Thursday, June 28, 2012

Tekanan Lawan 'Graviti'


Buah epal dah masak ranum, tapi belum sempat dipetik. Maka JATUHlah buah epal itu ke bumi, bukan tercabut dari pokok lalu terbang terapung di langit.
Kenapa JATUH?


 

TEORI Isaac Newton mengatakan, disebabkan graviti, maka epal itu JATUH. Kita akur, kita kata itu lumrah.

**************************

Di restoran, aku nak minum air dalam gelas dan ada penyedut minuman (straw). Di restoran lah, kat rumah aku tak simpan straw.

 
Air tu MAMPU naik ke atas bila aku sedut guna straw. Kalau tak, tak ayu lah aku, kena tonggengkan gelas supaya air itu JATUH dalam mulut aku, kan? Ada graviti kata...

Kenapa air tu boleh NAIK?

Bila aku sedut guna straw, aku mengurangkan TEKANAN dalam straw (di antara mulut cantik aku dan air). Maka tekanan atmosfera (dari persekitaran aku kepada air dalam gelas - di luar straw) lebih tinggi, lalu menolak air itu ke dalam straw. TEKANAN atmosfera itu mampu NAIKKAN air, dan LAWAN graviti.

TEKANAN mampu MENAIKKAN air sedap dan menyegarkan ke mulut cantik dan baik aku ni.. sedap =)

'TEKANAN' MAMPU BUAT AKU 'NAIK'!
Malah aku boleh lawan 'graviti' yang diyakini KAU akan sentiasa buat aku JATUH!


'Graviti' akan buat aku 'jatuh' hanyalah teori. Aku tahu aku ada daya untuk bermain-main dengan 'tekanan'. Jangan sampai aku 'naik' tak toleh 'bawah', masa tu kau tak habis-habis salahkan 'graviti' tapi aku terus 'naik'. Mampos sama kau! Bye Bye!!!

2 comments:

NuRuL AiNA said...

wah meaning yang agak mendalam.. :)

are u ok or not..? hopefully always be okay..

ஜ miss klanika ஜ said...

bunyiknya mcm dlm tekanan sangat . harap takdela kena tekanan darah tinggi . cool down .