Friday, November 25, 2011

Sendiri = Bosan = Sedih

Aku akan banyak luang masa dengan seseorang yang aku tau akan berpisah dengannya tak lama lagi... Dan lepas tu aku akan sangat terasa kehilangan... Perubahan aktiviti harian yang mendadak! Itu sakit! 

*********************************************
"Sendiri?"
"Haaa...?" jawab Mai, atau Lala dengan terpinga-pinga. Masa nak masuk dalam... eerr.. Eye On Singapore? Itu kah namanya? Lebih kurang begitulah. Kami bertiga jalan-jalan masa cuti musim panas, 2008. Cewah, cuti musim panas di situ. Betul lah! Aku tak tipu! Memang tengah cuti musim panas...! Takkan cuti musim durian kot....

 *Kiri, depan mende alah yang kami nak naik tu. Kanan, lepas tengok show song of the sea yang best.
Pulau Sentosa, Singapura*

Aku dengan yakin pun jawab, "Tak, kami bertiga.."
Aku faham kenapa Mai atau Lala tak faham soalan lelaki itu. Sebab kalau bahasa Melayu, untuk tanya "Are you alone..coming by yourself ke.. " bunyinya ialah "Seorang?" bukannya "Sendiri?" Lelaki itu guna perkataan 'sendiri' sebab dia dari Indonesia agaknya. Indonesia, sendiri tu maksudnya seorang. Aku kan mahir bahasa Indonesia lebih sikit daripada Lala dan Mai ;-)

Bagi aku, sendiri, seorang.. sama saja. Melambangkan bosan, sedih, ditinggalkan, gagal, loser.. owh.. terlalu negatif!

"Aku tak boleh makan sorang-sorang kat kedai!" aku buat pengisytiharaan.
"Ain, kita dah banyak kena buat keje sorang-sorang"
"Aku sedih la bila kena makan sorang-sorang.. aku sedih bila date cancel..."
"Ain, aku dah lama dah makan sorang-sorang.. shoping sorang-sorang, tengok wayang sorang-sorang "
"Aku tau.. aku je tak biasa-biasa lagi.."

Tengok wayang sorang-sorang..owh, itu sangat aku tak dapat bayangkan aku buat. Tapi, Lala dah buat. Kalau Lala boleh, kenapa aku tak boleh? Selamat je Lala, tenang je, bahagia je.. Makin cantik je aku tengok Lala..

Aku akan cuba sedaya upaya keluar makan, borak, tidur, bersuka ria dengan kawan-kawan. Tak akan ada "TIDAK" kalau aku memang tak ada kerja. Penat, malas nak bersiap, malas nak patah balik, duit tak ada, bukan alasan pilihan aku. Kadang-kadang sanggup stay up buat kerja sekolah kalau nak keluar dengan kawan. Aku tetap usahakan, asalkan aku jumpa orang. Aku tak suka sendiri! (Okay, nasib baik nak mandi, berak, aku tak perlu kawan...) Bila ada kawan yang dah nak habis belajar.. dah nak kawin ke.. aku suka luang banyak masa dengan kawan.. Sampai lah aku dah sedar tentang satu hal, iaitu...

Aku akan banyak luang masa dengan seseorang yang aku tau akan berpisah dengannya tak lama lagi... Dan lepas tu aku akan sangat terasa kehilangan... Perubahan aktiviti harian yang mendadak! Itu sakit!

Nora, sama kelab Smart Camp.. Salah satu kelab yang buat program motivasi pelajar sekolah. Bila dia dah di ambang nak tamat Masters tu la.. kami makan sama, lepak sama.. lepak bilik dia.. borak banyak-banyak.. cerita rahsia dia, aku cerita rahsia aku.. rasa rapat tiba-tiba.. Sekarang dia dah tinggalkan Johor.. okay, aku rindu dia..



