Tuesday, January 13, 2009

macam mana aku mula kenal dia...

"dik, ada kosong tak?"
"hmmm.. " sambil senyum, "ada bang, ada.. masuk-masuk..."
"haaa.. ada.. jom.." sambil tangan aku ditarik.
"satu je bang?"
"eh satu je la cukup.. hehehe.."

........................................................

"eh dik, boleh tak kau tolong ni ha.. mana satu ni nak bukak.. binatang apa aku nak tekan ni ha... maklum ler.. buta lagi.."
"oo.. boleh-boleh... macam ni bang.. ni, abang tekan dua kali.. dua kali baru boleh buka..pastu.. haa.. abang gerakkan kat mana-mana... kalau boleh tekan, anak panah ni akan jadi gambar tangan.. haa.. macam ni.."
"ooo... haaa... ok ok... abang tengok-tengok dulu, kau pegi buat keje kau.."
"ok, apa-apa abang panggil saya balik tau.."
"ha yer ler.."

........................................................

"haa.. pa!! tu jadi gambar tangan!! tekan!! tekan!!"
"ye la, pa nak tekan la ni.."
"wah!!!" entah apa yang keluar masa tu, aku pun tak ingat.
"pa, mana kita nak taip yang orang kat tv tu kata, www dot com dot my tu pa?"
"jap jap, kita tengok.. haa.. ni kot.."
"ha ah la.. betul-betul.. cuba!! cuba!!"
"haaa!! boleh, boleh!!"
"jom kita tengok Yahoo jom.. buat email.. "
"ok.. jom-jom.. "

begitu la.. aku pun tak ingat umur aku berapa masa tu.. penat aku fikir-fikirkan, tak ingat juga.. tapi aku masih dapat bayangkan..
macam mana papa berbual dengan abang cyber cafe tu masa mula-mula sampai...
macam mana baiknyer abang cyber cafe tu melayan aku dan papa.
.. dan macam mana papa sama-sama belajar dan teruja dengan aku depan satu komputer pada masa komputer-komputer lain digunakan oleh abang-abang lain yang entah apa diorang buat, aku pun tak tau masa tu..

yer.. aku ingat.. macam tu la aku taip sejenis url untuk pertama kali nya dalam hidup aku..
di sebuah cyber cafe kat pekan Merlimau.. wah..!!
haha.. macam tu la aku mula kenal dia.. internet.. kah kah kah..

Apet dengan komputer di rumah, main game yang menjana otak belah kanannya. hahaha..


p/s tiba-tiba teringat masa aku ajar adik aku, macam mana nak cari satu laman web, macam mana nak buat email.. dan macam mana macam mana yang lain dengan internet.. hmm.. maybe kurang kesabaran aku masa tu.. huhu.. (insaf sekejap).. tapi tak per, kau lelaki..!! hahaha.. =p (jangan marah yer Apet.. nanti kene jual)

3 comments:

*~ eLiEnZ 87 ~* said...

anda telah di tag, sila tgk blog sy.. ngahahhaha

KoPreL iBNuiSa said...

kira ko nie bernasib bek la ada papa yg budiman...huhuhu
aku kena blaja sendiri..huhuhu
"terkenang kisah 8 tahun dlu"
masa mula2 kenal tenet nie....

ayen =D said...

memang nasib baik..
:D
my papa is the best father in the world..

but, your father also the best for you ;)

wah.. ko igt ek ko brapa tahun dlu kenal.. hoho..