Kerana seorang lelaki
Yang baru semalam dihafal ritma nafas
Penuh daya dipertahan
Sampai tak endah bangkang emak
Tak peduli belakangkan ayah
Kerana seorang lelaki
Yang sayangnya ada syarat
Perintah kau turut penuh sabar
Otak cair jadi beku
Keletah jadi bisu
Kerana seorang lelaki
Yang kasihya perlu dibalas
Tapi cinta tak jemu kau lafaz
Lalu lidah mendahului akal
Dengan senafas kau sakiti kawan
Seribu maaf seorang lelaki
Tak pernah gagal melembutkan hati
Tapi baru sekali emak, ayah, dan kawan tidak sebulu
Tanpa menoleh kau benci melulu
Siapa yang lebih kenal ritma nafasmu?
Siapa yang tanpa syarat menyayangimu?
Siapa yang tak hitung balas kasih walaupun satu?
Wahai perempuan-perempuan yang asyik bercinta
Yang gembira bermanja, bahagia merindu
Ampunkan kata-kataku
KAU PENCINTA DUNGU

Pencinta yang dungu ni tengok lauk basi pun disangka cupcake.
2 comments:
Bukan tu mmg cupcake ke???hahaha :-)
Post a Comment