Thursday, September 29, 2011

Di Saat Aku Mencintaimu - Mari Hadam Lagu


Ada satu tabiat, kalau dah tertarik dengan satu-satu lagu, aku akan dengar lagu tu berulang-ulang... ulang sampai lebam.. Kena kalau lagu tu tak digemari oleh room-mate, macam Lala pada satu tahun yang indah dulu, Lala menjerit, "Cukup Ain.. Cukup...!!!!!" bila aku pasang lagu Sayang, sayang, sayang, Alif Aziz.. hahaha.. lagi dia geram, lagi kuat aku pasang... Lama-lama.. proses menghadam lagu tu dah jadi biasa.. Kalau kata orang-orang tua.. "dah kena sampuk la tu..." Ala.. Lala pun ada masa akan hadam satu-satu lagu tu sepanjang hari..

Sukacita aku nak sebarkan, bahawa aku tengah kena sampuk @ menghadam lagu Di Saat Aku Mencintaimu.. oleh Dadali..

Mula-mula dengar, di radio.. Macam ni bunyinya..

Mengapa kau pergi, Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu,
Berharap engkau jadi kekasih hatiku,
Malah kau pergi jauh dari hidupku,


Masa rangkap pertama, aku biasa je, tenang... Aku fokus tengok jalan raya (okay, kantoi, aku dengar radio dalam kereta) Standard loser punya lirik.

Menyendiri lagi, Menyendiri lagi,
Di saat kau tinggalkan diriku pergi,
Tak pernah ada yang menghiasi hariku,
Di saat aku terbangun dari tidurku,


Okay, sekarang bukan saja sentap, tapi... kata P Ramlee dalam cerita Ahmad Albab,
"Dia nangish la.. nangish la..."

Okay, aku bukan nangis sedu-sedan ya.. sentap sikit je.. Biasalah, jiwa tengah sentimental.. sekejap je lah tau.. I am okay.. Serious...Hehehe.. Aku terus mendengar...

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencintai dirimu,
Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta.......


Okay, aku percaya, lagu ni tak berkait sangat dengan aku.. Confirm! Maka dah tak sentimental dah.. sebab.. Aku nak KATAKAN "aku sangat mencintai dirimu"??? Aku nak CAKAP?

Maaf ya bapak-bapak, ibu-ibu.. That is not Ain.. I even rarely tell my mother, my father, my younger sister, my younger brother.. that.. "I LOVE YOU" Why...? Why don't you simply accept that, IT IS AIN?

Kalau aku boleh faham, kenapa kawan-kawan aku yang dah buat Masters dalam Kimia suka guna perkataan solution (merujuk kepada cecair), kenapa kawan-kawan aku yang tengah buat Masters dalam Matematik mesti selitkan nombor dalam cerita dia, kenapa orang lain tiba-tiba cakap, "Tau la kau budak Fizik, tak perlulah nak tonjolkan dengan sebut, inersia.. momentum.. force.. daaa..." Kenapa orang tak boleh faham yang 'Love' seems to be the hardest word for me?

Tapi, malam tadi, Ajan cakap.. Seek to understand, then to be understood. 
Telur ayam dengan ayam, mana yang wujud dulu...?  Orang terlalu banyak masa terluang je yang akan sudi berdebat tentang soalan ni, kot...

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta



Dah.. sambung hadam lagu.. tanpa sebarang perasaan sentimental melainkan perasan suara bagus (nyanyi-nyayi dalam 'ofis' sambil baca kertas saintifik) Muahahaha...




3 comments:

lala said...

yennn... cukup.. cukupp.. (aku cakap dari jauh jer)

Anonymous said...

tapi aku macam biasa je dengar ko sebut kat aku "love u ajan. mmmuah!". yang ni x kira ke? ??? *aku keliru...

ayen =D said...

ye lala.. aku dengar dari jauh... hahaha..

ajan, aku pun kadang2 keliru... hahaha.. aku rasa.. aku rasa lah kan.. yg aku cakap love u dengan senangnya tu, ikhlas, bukan dusta.. cuma ianya merujuk kepada perbuatan, kata-kata dan masa tersebut, spesifik. contoh, kau bagi no telefon lelaki handsome kat aku, so utk tindakan itu, i say, i love u...

aku rasa la.. :P