Friday, November 25, 2011

Sendiri = Bosan = Sedih

Aku akan banyak luang masa dengan seseorang yang aku tau akan berpisah dengannya tak lama lagi... Dan lepas tu aku akan sangat terasa kehilangan... Perubahan aktiviti harian yang mendadak! Itu sakit! 

*********************************************
"Sendiri?"
"Haaa...?" jawab Mai, atau Lala dengan terpinga-pinga. Masa nak masuk dalam... eerr.. Eye On Singapore? Itu kah namanya? Lebih kurang begitulah. Kami bertiga jalan-jalan masa cuti musim panas, 2008. Cewah, cuti musim panas di situ. Betul lah! Aku tak tipu! Memang tengah cuti musim panas...! Takkan cuti musim durian kot....

 *Kiri, depan mende alah yang kami nak naik tu. Kanan, lepas tengok show song of the sea yang best.
Pulau Sentosa, Singapura*

Aku dengan yakin pun jawab, "Tak, kami bertiga.."
Aku faham kenapa Mai atau Lala tak faham soalan lelaki itu. Sebab kalau bahasa Melayu, untuk tanya "Are you alone..coming by yourself ke.. " bunyinya ialah "Seorang?" bukannya "Sendiri?" Lelaki itu guna perkataan 'sendiri' sebab dia dari Indonesia agaknya. Indonesia, sendiri tu maksudnya seorang. Aku kan mahir bahasa Indonesia lebih sikit daripada Lala dan Mai ;-)

Bagi aku, sendiri, seorang.. sama saja. Melambangkan bosan, sedih, ditinggalkan, gagal, loser.. owh.. terlalu negatif!

"Aku tak boleh makan sorang-sorang kat kedai!" aku buat pengisytiharaan.
"Ain, kita dah banyak kena buat keje sorang-sorang"
"Aku sedih la bila kena makan sorang-sorang.. aku sedih bila date cancel..."
"Ain, aku dah lama dah makan sorang-sorang.. shoping sorang-sorang, tengok wayang sorang-sorang "
"Aku tau.. aku je tak biasa-biasa lagi.."

Tengok wayang sorang-sorang..owh, itu sangat aku tak dapat bayangkan aku buat. Tapi, Lala dah buat. Kalau Lala boleh, kenapa aku tak boleh? Selamat je Lala, tenang je, bahagia je.. Makin cantik je aku tengok Lala..

Aku akan cuba sedaya upaya keluar makan, borak, tidur, bersuka ria dengan kawan-kawan. Tak akan ada "TIDAK" kalau aku memang tak ada kerja. Penat, malas nak bersiap, malas nak patah balik, duit tak ada, bukan alasan pilihan aku. Kadang-kadang sanggup stay up buat kerja sekolah kalau nak keluar dengan kawan. Aku tetap usahakan, asalkan aku jumpa orang. Aku tak suka sendiri! (Okay, nasib baik nak mandi, berak, aku tak perlu kawan...) Bila ada kawan yang dah nak habis belajar.. dah nak kawin ke.. aku suka luang banyak masa dengan kawan.. Sampai lah aku dah sedar tentang satu hal, iaitu...

Aku akan banyak luang masa dengan seseorang yang aku tau akan berpisah dengannya tak lama lagi... Dan lepas tu aku akan sangat terasa kehilangan... Perubahan aktiviti harian yang mendadak! Itu sakit!

Nora, sama kelab Smart Camp.. Salah satu kelab yang buat program motivasi pelajar sekolah. Bila dia dah di ambang nak tamat Masters tu la.. kami makan sama, lepak sama.. lepak bilik dia.. borak banyak-banyak.. cerita rahsia dia, aku cerita rahsia aku.. rasa rapat tiba-tiba.. Sekarang dia dah tinggalkan Johor.. okay, aku rindu dia..



*Antara otai Smart Camp (aku tak otai sangat) yang susah nak jumpa dah sekarang. Apatah lagi nak karaoke sama-sama*

Sama juga dengan Muni.. sepanjang dia kat UTM, sama Jabatan Fizik je padahal, tapi tak ada pun nak lepak dengan dia setahun yang lalu. Bila sekali dah keluar makan dengan dia.. jadi lagi rapat. Makan sama, tidur sama, lepak sama, gosip sama, kat Facebook borak sama lagi.. usha Arjun Rampal lagi.. SMS lagi.. wah.. macam jatuh cinta.. karaoke sama dan trip ke Gunung Ledang juga antara perkara menarik dengan Muni.. tapi.. Muni dah balik Kelantan.. okay, aku rindu dia...


*Trip ad-hoc yang menjadi sangat best! Beberapa jam sebelum je plan, ale-ale sampai air terjun Gunung Ledang dan panjang Bukit Semput siap*


Zafran tak payah lah nak cerita.. orang yang paling senang aku nak kacau hidup dia.. spa hunting, perkara paling suka hati kami buat walaupun ada kerja sekolah. Setakat survey-survey spa, salon, produk, tapi tanpa beli apa-apa, dari pagi sampai malam pun boleh. Tidur kat bilik dia, pakai baju apa ada pun boleh. Tak kira la bilik aku macam tongkang pecah ke, bilik dia macam kandang arnab ke (memang ada arnab pun), kami tidur sama. Bercerita hari-hari. Tak penat ke Zafran layan aku? hahaha..  tengah malam sedap-sedap baring atas katil aku boleh ajak gi Jalal? (mamak tak mamak sangat) Tapi, dah habis Masters, dia balik Shah Alam.. Okay, aku rindu dia...

