Tuesday, February 8, 2011

Tengok teater Primadona... Perahu Mimpi

Assalammu'alaikum warahmatullah-

Sebelas (11) malam yang lepas; aku telah buat satu perkara yang aku tak pernah buat sebelum ni- Iaitu tengok teater! Selalu sangat teringin nak tengok tapi ye lah kan; nak seribu daya tak nak seribu daleh (asalnya tadi aku nak tulis 'ada saja kengkangan yang datang'- alasan!)-

Dekat saja; di Dewan Sultan Iskandar UTM; sebab tu aku dapat tengok- Aku beli tiket RM 20- Lepas beberapa ketika; aku telefon Olie; beritahu yang aku dah belikan tiket untuk dia; mak dia dan adik-adik dia (sporting kan mak dia) juga-

"Kau pun beli RM 20 punya tiket ke Ain?"
"Ha ah lah"
"Kenapa kau tak dapat harga student?"
"Alamak!!!! Aku lupa!!!! Aku lupa yang aku student!!!!"
Memang masak lah kena ketawa dek Olie atau nama sebenarnya Zuhaili si comel dan petah- Aku menderma lebih RM 10- huahuahua-

"Aku neves ni"
"Apsal kau nak neves plak?"
"Aku takut nanti aku tak suka"
Boleh pula aku nak nervous disebabkan itu kan-

Hasilnya-
Aku suka!!!!

Sediakan minda dan hati yang neutral; insyaAllah; mesej dan keindahan sesuatu perkara itu dapat kita lihat- Cayolah cakap den!

Aku suka jalan ceritanya- Aku suka mesejnya- Aku suka skripnya yang sinis-sinis- Aku suka muzik yang mengiringi- Aku suka suara-suara penyanyinya- Owh bukan suka- Aku sangat suka suara-suara penyanyi-penyanyi; nak nak Datin Shima- Mantap!!! Aku suka tariannya-

Paling aku suka; aku disalam oleh seorang wanita yang berpakaian formal (sepatutnya tengok teater pakai formal lah kan) dengan sangat padat persalamannya (betul ke perkataan ni?) sambil berkata;
"Terima kasih ya datang"

Aku pun sambut jabat tangan super-mesra; sambil tunggu persembahan mula; aku menonjolkan keramahan aku ;
"Dari kumpulan kebudayaan Johor ke?" aku tanya wanita tu-
"Tak; saya penulis bebas; ada masa saya hantar kat DBP"

Aku bersalaman dengan Rahimah Muda; penulis teater tersebut rupa-rupanya- Tiba-tiba aku rasa excited! Aku rasa aku dia idola tambahan untuk aku sekarang-
"Kalau aku jadi penulis teater nanti; aku nak pergi ke banyak penonton dan salam diorang sambil cakap; terima kasih sebab datang dengan gembira macam Rahimah Muda" bisik aku pada Olie-

Appreciation can be simple but really valuable- Give it; then you will get it-

Eh; aku nak minta maaf; sebenarnya ini bukan teater pertama aku tengok dalam hidup aku lah- Hohoho- Tapi teater pertama aku tengok di Malaysia- Hehehe- Senang-senang aku tambah pasal teater yang betul-betul pertama aku tengok ya-

** Ain; kalau nak jadi penulis teater; pastikan berjaya jadi penulis scientific papers dan penulis tesis kau juga!!**

No comments: