Thursday, November 17, 2011

Ikutkan Rasa

"Jangan tengok bola tu...! Mata tengok lawan.. Tengok ring!"
Nasihat (sebenarnya, teriak) seorang kawan, masa ajar main bola keranjang. Ya, bola keranjang, basketball, anda tak salah laman blog. Memang aku ada belajar main basketball masa sekolah dulu.



~ hahaha.. tengok gambar zaman muda-muda buat aku ketawa hohohahaha... jangan berani terlintas di fikiran perkataan 'kurus', okay?~

"Kalau aku tak tengok bola, terlepas la bola dari tangan aku..." , aku melawan. Ni lah akibat bila kawan belajar dengan kawan. Senang melawan.
"Boleh je kita tak tengok bola... You feel the ball..."
Eerrr.. feel?

Itu cerita pada tahun 2002. Pada tahun 2009, ada satu cerita lain.

It was in a silent and dark laboratory. Only Mai and I. We were setting up the equipments for our experimental work. After changing the position of the mirrors, lenses, laser source, still, the output was not detected perfectly by the detector. Buntu. Nak gerakkan ke kanan ke, ke kiri ke.. Cermin pertama ke, cermin kedua ke.. Skru mana yang nak diputar dan diputar ke mana.. Arrggh....!!! Clueless!


~Sebahagian daripada keseluruhan eksperimen. Ni yang nampak 4 komponen. Kalau keseluruhan eksperimen ada berpuluh komponen?~

Tapi dengan mudah, mentor kami, seorang pelajar PhD dari Cina datang, selesaikan masalah aku dan Mai, dengan cepat.

"How can you align the laser experimental setup easily? How can you know which screw should be adjusted?"
Aku mengharapkan formula akal logik.
"Hurm... I just feel it... " dia jawab dengan senyuman.

Feel lagi? Ikut rasa?
Orang-orang dulu kata (Melayu), ikut hati mati, ikut rasa binasa.
Satu lagi yang biasa orang kata, sabar, sabar.. Jangan diikutkan sangat perasaan tu..
FEEL = RASA = PERASAAN = FEELING.. sama lah tu..

Nak ikut rasa ke, jangan ikut rasa.. nak ke.. jangan.. nak ke.. jangan..

Tapi tengahari ini, aku RASA, aku tengah buat perkara mengikut PERASAAN aku.. I FEEL like want to write for my blog. Jadi, aku menulis. Dan, aku RASA gembira.!

Tengok iklan minyak wangi Enchanteur, yang Siti Saleha jadi duta, kayuh basikal tu?
Kan lagunya...
"Saat kau lihat ku... ku teRASA ayu... lalalala...~" lepas tu diorang nampak sangat gembira.
Tengok dan dengar video di bawah ni kalau tak percaya.



Hari ini aku tak de pula orang yang boleh buat aku RASA ayu bila dia lihat aku. Maka, aku kena cari jalan. Walaupun aku perlu siapkan kerja sekolah, tapi, aku RASA aku perlu buat satu post kat sini dulu, dan sekarang aku teRASA ayu.. I FEEL happy..! Lepas ni baru la RASA nak siapkan kerja sekolah dengan hebatnya ! Yeah!

 ***********************
"Ain, jom keluar lunch"
"Aku tak nak keluar lah hari ni.. Aku RASA tak cantik hari ni.."

Dan aku betul-betul tak keluar lunch pada hari tu dengan dia.. aku memang manusia yang ikutkan RASA.. Ada siapa-siapa lagi berani nasihat aku, "Jangan ikutkan rasa" ?




4 comments:

yanae mohamad said...

akhirnye..muncul gak kak ain..hehehehe

m taufiq a aziz said...

biasanya, kalau nak follow solo gitar dalam keset, ada dua keadaan;
1. yang baca tablature/ikut guitar pro/baca not. style hard work sikit.
2. ikut feel. terlalu subjektif nak terangkan. biasanya solo gini lagi sedap feelnya. kaedahnya guna deria telinga sahaja.

feel yang kata 'ikut rasa binasa' tu rasanya tak ada kena mengena dengan feel yang sebegini. ada yang pernah cakap, 'feel your job'. feel disini mungkin lebih kepada guna pancaindera.

mungkin 'ikut rasa binasa' tu lebih pada peRASAan. mengikut perasaan dengan kadar keterlaluan. Masalahnya tak tau macamana nak measure perasaan tu. ahai..

peh, macam entry pulak. em. ntah le paham ke tak. tulis je nih. huhu

m taufiq a aziz said...

“A thought may be compared to a cloud shedding a shower of words. Precisely because thought does not have its automatic counterpart in words, the transition from thought to word leads through meaning” (p.150). Vygotsky (1962)

mungkin berguna.

ayen =D said...

thanks yana for the hehehehe =P
thanks taufiq for your comment (a.k.a, post hehehe) i understand your points.... ;)