Tuesday, November 30, 2010

Papa memang tak Sayang Ain


Assalammu'alaikum para pembaca sekalian,

Tengok tarikh post terakhir aku, alamak, 10 November... dan 20 hari tidak update blog! Aku manusia yang gagal merancang masa! Hohoho, giler kejam statement untuk diri sendiri ni kan..

Okay, bukan gagal merancang masa, tetapi nafsu menulis itu tertimbun dengan tekanan emosi yang lain (serius bunyi macam manusia tertekan giler padahal tak lah seberat mana masalah-masalah melanda). Nafsu itu dihempap-hempap dan dilenyek-lenyekkan macam mashed banana dek masalah keyboard laptop aku (mashed banana = pisang lenyek buat masker kat muka, lepas tu pisang tu dok jatuh-jatuh dari muka sebab licin seterusnya kena rambut dan bantal.. hampeh.. pakai masker dalam keadaan tidak tenang.. huh..)

Keyboard laptop aku mempunyai kesakitan mengada-ngada pada tiga butang ini (,.?) dan itu sangat mengganggu penulisan di blog kan.. (kesakitan mengada-ngada = kadang-kadang okay kadang-kadang not functioned)

Habis ni boleh je aku tekan ,,,,,....???? Sebab aku guna laptop adik Mai di bilik aktiviti (bilik Lala sebenarnya) Lalalalala.....

Perbualan lebih kurang 10 minit sebelum aku menulis,
"Eh Ain, tak cuti ke?"
Beberapa saat aku terdiam sambil senyum. Kenapa kena ambil cuti ya sekarang? Ada apa-apa raya yang aku lupa ke? Aku tanya dalam hati.

"Ala kak.. saya mana lah ada anak cuti sekolah, nak amik cuti bawa anak jalan-jalan kan.."
Aku bernasib baik sebab dapat cover blur.

"Hehehehe.. ha ah kan..."
Kak Anis, pembantu makmal comel itu puas hati dengan jawapan aku. Yes!

"Akak cuti lah ni?"
Aku tanya, menambahkan ramah-tamah.

"Ha ah.. anak akak SPM ni kan..." "ooo..."

Sampai ambil cuti tu anak SPM.. So sweet... Bapak aku tak cuti pun masa aku SPM dulu.. sob sob sob.. Papa memang tak sayang Ain kan? Betul kan?

*Aku tetap sayang Pakcik Google sebab boleh bagi gambar apa-apa saja, bila-bila masa saja*


Errr.. Kalau aku ambil SPM dan tinggal di sekolah berasrama semasa ambil SPM, apa ke jadahnya bapak aku ambil cuti kan? Haih... Ops.. Sorry Pa! Hehehe...

* Sedikit berita sensasi (eerrr sensasi ke?) Aku dah habis baca buku Five People You Met in Heaven. Selesailah semua pengajaran daripada kelima-lima orang dalam novel tu. Pengajaran mantap.. InsyaAllah, aku ambil iktibiar.. Tapi.. Hmmm.. I like surprise.. Cerita tu macam dah cakap awal-awal yang dia akan jumpa 5 orang, dan masuk syurga.. Maka.. macam tu lah ceritanya.. hehehe.. Aku mengharapkan bila habis je buku tu aku jerit.. "aarrgghh!!! benci nya!" atau "wah...! sweet giler.." atau "yes! akhirnya!".
Tapi kenapa aku baca dan aku ala-ala cakap, "Hmm.. dah habis dah.. buku apa ye next aku nak baca?"dengan mood malas saja.. Bukan tak best tapi tidak terlalu teruja dengan ending.. KOT....

*Apa ya kepentingan post kali ni? Hmmm.. Okay, sekurang-kurangnya pembaca boleh tahu bahawa pisang lenyek boleh buat masker untuk kulit kering/sensitif. Maklumat lanjut? Sila cari Pakcik Google ;)

Wednesday, November 10, 2010

Di Sudut Kamar Hatiku - Aku Kena Sampuk!

Kalau pagi tadi aku dengar lagu Teringin nyanyian Shima sebanyak dua kali (sebelum sampai ke opis aku) dari dua siaran berlainan melalui radio dalam kereta, tak mustahil aku akan dok nyanyi lagu Teringin sepanjang hari kan? Dua kali tu.. Kena sampuk lagu Teringin sangat logik.

Tapi aku tak tahu kenapa, 'hantu' mana yang sampuk, tiba-tiba aku teringat satu melodi, beberapa baris lirik. Atas cadangan Lala, aku google lirik yang aku ingat, dan aku jumpa gerangan empunya melodi dan lirik. Haaa....!!!

