuan merasakan mereka saling menyayangi dengan adil atau tidak. Keadilan itu ditafsirkan sebagai scoring point. Kalau lelaki rasa disayangi, dia bagi point pada pasangannya. Macam tu juga kalau perempuan.

Tetapi, John Gray menyusun bab itu, dengan menunjukkan cara lelaki dan perempuan memberi point adalah berbeza. Biasa tak dengar lelaki sebut, "perempuan benda-benda kecik, semua nak kira. remeh. leceh"

Contoh paling kelakar. Lelaki yang disebutkan dalam bab itu mengadu, dia kerja kuat. Buat overtime lagi. Untuk sediakan rumah besar, kereta mewah. Tapi suami isteri itu tak bahagia. Bila disoal siasat, si isteri jawab, "saya buat macam-macam untuk dia. untuk tunjuk saya sayang dia. saya kemas rumah, saya basuh pinggan, saya masak, saya jaga anak-anak. setiap yang saya buat sebab saya sayang dia" "saya pun", suami jawab. "mana ada. awak cuma kerja, beri rumah dan kereta je"

Huh.. John Gray tulis, betapa perempuan memberi point untuk setiap perkara yang kecil tetapi perkara yang besar (bagi lelaki) tetap mendapat point yang sama banyak. Berbeza dengan lelaki, mereka hanya beri point pada hal-hal yang besar. Ahhhaaa...

Okay, banyak lah contoh-contoh diceritakan. Apa yang lebih dihargai lelaki dan apa yang lebih dihargai perempuan. Mengingati perbezaan ini mampu mengharmonikan hubungan. Cewah, sejak bilakah aku nak jadi penasihat rumah tangga?

Memang aku tiada pengalaman, tapi aku sudi ceritakan kekaguman aku tentang mak ayah aku. Ma, pa, tak kesahkan ain cerita?

Masa mama tak berapa nak sihat, atau letih sebab siapkan songkok yang banyak, mama pun baring lah merehatkan diri. Dengan badan yang lebih kuat dikurniakan oleh Allah kepada papa berbanding mama, papa pergi kemas dapur. Walaupun ada kedengaran suara membebel, "ni kenapa bekas ni kat sini ni. ni apsal plastik tak duduk kat tempat plastik" dan blah blah blah, tapi papa siap kemas semua. Ini mama yang ceritakan semula pada aku. Walaupun mama nak cerita 'bebelan' papa, tapi sebenarnya dia highlight yang papa tolong kemas dapur!

Lepas tu, mama pun pergi dapur, dan masak dengan gembiranya. hehehe..

Small things are counted by women! They feel loved. And men also feel loved when they are appreciated. Dan contoh ini memang ada dalam buku tersebut! (muka surat 178) Mestilah papa tak baca buku ni kan?

Okay, satu situasi lain. Dalam kereta. Ada papa yang memandu, mama sebagai co-pilot setia dan aku sebagai penumpang seorang di belakang. Menuju ke satu tempat yang tak pernah sampai. Papa tak ikut panduan yang aku beri, yang aku dapat dari rakan. Dia main jalan je. Tak pe, sabar. Owh.. jalan makin jauh. Kami makin penat. Kereta pun banyak di atas jalan. Aku diam.

"kalau tak salah jalan, tak lah kita boleh tengok ni kan..", papa cakap.
Mama boleh pulak tengok dan baca papan tandanya "kem latihan..." eerr.. aku tak ingat dah.

Terus lagi memandu.

Sampailah satu tahap, papa masih membelakangkan cadangan aku. Aku hangin. Aku diam. Bila dia tanya, "sekarang macam mana?"
"tadi papa nak jalan sini, ikut papa la.. mana ain tau"
Aku telah TERbiadap.
Diam.
Mama diam.

Okay.. tak payah lah aku cerita detail. Lama-lama aku perasan. Bahawa setiap kali papa ikut kepala dia semasa memandu, mama akan diam, atau menyokong papa, atau paling hebat, menyebut kelebihan salah jalan. Huh. Dan kalau nak tahu, dalam buku tu ada sebut, antara perkara yang membuatkan seseorang lelaki memberi point yang tinggi kepada pasangannya ialah,

He gets lost and she sees the good in the situation.
He makes a mistake and she doesnt say "I told you so" or offer advice.
(muka surat 199)

Dan aku sangat pasti mama tak baca pun buku ni.

Pa, Ma,
Thanks for everything.
Every single thing yang Papa dan Mama buat, mungkin tak semua ain sambut dengan sikap dan kata-kata yang menyenangkan. Tapi sebenarnya, ain selalu kagum dengan Papa dan Mama.
Walaupun Papa dan Mama tak baca blog ni mungkin, tengah sibuk berniaga kat Pusat Kraftangan, Jalan Conlay di KL tu, ain tahu yang Papa dan Mama faham yang ain sayang sangat kat Papa dan Mama..

Miss both of you..

Ain, anak yang degil.

Saturday, November 14, 2009

Jadilah span

Tidak mampu diterima banyak akal, seorang pelajar peringkat ijazah sarjana muda (degree) Sains, kursus Fizik Industri membuat latihan industri (a.k.a praktikal) di sebuah hospital kerajaan. Bertubi-tubi persoalan dari berbilang pangkat tentang apa kursus pengajian, dan kenapa praktikal di hospital. Jenuh, bosan. Ada diam, senyum. Ada juga dijawab, dan respon yang diterima adalah pelbagai. Respon yang menerima, puas hati dengan jawapan, dan meneruskan perbualan atau kerjasama dengan amat menyenangkan. Tapi ada juga yang tidak berpuas hati, dan timbul ‘gap’ dalam bekerjasama. Tertekan. Hampa.

