Thursday, February 26, 2009

Practise Make Perfect

- Distance measurement using frequency comb laser.
- Mode-locked laser -> Ultrashort pulse laser -> Frequency comb laser
- Autocorrelation -> Crosscorrelation
- Autocorrelation + Spectrometer = setup for Frequency Resolved Optical Gating technique

hahaha.. saje je nak senaraikan istilah-istilah, yang sentiasa dok menghantui dan menjembalangi hidup di kala ini. hoho.. ada lagi.. nak ke? takpe takpe, aku simpan...

secara mudah simple pimple nye, projek ini mengkaji perambatan laser sikat frekuensi yang digunakan dalam.. aargghh!! susahnya aku nak memelayukan bahasa Inggeris pasal projek aku ni.. hoho.. kelakar lak bunyi laser sikat frekuensi untuk frequency comb laser tu.. hahaha.. belum lagi kalau orang lain dengar kami dok sebut, FROG, FROG.. ha.. bukan katak toing-toing, tapi Frequency Resolved Optical Gating yang aku dok senaraikan kat atas tu ha.. ngeh ngeh ngeh.. iaitu satu teknik untuk mengukur laser denyut yang sangat pantas (ultrashort pulse laser)

hmm.. aku percaya satu hal ni.. pada aku, kalau aku tahu tentang XXX dalam bidang aku iaitu bidang AAA, kemudian aku perlu menerangkan kepada orang yang bukan dalam bidang AAA tentang XXX, dan aku BERJAYA buat dia faham, asalkan dia dapat idea apa yang aku cuba terangkan dari kaca mata dia.. nescaya, baru lah aku benar-benar tahu dan faham tentang XXX.. korang tak percaya? ntah.. aku percaya.. hehehe.. so.. jangan la nak berpuas hati kerana kita faham tentang sesuatu tu betul-betul kalau kita tak mampu buat orang lain faham tentang sesuatu itu.. hoho.. aku rasa la.. hehe.. ada peningkah dengan ayat-ayat ku ini? hampun, ni je la teringkas yang mampu.. huhu




haa.. ni la hasil laut aku hari ni.. eh, hasil kerja aku hari ni. yang sebelum ni dibuat dalam masa berminggu-minggu. dok nak faham kenapa itu, kenapa ini, dok nak fikir apa kah dosa dan salah penyelesaian-penyelesaian tidak tepat aku tu sampai tidak memenuhi kehendak permasalahan, dok buntang-buntang mata menghadap komputer.. dan macam-macam lagi.. tapi hari ni, dok layan sampai la dapat hasil yang sama, dalam masa sepetang.. bukan Kuala Sepetang, tapi satu petang.. sebab cepat sikit otak ni jalan dan ada perkara-perkara yang dah difahami..

maka, teori practise make perfect, adalah diterima.. hehehe..

oh.. gambar kat atas tu, itu ada lah hasil print screen untuk modeling autocorrelation signal, for a frequency comb laser. baru permulaan je tapi.. perjuangan harus diteruskan demi mengkaji dan mengkaji.. memahami dan memahami.. huhu..

huhu.. maaf banyak-banyak, tak tau apa motif menulis ini post la.. huhu.. tapi hakikatnya lepas dapat hasil tu memang print screen dan buka blog, dok mengarang hehehe... mentang-mentang supervisor tak de.. dia gi Jerman, anak dia ada treatment kat sana.. sakit.. huhu.. cian dia.. semoga dipermudahkan, dia supervisor yang baik sangat-sangat.. huhu.. terhar terhar.. terharu..

Kuatkan semangat kau Kakero!!!



2 comments:

zairibaharom & ekinkhalil said...

kakero??wakaka..amende FROG2 nie ain..jgn jadi crazy frog sudah..hehe..=D

ayen =D said...

kakero tu mak ain selalu sebut.. seingat ain, tu nama watak kartun masa ain kecik2.. ada macam kuda-kuda terbang.. kartun tu ada alih suara melayu la, tu pasal ada dialog tu.. huhu.. tak tau ke kartun tu?

hehe.. ada gak kaedah SPIDER hehehe