Lagu Di Sudut Kamar Hatiku, dendangan Jamal Abdillah.. eeewww.. puas hati aku, Lala dah tunaikan permintaan lagu ni dari laptop Lala... Sekarang tengah layan untuk kali ke-2, sebelum menghadap Encik Supervisor beberapa minit lagi.

Resah hatiku merinduimu
Terbayang-bayang anggun, senyum dan tawamu
Baru semalam rasanya bagai setahun
Pemergianmu tak tertanggung

Indah suasana tika bersama
Siang dan malam seolah di alam syurga
Cintamu itu cinta yang setulus jiwa
Dimana ku cari gantinya

Telah kulupa detik hitam selamanya
Yang menodai cinta kita
Tidak terdaya menahan takdirnya
Engkau abadi di dalam dada

Sepi dunia di dalam riuh rendahnya
Pedih jiwaku tanggung derita
Patah hatiku kesalan tiada terhingga
Kau satu dalam berjuta

Kepada Tuhan tempatku taruh harapan
Engkau selamanya dalam bahagia
Cintamu itu biar kukenanginya
Di sudut kamar hatiku...

Sekadar coretan buat kenangan
Cerita kita di sini kuabadikan
Tinggi harapan semoga diketemukan
Di alam impian syurga idaman
Tinggi harapan semoga diketemukan
Di alam impian syurga idaman

Hidup ni kan boleh jadi teater.. Dengan satu lagu, boleh buat mimik muka sedih atau gembira... Terpulang kepada pengarah.. Terpulang kepada penulis skrip.. Terpulang kepada pemain watak.. Yang penting, pasti ikut tuan punya dewan teater, yang mana satu ketentuan-Nya...

Tuesday, November 9, 2010

Let Allah do the Rest

You can see the past, but you cannot influence it.
You can influence the future, but you cannot see it.

Sekali dengar, itulah yang aku tangkap, dari mulut MC (master or ceremony) Bengkel 1 Fotonik UTM semalam. Bengkel tu pasal apa, okay, aku tak sudi nak cerita di sini sekarang (hehehe, suka hati aku kan), tapi apa yang aku nak kongsi hanyalah ucapan penutup cik MC, seorang RO (reseach officer) kalau tidak silap. Cik MC ada sebut itu kata-kata daripada someone, tapi aku tak dapat tangkap namanya, maaf =D

Ya, kita sangat faham dengan masa yang dah lepas (the past), kita nampak apa, bila, kenapa, bagaimana.. Kita boleh bincang berjela-jela tentang perkara yang dah lepas.. Daripada macam-macam perspektif kita boleh nampak. Dari mata aku, mata korang, mereka, dan mereka.. Ikut mata, telinga dan hati masing-masing to see the past. Tapi seterang mana pun kita nampak apa yang telah berlaku, kita tak boleh buat apa-apa untuk mengubahnya. You cannot influence it even you are the most powerful man in the world. Bak kata Imam Shafie (ke, Ghazali?) pada anak muridnya, benda yang paling jauh, ialah masa lampau. Kita takkan dapat 'capai'.

Senang kata, kau nak telagah lebih-lebih tentang hal yang lepas pun, apa kau boleh buat? Nasi dah jadi bubur McD?
  1. Dia tu apa je kelebihannya, sampai kau boleh sangkut jadi girlfriend dia? Ni dah kena tinggal, sedih ke?
  2. Kau ambil bidang Sains, apa sangat kau boleh kerja kat Malaysia ni. Tu la.. Lainlah kalau ambil Engineering..
  3. Dulu nak sangat jimat, nak beli kereta ABC.. Sekarang tengok, kalau dari dulu kau beli kereta XYZ, tak de sekarang kau pening-pening nak tukar kereta...
  4. Kenapa kau pakai jenama KKK? Aku pakai jenama JJJ, elok ha sampai sekarang, 4 tahun tahan lagi..
  5. Tu la, aku suruh hantar anak kau tu sekolah asrama kau tak nak.. Nak duduk bawah ketiak kau.. Ni dah degil tak nak belajar..
  6. Orang buat PhD direct after Masters, tengok sekarang, senang je nak maju nanti... Ni kau nak rehat-rehat dulu, masa jalan, kau yang tertinggal..
  7. Tu lah, nak buat projek PhD yang pelik-pelik, advance sangat.. sekarang dah susah nak bangunkan kat makmal sendiri kan..
Dan macam-macam lagi the worst cases that I can think about (ada yang aku saja-saja je wujudkan. tiada kena mengena dengan yang masih hidup atau yang telah mati). Dah nasi jadi bubur McD, makan je lah bubur tu dengan nikmatnya, letak black pepper sikit, godak, makan dengan sopan sebab panas. Apa masalahnya? Nak nasi, balik rumah masak la..!

