Saturday, February 7, 2009

Inikan teka teki...

Dua gadis comel berjalan kaki dari fakulti dalam 20 ++ minit berbual-bual, gelak-gelak. Jangan orang kata orang mabuk lalu sudah.

Ada cerita/lawak yang mungkin tak lawak sangat bagi sesetengah orang. Malah, ada yang tak lawak sangat jika hanya dibaca melalui tulisan. Tapi, ada aku kesah? hahaha.. aku cerita kepada yang memahami 'ketergeliatan' urat perut aku jer semalam... yang tak faham, jangan risau, anda tidak bersalah :D

Alkisah, masa Kursus BTN (biro tatanegara) kami sebelum fly ke Poland tahun lepas. Eh, tahun lepas lagi. Kat Balik Pulau yang best tengok laut (sila pronounce 'laut' tu ala-ala orang utagha) dan best duk dalam bas berbelas jam dari Skudai dengan memeriahkan diri sendiri (berempat) di kala penumpang lain dalam bas ialah Encik-Encik, Puan-Puan, Cik-Cik, iaitu pensyarah-pensyarah UTM walhal kami hanyalah gadis happening yang dalam mode bercuti. hohoho..

Lekat gelaran 'kanak-kanak Rebina' dari mereka ditambah dengan secara rasminya, salah seorang dari kami (bukan aku) dapat 'anugerah' peserta paling happening oleh fasilitator-fasilitator, siap bagi ucapan kat depan lagi tu. haha.. i lap u Lala!! (apa ntah Lala bagi ucapan masa tu, aku pun tak ingat.. ngeh3)


"Encik W, Encik H, kitorang ada teka teki" di dewan makan.
"haaa.. apa dia.. bak sini.. "
"eleh, jangan berlagak"

hakikatnya, banyak teka teki kami, diorang tak boleh jawab. haha.. teka teki diorang lak dalam poket kami hehehe.. Sampai ada Encik M sound masa jungle trekking,

"alaa..!! aku tak nak dengar teka teki korang!! tak nak!! yang lain jangan dengar teka teki diorang!!" hahaha..

kami la, ratu teka teki masa tu. (gelaran dianugerahkan oleh diri sendiri) Dan, sambung cerita, at spatially and temporally coherence (istilah dalam Optics yang dibincangkan semalam di fakulti, bermaksud, tempat dan masa yang sama) ;

Encik W pun test power,

"masa perang Naning, kenapa mereka kalah?"
maaf lah, aku singkatkan teka teki ni, sebab tak ingat jalan cerita nya malah sejarah Naning tu sendiri.. huhu..

memang agak tercabar, sebab aku tak tau jawapan dia.. haaissyyhh...

"tak tau la, encik W, apa dia?"
"jawapan dia, sebab masa nk serang tu, yang bagi command tu kan orang negori (Negeri Sembilan).. so, masa dia nak cakap, SERANG!!!, dia cakap, SOGHAAAANNNG!!!!"

"maka?"
"sorang (satu orang) je la yang ke depan. so, kalah lah hehehe...."
"hhmmm...."
"apa ni Encik W.. mana boleh... sah-sah la pengikut tu pun orang negori.. mesti la diorang faham.. apa laa... "

dengan muka tak puas hati, tiga dari gadis happening itu meninggalkan Encik W di meja makan untuk membasuh tray makanan masing-masing. Memang diorang berlalu dengan nada tak puas hati dan serta merta!!
tinggallah aku terkasima dengan Encik W dan Encik H. Dan aku sempat menatap muka Encik W yang agak lain macam, sambil berkata,

"Ini kan teka teki..."

aku tak tau apa perasaan aku masa tu.. alahai Encik W. tak bermaksud mengguris hati, apatah lagi mengoyakkannya.. balik je asrama, aku cerita la kat tiga gadis lagi tu. Sejak dari aku cerita kat diorang masa tu, sampai la semalam (masa jalan kaki dari fakulti).. Situasi Encik W tu masih lagi teramat manis yang bukan saja buat aku senyum, sengih, tapi gelak geliat urat.. huhu..

tapi pembaca jangan risau la, kami dengan Encik W okay je.. kan Encik W kan? hehehe.. nice try.. dan sesungguhnya mereka semua la rakan BTN kami yang sangat best!!! terima kasih!!!

