owh.. you are really in Holland..!!
Itu lah salah satu ayat dalam email Dr Michal, pensyarah bujang di Poland yang teramat baik, berjalan kaki sepantas Lala berlari, dan menyuarakan kebencian dengan nada yang lemah lembut ("i hate traffic jam....") Ayat itu sebenarnya adalah respon kepada emel aku sesampainya aku kat sini,
Sir.. Here, I cycle to the faculty.
Holland, basikal, Holland, sepeda.. (sepeda itu bahasa Pak Herman)
Kat sini, seingat aku, aku tak pernah kene hon dengan kenderaan di jalan raya, tapi kene 'loceng' dengan basikal boleh tahan tak terkira banyaknya. Baik masa aku berjalan kaki (sebab berjalan di laluan basikal) mahupun semasa aku berbasikal (sebab eh ah eh ah masa mula mengayuh, sesuka hati keluar simpang, dan ke kanan ke kiri semasa mengayuh). Eh, aku rasa ada sekali aku kene hon dengan kenderaan lain kot, kat tengah-tengah traffic light, itu pun, masa aku mengayuh basikal.. huh.. basikal, basikal...
Atas berkat latihan gigih dan intensif satu-satunya kawan masak makan aku kat sini, sokongan padu kawan-kawan yang lain, dan pelbagai tips dari parents, aku rasa not bad la aku mengayuh basikal sekarang. haha.. (ye ar, last kayuh basikal masa sekolah rendah la.. dan bukan aku tau bawa motosikal.. huhu..) Tetapi!!
Untuk tahun 2009, baru sekali je aku mengayuh basikal ke fakulti. Sekarang, aku berjalan kaki seiring sejalan, bahu ke bahu dengan seseorang yang bukan pakwe aku. hohoho..
Kenapa?
1. Jika berjalan kaki, aku boleh berbual-bual bersama teman seperjalanan dengan lebih lancar dan jelas berbanding jika kami berbasikal. Terapi yang baik!!
2. Dengan berjalan kaki, aku boleh sesuka hati menambah atau mengurangkan kelajuan mengikut mood dan cuaca tanpa sebarang tekanan berbanding jika aku berbasikal (kalau perlahan sangat kayuh, gayang la cik abang oi. Kalau laju, seram..tak larat lagi pun hoho...)
3. Aku tak tahu kenapa, kepenatan berbasikal satu macam punya ajaib di awal tahun ini. Ada kaitan dengan musim sejuk? aku tak tahu.
4. Dengan berbasikal, masa yang diambil sama je dengan tempoh masa aku jalan kaki untuk ke fakulti.. kui kui kui..
5. Lebih-lebih lagi, masa juga perlu diluangkan untuk membuka dan memasang kunci basikal setiap kali kat tempat parking.
6. Setiap kali nak kunci basikal, sarung tangan perlu dibuka untuk membolehkan deria rasa jari lebih berfungsi, dan ini mendedahkan tangan aku dengan kesejukan di musim sejuk ini.
7. Setiap kali nak keluarkan basikal dari tempat parking, kreativiti diperlukan untuk keluar dari sekatan-sekatan basikal lain.
8. Angin sejuk yang laju menyapa muka ketika berbasikal (lebih laju berbanding berjalan kaki) agak tajam untuk muka, bibir dan lubang hidung, walaupun mafla dipakai seperti ninja.
9. Motivasi diri adalah menurun apabila gagal memotong tetapi senang-senang aje dipotong basikal-basikal lain.
Nak beli basikal lagi power? hoho.. bertahan je la wahai badan..
8 comments:
kenape sepantas aku berlari...
aku pnah jalan seiringan ngan die tau... sejak akhir2 ni jek tak dapat... kui3...
"i hate traffic jam" ngan nada yg cool skali....
kau ni yen... wat aku terkenang kisah silam....
ain kayuh beskal nie??lala pun??mai tukang kejar ek??hehe..=p
wah2, mantap korang..sure akan jd sihat & kuat pasni..hehe
environmental friendly..=)
oh ye...lupe lak..
lala, meet uncle hussin kan menang juare lagu..so, lal menang r..lagu dia kan ade, lalalalalala la ari2 kerja, lalalalala..haha
lala, ape blog lala??
hisy.. org tua ni nyanyuk ke hape.. Lala tu selamat kt Poland la.. berdua je kt bumi basikal ni..
nama Lala disemadikan dalam lagu MUH hehe
oit..belum tua lg r ain..haha..=p esok baru tua..haha
aah, lala kat poland??kat poland nek beskal ke??ke nek beca??
lalalalalal~~~~
hendak seribu daya x mo seribu dalih...
per2 pown alasan yg ko berikan agak kukuh la...(walaupown km kt sini x penah neh basikal cz mahkluk disini terlalu ramai & padat sesgt..huhuhu)...
ditambah pula dgn "hon"nya yg membingitkan telinga dan hati..asa mcm nak dok jer dlm umah x mo kuaq..hahaha..
hisy.. orang tua ni.. makin tua makin biol hahaha..
ye, mmg klu blh nk letak seribu dalih pn.. ahaha..
tu r psl..makin tua, abgzri makin biol..dan makin sengal..huahaha
jgn lupe ye adiah besday sebauh beskal spt dlm entry neh..yeay!!!=)
tq ain..hihi
Post a Comment