*Antara otai Smart Camp (aku tak otai sangat) yang susah nak jumpa dah sekarang. Apatah lagi nak karaoke sama-sama*

Sama juga dengan Muni.. sepanjang dia kat UTM, sama Jabatan Fizik je padahal, tapi tak ada pun nak lepak dengan dia setahun yang lalu. Bila sekali dah keluar makan dengan dia.. jadi lagi rapat. Makan sama, tidur sama, lepak sama, gosip sama, kat Facebook borak sama lagi.. usha Arjun Rampal lagi.. SMS lagi.. wah.. macam jatuh cinta.. karaoke sama dan trip ke Gunung Ledang juga antara perkara menarik dengan Muni.. tapi.. Muni dah balik Kelantan.. okay, aku rindu dia...


*Trip ad-hoc yang menjadi sangat best! Beberapa jam sebelum je plan, ale-ale sampai air terjun Gunung Ledang dan panjang Bukit Semput siap*


Zafran tak payah lah nak cerita.. orang yang paling senang aku nak kacau hidup dia.. spa hunting, perkara paling suka hati kami buat walaupun ada kerja sekolah. Setakat survey-survey spa, salon, produk, tapi tanpa beli apa-apa, dari pagi sampai malam pun boleh. Tidur kat bilik dia, pakai baju apa ada pun boleh. Tak kira la bilik aku macam tongkang pecah ke, bilik dia macam kandang arnab ke (memang ada arnab pun), kami tidur sama. Bercerita hari-hari. Tak penat ke Zafran layan aku? hahaha..  tengah malam sedap-sedap baring atas katil aku boleh ajak gi Jalal? (mamak tak mamak sangat) Tapi, dah habis Masters, dia balik Shah Alam.. Okay, aku rindu dia...

 
*Lepas siap pakai t-shirt sukarelawan program bersama kanak-kanak OKU kat Dataran Merdeka. Sukarelawan la sangat. Aku suka muka Zafran dan Lala dalam gambar ni hehehehe*

 
*Ini Wong, dalam tempat karaoke yang sangat sweet! Lepas seronok lunch, karaoke, gosip-gosip... Wong sekarang kat Osaka...*

Pernah lah aku bincang dengan Mai, bekas housemate aku, pasal aku lepak selalu dengan seseorang beriya-iya bila seseorang tu nak blah.. sudahnya, sangat rasa kehilangan.. Mai, roomate sejak degree.. Tahun 2005! Merantau negara orang pun sama-sama.. (banyak kalau aku nak senaraikan) Mai tak hilang, ada je kat Johor ni.. Tapi.. Mai dah kahwin.. kami dah tak serumah lagi... Aku balik-balik dari UTM, selalu ngadu kat Mai.. tengok Mai masak apa.. Mai beli apa.. Hurm.. Okay, aku rindu dia...

Tadi mengadu kat Lala, betapa sedihnya aku seorang menghadapi hari aku ini... Kalau Lala kat sini tentu aku ajak dia makan kat Season.. Okay, aku rindu dia...

"Ain, kita kan dah besar.. lama-lama kita kena buat macam-macam benda sorang-sorang.."
"Aku tetap rasa sedih...!!!!"
huhuhu.. Lala mesti stress layan aku...

Aku suka nampak okay. Rasa hebat, nampak tak kalah.. kelihatan cantik.. tapi aku tak segan silu mengadu kat Lala tadi.. Aku juga tak segan situ tulis macam ni hari ni... Kurang macho di situ.. Sekali sekala..

Sekarang aku rasa.. kalau aku sedar yang aku akan berpisah dengan seseorang tak lama lagi, tindakan aku untuk luang masa dengan orang tu sebanyak yang boleh adalah tindakan yang memakan diri sendiri.. Jangan Ain, jangan! Setuju?

"Kak, nanti saya pergi Sabah sorang-sorang.. Tak seronoknya..."
"Eh, kalau saya lagi suka sorang-sorang.. senang nak gerak.. tak payah bincang-bincang.. ikut je diri sendiri nak buat apa... nak gerak mana.. nak pergi bila.."
, jawab Kak Siti.