"My life was a waste"
, kata Eddie kepada Blue Man, lelaki pertama yang dia jumpa di 'syurga' dalam buku Five People You Met in Heaven, tulisan Mitch Albom. Blue Man jawab, "No life was a waste. The only waste is when you think that you are alone in your life" Errr.. macam tunggang langgang je ayat aku ni, tapi lebih kurang begitulah. Terkesan. (Aku baru baca sampai orang ke-2 yang Eddie jumpa. Fuh berat gak kepala otak aku nak proses isi novel yang satu ni)


Aku dah baca For One More Day, serius meremang bulu tengkuk. Tentang macam mana kalau kita diberi lebih satu hari lagi untuk bersama-sama dengan orang yang kita sayang sebelum dia mati. Dalam buku tu, tentang ibu. Siapa baca tapi tak terkesan, serius dalam itu hati ada besar punya batu (Happy Deepavali, belated =D) Boleh pula aku tak baca lagi Tuesday with Morrie kan, antara buku Mitch Albom yang terkenal. Tentang guru kalau tak silap. Err, nanti-nantilah ;)

Okay, balik semula pada quote di awal post tadi, selesai bercakap tentang masa silam, kita tengok pula tentang masa depan, the future. Ya, kita boleh buat macam-macam untuk 'ubah' masa depan kita.
  1. Kita tulis things-to-do pada buku nota kita supaya nanti kita tak lupa apa yang penting untuk kita buat minggu depan.
  2. Kita makan makanan tidak basi hari ni, supaya esok kita tak sakit perut.
  3. Kita pilih baju dan tudung biar sama cantik dan padan, supaya bulan depan, majlis kahwin kawan, sedap mata orang lain memandang kita.
  4. Kita belajar untuk dapat A dalam semua subjek supaya kita boleh dapat pekerjaan yang kita idam-idamkan.
Okay, aku penat nak fikir contoh lain. Cukup Ain, cukup..!

Tapi, betul ke kita akan mampu buat apa yang kita dah tulis dalam things-to-do kita tu minggu depan?
Betul ke kita takkan sakit perut esok?
Betul ke dalam majlis kahwin tu, mata orang lain senang memandang kita? Atau tak sempat mata siapa-siapa pandang?
Betul ke kita akan layak dapat pekerjaan yang diidam-idamkan nanti dengan A kita?

Boleh nampak? Tak boleh kan. Kalau boleh, itu Nujum Pak Belalang orang kata.

Tadi ada perjumpaan NC (naib canselor) UTM, Dato' Zaini Ujang dengan para tutor di UTM dan aku sangat tertarik dengan satu cerita beliau (cerita apa yang aku tak tertarik kan?). Profesor di Israel yang berperang (diperangi atau memerangi) pun buat research dengan sungguh-sungguh, hebat-hebat.. Kata seorang profesor tu, "My work is doing the research and I have to do the research now, because I don't know if my lab (laboratory) will be exist tomorrow"

You can see the past, but you cannot influence it.
You can influence the future, but you cannot see it.

So, see the past and learn. Influence the future and..
(eerr.. tak reti lak aku nak sambung konon-konon qoute kan..) let Allah do the rest.


Wednesday, November 3, 2010

Tinggikah Martabat Bahasa Anda?

Situasi 1 : Kedai menjual pakaian
"Jemput masuk dik... Cari apa dik?"
"Tengok-tengok dulu ya..." adik itu menjawab.
"Tengok lah... Saiz ada..."


Situasi 2 : Di rumah terbuka kawan
"Assalammu'alaikum..."
"wa'alaikum salam.."
"Selamat hari raya... "
Sambil senyum, bersalaman.


"Ini kawan-kawan Nora ke?"
"Ha ah... "
sambil senyum semesra yang boleh kepada kakak ipar Nora yang bertanya.
"Betul ni kawan-kawan Nora?"
"ha ah... " senyum lebar lagi.
Kakak ipar Nora memegang kedua-dua belah bahu salah seorang daripada kawan-kawan Nora, dan berkata, "Laaa... kawan-kawan Nora ek... semangat semua...." sambil buat muka kagum.

