Monday, September 3, 2012

Sepasang Mata

Sepasang mata, mampu hadirkan percaya
Boleh buat harapan terbina
Apatah lagi senyum sampai telinga
Gembira, malah bahagia sampai seminggu dua

Sepasang mata, mampu buat tenang berkocak
Boleh buat api marah marak
Apatah lagi hati calar lalu rabak
Kesal, malah dendam sampai beranak-pinak

Ya, berpasang-pasang mata
Tak pernah sama sinar yang sampai
Tak pernah jelas rasa yang termeterai
Tak berdosa kalau aku salah nilai
Tak terkilan kalau hati aku sampai berkecai

Tapi sinar dan rasa berbeza, hadir daripada sepasang mata yang sama
Bukan milik manusia dua atau tiga
Kenapa aku masih belum bijaksana?





2 comments:

Ajan said...

Ayen, mata aku dua pasang. Jadi aku x bersalah kan?

Walaupun aku x faham sangat, tiba2 aku rasa marah sekali baca entri ni! Hargh!

ayen =D said...

Tak ada siapa2 salah pun dek mata (atau mata-mata) masing2 hehe..

Tak apa, aku tulis je, apa kau nak rasa tu hak individu.. hehehe marah marah.. jangan tak marah :)