Moral value of the story : Berjaga-jaga dengan nada suara, percakapan, dan tindakan yang mungkin ringkas, tapi mampu merobek hati.. cewah..
Another moral value : Kalau kail panjang sejengkal, janganlah laut hendak di duga. hahaha..

Ada perkara yang sama, apabila diceritakan pada masa yang berbeza akan dapat mood yang berbeza. (mood bersalah -->> sweet to be remembered) --- quote from Afdlin Shauki, rancangan Ally, tv3, Episod 6 - Lawak

Mau gelak-gelak geliat urat perut oleh lawak orang atau lawak sendiri?
http://akhisalman.blogspot.com/2009/01/hukum-melawak.html

12 comments:

lala said...

hahaha...
owh aku terharu bace cite ni..
terkenang zaman2 remaje yg tak bape nk remaje sgt...
klaka2!! kkakaka...
org yg faham jek yg boleh dpt feel aku ni... org lain yg tak dpt feel yg mcm aku rase ni.. mintak hampun la.... kakakaka... nk gelak lagi... kakakakak

ayen =D said...

gelak gelak gak.. moral values jgn lupa.. hoho..
baca link bawah tu sekali..
aku nk keluar hadis2 tak pandai, keluarkan link aku pandai hehehe..

pe2 pun lala..
feel.. kn kn.. hehe..

ayen =D said...

nampaknyer, ada kekeriuan kronologi cerita ya di sini.. harap maaf. tapi tak pe la.. yang sweet tetap kekal sweet.. kan.. hehehe..

Adam Ruslan said...

Berteka teki pon, jangan la sampai mencederakan hati orang yang lebih tua. Heheh.

Ain. Permisi untuk meletak blog link Ain ke dalam blog.

zairibaharom & ekinkhalil said...

huahahah..memang lawak..hehe..=p
mantap la korang neh..nnt upload teka teki lg ek..kalo leh, wat journal..haha..=p
gambatte ain & lalalalalala-san!!!

ayen =D said...

abg Adam, hehe.. tp diorg smua happy je layan ktorg.. on day way balik, siap smua berkumpul kt blakang bas lagi main teka teki tau..
.. link? hoho, tu satu bentuk 'sound' kene update slalu tu..huhu..

abg zairi, tu ar, sm2 tlong wat journal la.. ha3. dpt abg din join mantap gak. nk tekateki bangang zmn skolah rendah, abg pilo power.. hoho..

zairibaharom & ekinkhalil said...

pilo sentiasa dengan tekateki sekolah rendahnye kerana pilo seakan2 berada di sekolah rendah wlupn dia sudah menjadi pensyarah..haha
apepun, love u lo!!!

ain, teka teki penguin. nape penguin, belakang dia warna hitam, depan putih??jawab2!!!

ayen =D said...

nk love U lo gak boleh tak? hehe..

seyes.. teka teki yang main lukis2 tu abg pilo mmg power.. (tersedak2 gak org tua tu kang)

hmm.. apa ek..
sbb klu putih smua mcm polar bear, klu hitam smua mcm anjing laut.. hoho..klu slh,jgn gtau jwpn dlu!!

KoPreL iBNuiSa said...

korang mmg hyper pown...
mana blog lala nieh??

zairibaharom & ekinkhalil said...

jawapan ain salah!!!nk try lg x??hehe..=p

ayen =D said...

ala.. salah ke.. ntah..tak leh pk la.. dah la.. bg la jawapan hehe..

zairibaharom & ekinkhalil said...

jawapannye... masa penguin mandi, tangan penguin xsampai ke belakang utk berus or gosok badan dia dgn sabun. so, badan dia kotor & berwarna hitam..huahahaha..=p