 
*Lepas siap pakai t-shirt sukarelawan program bersama kanak-kanak OKU kat Dataran Merdeka. Sukarelawan la sangat. Aku suka muka Zafran dan Lala dalam gambar ni hehehehe*

 
*Ini Wong, dalam tempat karaoke yang sangat sweet! Lepas seronok lunch, karaoke, gosip-gosip... Wong sekarang kat Osaka...*

Pernah lah aku bincang dengan Mai, bekas housemate aku, pasal aku lepak selalu dengan seseorang beriya-iya bila seseorang tu nak blah.. sudahnya, sangat rasa kehilangan.. Mai, roomate sejak degree.. Tahun 2005! Merantau negara orang pun sama-sama.. (banyak kalau aku nak senaraikan) Mai tak hilang, ada je kat Johor ni.. Tapi.. Mai dah kahwin.. kami dah tak serumah lagi... Aku balik-balik dari UTM, selalu ngadu kat Mai.. tengok Mai masak apa.. Mai beli apa.. Hurm.. Okay, aku rindu dia...

Tadi mengadu kat Lala, betapa sedihnya aku seorang menghadapi hari aku ini... Kalau Lala kat sini tentu aku ajak dia makan kat Season.. Okay, aku rindu dia...

"Ain, kita kan dah besar.. lama-lama kita kena buat macam-macam benda sorang-sorang.."
"Aku tetap rasa sedih...!!!!"
huhuhu.. Lala mesti stress layan aku...

Aku suka nampak okay. Rasa hebat, nampak tak kalah.. kelihatan cantik.. tapi aku tak segan silu mengadu kat Lala tadi.. Aku juga tak segan situ tulis macam ni hari ni... Kurang macho di situ.. Sekali sekala..

Sekarang aku rasa.. kalau aku sedar yang aku akan berpisah dengan seseorang tak lama lagi, tindakan aku untuk luang masa dengan orang tu sebanyak yang boleh adalah tindakan yang memakan diri sendiri.. Jangan Ain, jangan! Setuju?

"Kak, nanti saya pergi Sabah sorang-sorang.. Tak seronoknya..."
"Eh, kalau saya lagi suka sorang-sorang.. senang nak gerak.. tak payah bincang-bincang.. ikut je diri sendiri nak buat apa... nak gerak mana.. nak pergi bila.."
, jawab Kak Siti.

Kalau lah aku boleh fikir macam Kak Siti.. Kan senang.. 

Senang ke sendiri?

Tapi, MJ kata, "You are not alone..."
Boleh percaya ke?


********************************

AMARAN KERAS : Boleh baca, boleh komen, tapi kalau berjumpa dan bertentang mata, sila pura-pura tak baca tulisan ini ya, harap maklum =p

10 comments:

Unknown said...

Ohh.. so sweet i also miss u girls...
Where is Lala now? not in johor?
Sometimes i do remember when we hang out together... although not much hehe..
How are you? doing well on pHd....
がんばりますね!

lala said...

yen aku terharu sangattttttt

~~kaMpunG keCil~~ said...

ain...aku pon rindu ko..xpe2, nt kite jumpe ye..insyaALLAH time aku konvo nt ^__^ jgn sedih2.. simpan kenangan kite bersama2 taw :)

Afzani Tual (Ajan) said...

aku rasa aku akan check on you tiap2 hari beberapa minggu pertama kat US. so u will barely think we are separated XD.
know you can do it. you've done it before, you just dont realize it =)

Sunah Sakura said...

ko sila tulis banyak2 dalam ni kat sana nanti..aku nak baca tiap hari...tiap hari, ok???

Unknown said...

aku tak sure ttg hal2 blog ni tapi aku harap apa aku tulis ni appear la kat tempat ko since aku takleh cakap direct kat ko bile jumpe kan...hahaha malu la tu..ceh..
Beb aku terharu la..by the way aku ialah zafran best!! aku terasa sangat bila dah tak duduk johor. Honestly aku mana ada kawan sangat kot kat sana but thank god i found you (uwek!! gelinyer) seriously mesti aku bosan tahap gaban kalo ko takde pasal aku terpaksa menghadap muka rabbit aku je la..huhu nway aku harap ko tak lupaaku tau..walaupun aku ni selalu takde response je orgnya tapi u can count me like one two three and i'll be there..hehe dah la..malu..

ayen =D said...

Hye Wong!! Lala in Bangi, UKM.. Yeah, Wong, you are so comel!!! When our friend from kursus induksi ask, where are you.. I answered, in Japan, having cuti tanpa gaji, not cuti haji hehehe..

Lala... terharu tak pe, jangan tergaru2.. lagipun tak cukup space nak garu2 atas beca berdua.. eerr.. tiba2..

Muni..aku tak tau lak ko konvo bila.. tak de la, aku tak nak simpan kenangan.. baik simpan duit.. :P

Ajan.. ko nk check aku? ayo.. stalker.. hahaha.. thanks Ajan.. taip.. before tu lain.. ada Lala, ada Husni.. ada Mai.. (melawan.. melawan)

Sunah.. aku bukan blogger tegar macam kau.. nak tulis hari2 heheheh.. malu la camni.. nebes aku nebes..

Zafran.. aku pun malu nak balas komen kau.. hikhikhik...

Muaaah semua!

m taufiq a aziz said...

ok...

(hee hee.. menyibuk sikit)

ayen =D said...

memang taufiq menyibuk hahaha

~~kaMpunG keCil~~ said...

ala ko~~ saje je kan.. huh! nt simpan duit pastu dtg lawat aku ye...huwa2!
konvo aku early may ... xsempat gak ngn ko..:'(