Friday, January 16, 2009

janji manismu

***lama jugak aku tak biar jari-jari comel aku ni menari atas keyboard laptop tentang isu hati dan perasaan kan.. haha..rasanya kat blogspot ni, belum pernah lagi... patut la aku rasa macam tak best jer.. haha.. ok, i try this one.. ***

hati membeku mengingatkan kata janji manismu...
ku dilamun angan-angan belaian kasih sayang suci dari mu...
oh kejamnya..
lidah tidak bertulang, ucapan cinta menghiris kalbu...

itu la dia, petikan lagu Aisyah yang jadi juara Muzik-muzik tahun 1990, tahun adik aku lahir tu.. masa tu aku silap-silap tak paham pun apa maksud 'aku dapat adik' haha.. ok, that is not the point..

hari ni banyak kali pulak dengar lagu ni.. hari ni macam lirik tu dihayati lebih sikit.. kenapa yer? haaa.. sebab, aku baru je dikhabarkan baru-baru ni, kisah yang hampir serupa dari dua orang yang berbeza.. iaitu, perempuan yang boleh aku sebut sebagai, frust.. (terpulang la tahap frust tu macam mana) setelah terasa lebih jauh dari seseorang yang selalu diorang berbual atau secara maya, chatting.. hmm.. interested? i dont know about others, but yes, i'm interested because i care.. they are my friends!!! and i know the feelings!!

dan kenapa mesti ada perasaan tak indah? atau perasaan yang lain macam..? kenapa? ada ramai jer kawan-kawan yang kita rapat pada satu tempoh, kemudian ada satu masa tu, ale-ale kita tak rapat, tapi adakah semua situasi tu akan menyumbang kepada perasaan yang tak indah yang ganjil? pada aku, tidak.. huhu.. hanya orang-orang tertentu dan sebab-sebab tertentu saja.. tak setuju? ada aku kesah? haha..

dan, dalam kisah yang aku dapat tahu ni, telah juga kesepakatan ditemui.. iaitu, kata-kata manis ni sangat perlu kita dengar/baca dengan sikap berhati-hati yang berimpak maksima!! kalau tak, "lidah tidak bertulang.. ucapan 'cinta' menghiris kalbu" lembut jer, tapi dia punya zaazz.. huhu... kata-kata manis tu bukan sahaja bahasa-bahasa jiwang, cukup juga kalau kata-kata biasa tetapi perasaan 'manis' berbunga dalam conversation tu.. yes, people can say that women are more sensitive, tapi tak semestinya itu, perasan!!! we see the small thing as a big thing!! that make the world balance!! hahaha.. tersemangat pulak.. =p

merujuk kepada satu sumber, cewah.. video klip OST Puteri Gunung Ledang, Bagaikan Sakti nyanyian Siti Nurhaliza dan M Nasir, ada dialog Puteri Gunung Ledang dan Hang Tuah di awal lagu;

"impian dinda adalah untuk mendapatkan cinta sejati"
"jika patah sayap rajawali, bertongkat juga kanda ke mari"
"adinda anggap sebagai janji"

kenapa mudah Puteri Gunung Ledang tu menganggap 'sebagai janji'? merujuk kisah seorang lagi kawan perempuan aku yang lain.. huhu.. macam, boleh orang kata, dia jer yang rasa masing-masing suka satu sama lain, tapi si lelaki anggap, si lelaki masih dalam proses mengayat.. mungkin dapat mungkin tidak.. adeh.. ini macam punya cerita pun ada ka? huhu..

ades, macam terluas pulak penceritaan.. hmmm.. and, back to myself.. adakah aku pun telah termakan dengan kata-kata manis? atau perasaan-perasaan manis? yang menghiris kalbu? cewah.. adakah pernah ada kata-kata yang aku anggap sebagai janji, dan sekarang, aku anggap pengeluar kata-kata itu telah mungkir janji? adakah aku pernah dilamun angan-angan belaian kasih sayang suci macam dalam lagu Aisyah tu, dari seorang lelaki? ( sah-sah belum halal lagi untuk aku hahaha) adakah?

time heals everything.. yes.. i feel better.. i feel stronger.. hope siapa-siapa yang terasa hilang sesuatu bila tidak berada lagi dalam 'comfort zone' dengan seorang lelaki, maybe kawan, teman, kekasih, tak kira la apa-apa title nak bagi pun, hope, tak jadi macam rangkap kat bawah ni, (masih dalam lagu janji manismu);

aku bagai sorang kembara jalanan
terumbang-ambing di lautan gelora
mencari kebahgiaan dahan untuk menompang kasih
mungkinkah suratan hidup kan selalu kesorangan

sebab.. you are not alone!! you have your family!! you have your friends!! yang lebih sayangkan korang.. lebih amik kesah tentang korang!! sayang mereka tak perlu dilafazkan dengan janji-janji manis untuk buat malam-malam korang tidur dengar senyuman.. sayang mereka tak perlu angan-angan belaian kasih sayang sebab belaian kasih sayang mereka itu realiti!! so, do we still need to hear or dipengaruhi oleh 'janji manis' atau 'perasaan manis' siapa-siapa yang bukan hak kita? huhuhu..

................................................................................................
-tak sabar nak jumpa you
-rindu sangat-sangat
-tak sabar nak makan sama-sama, tengok wayang sama-sama...
-apa la sangat johor kalau I kerja kat shah alam nanti, bukan tak boleh ulang-alik untuk jumpa orang tersayang
-tak boleh tenang la kalau U marah kat I
-I akan pastikan U la lover I sampai bila-bila
-U la my first and last love
-I tak silap lah pilih U
-kalau U masak nanti I suka tolong-tolong masak
-I tak kesah umur berapa nak kawin, asalkan U tak tinggalkan I
-kejar la apa yang U nak, asalkan I tau I selalu ada dengan U
-cukup la I tau U free, dan I tau kita akan bersama-sama nanti
-takkanlah U nak bersuamikan orang lain padahal hati U kat I, kan?
-betul, I dengan dia tak de apa-apa, ada U sorang jer
-U tak salah, semua ni salah I, I yang kurang
-sebenarnya antara U dan I tak de apa-apa
-I tak boleh bagi komitmen pada my lover, I'm sorry
-I tau U lebih bahagia dengan orang lain
-I'm sorry, but this is the best decision for myself

dan banyak lagi la.. alahai, buat haus telinga aku mendengar dan mata aku membaca jer ayat-ayat ni lah.. alahhhhhaaaaii...!!!!!

=======menyesal baca? ada aku kesah? hehehe=======


4 comments:

KoPreL iBNuiSa said...

asa2 aku la kan...
ko nie slalu jer bercrita mesti "LARI DR TAJUK" huhuhu...smpei aku x paham pa yg ko critakan....hahahha

ayen =D said...

slalu?
haha..
brapa lama ko kenal aku?
brapa lama ko ikut post aku?

ok la, aku terima sbg teguran membina.. niat baik mu kuhargai..
wlupun.. aku tak paham apa yang ko sampaikan dlm komen ko hahaha..

lala_suhaila said...

haih paie... mane de lari topik...
aku faham yen... ko jgn risau...
saba yen... saba... small da piecesss jek nih....

tp cite ko ni sedey sbnanye... huwaaa!!! huwaa!!!!!....

ape2 pon kan kite blaja dr kesilapan kan yen... sob3... (eh tp ade silap ke??) huhuhu...

p/s: i love you

ayen =D said...

p/s i love you

ahakz..

thanks lala..