Thursday, October 27, 2011

Redha Masih Tersekat


Kawan-kawan sedia menyanyi dan ketawa
Kawan-kawan setia tanpa kesah berapa harta
Kawan-kawan sedia bersama di waktu derita
Kawan-kawan berjenaka bila aku berair mata
Jadi kenapa perlu aku ketepikan mereka
Demi seorang pencinta

Kerana pada hari itu

Pencinta tiada untuk dengar cerita
Pencinta tak setia menunggu hilangnya lara
Pencinta tak sedia mendukung bila aku tiada daya
Pencinta merajuk minta dipujuk semasa aku seka air mata
Jadi kenapa perlu aku dahulukan pencinta
Demi membezakan pencinta dan mereka

Kalau itu dikatakan dosa
Buktikan pada aku yang kata-kata kau itu pahala
Kalau tak adil itu pencalar bahagia
Buktikan cemburu  baja rumah tangga
Kalau cemuhan itu pengubat duka
Buktikan dengan mata yang hati kau rela

Sakit bukan minta diubat
Hanya tuduhan teguhkan dendam kesumat
Lafaz mahu semuanya tamat
Tapi redha masih tersekat


** Tengah hujan aku tulis, berhenti hujan aku berhenti tulis, 4:14pm, 27/10/11, C21-208, Fakulti Sains, UTM Johor Bahru, Johor**

2 comments:

Anonymous said...

I can do the hug-me-tight-and-tell-me-i-know-u-r-not-ok thing, insyaAllah. But I'm not sure about being the cute and cudly green monster *hmmmph cuteeee....!

Hold on tight, dear. HE's always watching over us. Hablum min Allah, wa hablum min an-nas - never forget. :-)

ayen =D said...

I read your comment Afzan, just donno how to reply...

THANKS!

Muaaaahhh....!!!

Tapi... aku nak monster hijau tu.... =D