Lepas dua minggu, tak tertanggung rasanya badan dan jiwa untuk terus bertahan, belajar dan menimba pengalaman.

Nak drop lah praktikal ni. Buat praktikal tahun depan. Lambat grad pun, lambat lah.. Tak larat nak layan ayat dan muka orang-orang tertentu…”

Memang putus asa.

Namum tak kurang juga orang yang menguatkan semangat dan membuat hati itu kering. Tapi gadis yang ketika itu berumur 19 tahun itu, masih mencuba pelbagai cara untuk terus meningkatkan keyakinan, “kenapa aku berada di sini untuk praktikal”.

SMS dihantar kepada seorang yang dipercayai. Pensyarah bahasa Inggeris di UTM Skudai, yang dikenali kerana pernah mengikuti kelas bahasa Inggeris untuk persediaan MUET (Malaysian University English Test).

“Saya dah buat macam Sir ajar. Rancangan jadual praktikal sendiri. Be indipendant. Campur semua orang. Buat kerja sebelum diberi kerja. Be flexible. Tapi saya tak seronok. Tak tahan dengan orang-orang ditempat praktikal saya. Saya rasa macam nak drop praktikal ni. Saya tak tahu nak buat apa.”

Dengan segera, SMS dibalas. Walaupun Sir, iaitu Mr Affendi yang juga seorang konsultan adalah manusia sibuk.

”Be a sponge. Not Sponge Bob. He3. Ikut orang, bukan orang ikut kita. Cuba bergaul dengan orang lain. Bukan sahaja sama level dan ke atas, tetapi juga cleaner. Kalau boleh, buat kerja cleaner. You akan jumpa keseronokan tu. All the best. Kalau masih ada masalah, beritahu saya”

Lebih kurang begitulah seingat kotak fikiran ini SMSnya. Simple. Tapi bermakna.

Benar, gadis itu, iaitu aku, tak pernah bergaul mesra lagi setelah 2 minggu itu dengan para cleaner di hospital itu. Mari cuba.

„Auntie, dah makan?“, soalan paling simple dan mudah.

„sudah. Dah makan?“

„Baru nak pergi makan ni“ Cubaan pertama.

„rehat?“

„ha ah lah, banyak penat lah. Tapi kerja sudah siap”

“ooo.. saya ada kerja lagi ni.. Auntie rehat-rehat. Ini pun kemas kat sini ke?”

‘Ini’ merujuk kepada kakak cleaner yang lain.

“tak, dia jaga wad punya”

“ooo…”

Perbualan biasa, mesra, sekejap, tapi aku rasa seronok. Sampai Auntie tu bawa muruku, bagi aku, makan sama-sama muruku tu tau. Bukan beri satu plastik. Aku makan, duduk sebelah dia di kerusi tempat menunggu di Unit Radiografi. Bersama penyapu, mop, dan baldi. Perbualan diperpanjangkan kepada para cleaner memang India mari, lelaki-lelaki, yang tak tahu berbahasa Melayu. Berkat kehebatan bahasa tubuh, akhirnya mereka tahu perkataan : dah makan, sudah, belum, lapar.

Terkedek-kedek aku berjalan, hospital itu memang lengang. Hospital baru. Seorang pakcik sedang termenung memandang kawasan taman. Tengok orang potong pokok rupanya. Pakcik tu sebenarnya ketua kontraktor hospital itu. Aku tahu, tapi tak pernah tegur. Macam kerek je pakcik tu. Tegur lah kejap. Ini pesan Mr Affendi. Tarik nafas.

„Wah, nak potong macam mana tu?”

„Ntah dia tu, saya suruh potong sikit, habis dia potong. Ni kena fikir macam mana nak buat ni”

„hehehe.. ye ke? Tak pe, boleh adjust lagi ni”

„tu lah, macam mana ye?”

„hmmm.. saya ni bukan pandai sangat. Tapi okay lah tu, biar habis potong, nanti pokok tu naik balik, tak lah tinggi sangat. Macam hutan nanti. Tak pun, nanti tanam pokok rendang-rendang aras tanah je"

"ha.. betul.. betul.. "

"Encik kontraktor hospital ni kan ? Sibuk ye nampak sekarang.."

"Ha ah, tulah, baru siap, macam-macam komplain. Dah kerja kita. Awak baru kerja ke ?"

"Saya praktikal. Belajar Fizik, kat UTM Skudai."

"Oo… saya ni dulu Kejuruteraan Awam. "

"Ooo.. lama dah kerja ni..?"

"eh, lama…" blah blah blah..

Betul lah, aku rasa seronok. Dan aku belajar lebih banyak dari orang-orang yang aku tak sangka. Bila seronok, kerja-kerja lain jadi seronok. Buat kerja dalam keadaan seronok, memang menjadi. Kalau masalah, dapat ditangani dengan tenang. Kalau tenang, memang seronok. Haa.. sudah... berbalik-balik dah ayat aku ni. Akhirnya, aku selesai 10 minggu praktikal. Dan puas hati dengan praktikal aku, yang aku akan ingat pengajaran-pengajaran, sampai bila-bila.

Terima kasih Mr Affendi.

Aku belum jumpa-jumpa lagi dia selepas 3 tahun. Huhuhu..