Sebelum kakak ipar ditinggalkan kerana masing-masing mahu pulang, mereka bersalaman lagi.
"Seluar akak ni akak pakai dari akak anak dara tau.."
Dalam hati salah seorang kawan Nora, "Ada aku tanya?"

Situasi 3 : Di sebuah rumah kampung

"Eh, kau ni dah tunang ke, baru kene risik.. cuba cerita sikit.."
Yang ditanya diam, malas menjawab. Apa susah, mak bapak ada, selaku pengurus sidang media.
"oooooo.... Pak Lang bagi masa sebulan, kau diet.. senaman... nak kahwin nanti kan.."


Situasi 4 : Di hospital tempat praktikal

"Kau ni manis lah"
Yang dipuji diam, malas menjawab.
"Saya ada anak lelaki tau. Segak"
"oooo... " yang disapa cuba senyum ikhlas.
"Kau diet sikit lagi, saya kenalkan kau dengan anak saya ya.."

Situasi 5 : Di kafe

"Haaa... inilah Sofia...", Rosnah kenalkan Sofia kepada beberapa orang kawan lamanya.
"Ooo.. hai..." Ramli memandang Sofia sambil senyum tetapi dahi berkerut.
"Kau tak ingat ke?" "Errr.. tak sure la..." "Tak perasan kot.. " Rosnah meneka, sambil Sofia duduk di kerusi kosong di meja yang sama.
"Yang kecik-kecik dulu aku jumpa tu, siapa ek?"

Dalam hati Sofia, "Aku ke?"


Terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata, malah mimik muka, memang tak boleh di cover lagi. Anda rasa anda cukup baik? Cukup sopan? Cukup peramah? Cukup prihatin? Cukup mulia? Anda rasa anda tak layak dilayan biadap oleh orang lain? Tak layak disakiti oleh kata-kata orang lain? Tak layak dapat kutukan orang lain? Tak layak kecil hati disebabkan orang lain?


Komen aku untuk semua situasi ;

Situasi 1 : Kedai menjual pakaian

Okay, kedai anda bagus, ada variasi saiz untuk pakaian. Peniaga macam ni lah yang kita harapkan. Tapi maaf, saya buka pelanggan yang anda boleh harapkan untuk memberi keuntungan kepada kedai anda hari ini, sungguhpun kedai anda ada baju saiz saya, terima kasih.

Situasi 2 : Di rumah terbuka kawan

Owh.. kami memang semangat.. bersemangat waja.. menyambut jemputan rumah terbuka dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran... bercampur gaul dengan orang lain tanpa diskriminasi pangkat, pendidikan atau kekayaan.. senyum lebar tanpa mengira bau haruman.. kami memang penuh semangat kekitaan.. dan kami memang mampu beli seluar baru, tak perlu pakai seluar dari zaman anak dara untuk digunakan sehingga beranak dua... mulianya hati akak merendah diri kerana tak beli banyak seluar.. zuhud itu kami akan kagumi sampai bila-bila...

Situasi 3 : Di sebuah rumah kampung

Terima kasih Pak Lang atas nasihat tersebut. Semoga Pak Lang terus sihat walafiat dengan keidealan berat badan Pak Lang.. Kalau sakit juga, sila kuruskan badan lagi.. Takkan dah tua-tua lemah badan nak bawa badan yang berat-berat kan? Kesian nanti... InsyaAllah, saya takkan jumpa Pak Lang dalam masa berbulan-bulan selagi saya tidak sesedap mata Pak Lang memandang..

Situasi 4 : Di hospital tempat praktikal

Terima kasih Tuan Haji atas pujian kemanisan saya tu. Tahniah sebab ada anak lelaki yang segak. Semoga Tuan Haji jumpa menantu yang sepadan untuk digandingkan dengan anak Tuan Haji yang DIKATAKAN segak itu. Semoga berkekalan dan bahagia sampai ke syurga. Saya tak jatuh sakit kalau tak diperkenalkan dengan anak lelaki Tuan Haji, insyaAllah...

Situasi 5 : Di kafe

Hai Ramli, selamat petang! Semoga kau dapat jumpa orang yang kecik-kecik yang kau cari tu. Aku yakin, orang itu bukan aku.


Tinggikah martabat bahasa anda?

**Nama yang digunakan bukan nama sebenar. Isi dialog yang digunakan bukan sebijik-sebijik seperti dialog sebenar. Gambar-gambar yang terselit bukan gambar sebenar (sumber : Google). Situasi-situasi yang diutarakan... eerrr.. memang situasi sebenar.. **