Kalau lah aku boleh fikir macam Kak Siti.. Kan senang.. 

Senang ke sendiri?

Tapi, MJ kata, "You are not alone..."
Boleh percaya ke?


********************************

AMARAN KERAS : Boleh baca, boleh komen, tapi kalau berjumpa dan bertentang mata, sila pura-pura tak baca tulisan ini ya, harap maklum =p

Thursday, November 17, 2011

Ikutkan Rasa

"Jangan tengok bola tu...! Mata tengok lawan.. Tengok ring!"
Nasihat (sebenarnya, teriak) seorang kawan, masa ajar main bola keranjang. Ya, bola keranjang, basketball, anda tak salah laman blog. Memang aku ada belajar main basketball masa sekolah dulu.



~ hahaha.. tengok gambar zaman muda-muda buat aku ketawa hohohahaha... jangan berani terlintas di fikiran perkataan 'kurus', okay?~

"Kalau aku tak tengok bola, terlepas la bola dari tangan aku..." , aku melawan. Ni lah akibat bila kawan belajar dengan kawan. Senang melawan.
"Boleh je kita tak tengok bola... You feel the ball..."
Eerrr.. feel?

Itu cerita pada tahun 2002. Pada tahun 2009, ada satu cerita lain.

It was in a silent and dark laboratory. Only Mai and I. We were setting up the equipments for our experimental work. After changing the position of the mirrors, lenses, laser source, still, the output was not detected perfectly by the detector. Buntu. Nak gerakkan ke kanan ke, ke kiri ke.. Cermin pertama ke, cermin kedua ke.. Skru mana yang nak diputar dan diputar ke mana.. Arrggh....!!! Clueless!


~Sebahagian daripada keseluruhan eksperimen. Ni yang nampak 4 komponen. Kalau keseluruhan eksperimen ada berpuluh komponen?~

Tapi dengan mudah, mentor kami, seorang pelajar PhD dari Cina datang, selesaikan masalah aku dan Mai, dengan cepat.

"How can you align the laser experimental setup easily? How can you know which screw should be adjusted?"
Aku mengharapkan formula akal logik.
"Hurm... I just feel it... " dia jawab dengan senyuman.

Feel lagi? Ikut rasa?
Orang-orang dulu kata (Melayu), ikut hati mati, ikut rasa binasa.
Satu lagi yang biasa orang kata, sabar, sabar.. Jangan diikutkan sangat perasaan tu..
FEEL = RASA = PERASAAN = FEELING.. sama lah tu..

Nak ikut rasa ke, jangan ikut rasa.. nak ke.. jangan.. nak ke.. jangan..

Tapi tengahari ini, aku RASA, aku tengah buat perkara mengikut PERASAAN aku.. I FEEL like want to write for my blog. Jadi, aku menulis. Dan, aku RASA gembira.!

Tengok iklan minyak wangi Enchanteur, yang Siti Saleha jadi duta, kayuh basikal tu?
Kan lagunya...
"Saat kau lihat ku... ku teRASA ayu... lalalala...~" lepas tu diorang nampak sangat gembira.
Tengok dan dengar video di bawah ni kalau tak percaya.



Hari ini aku tak de pula orang yang boleh buat aku RASA ayu bila dia lihat aku. Maka, aku kena cari jalan. Walaupun aku perlu siapkan kerja sekolah, tapi, aku RASA aku perlu buat satu post kat sini dulu, dan sekarang aku teRASA ayu.. I FEEL happy..! Lepas ni baru la RASA nak siapkan kerja sekolah dengan hebatnya ! Yeah!

 ***********************
"Ain, jom keluar lunch"
"Aku tak nak keluar lah hari ni.. Aku RASA tak cantik hari ni.."

Dan aku betul-betul tak keluar lunch pada hari tu dengan dia.. aku memang manusia yang ikutkan RASA.. Ada siapa-siapa lagi berani nasihat aku, "Jangan ikutkan rasa" ?