While having a 13-page book chapter (or maybe a thesis) to be read on my desk during lunch hour, I am happy enough to read only the first sentence until I decided to continue reading it tonight. I choose to postpone it because I cannot wait to update my blog. Muahaha...
I want to write something that came into my mind when I woke up this morning. And, allow me to continue in Malay, my mother tongue.. Otherwise, when you read this entry, you will say "Oh, your English!" hehehe...
Aku tak buat kajian yang terperinci tentang isu pendidikan percuma yang diperjuangkan oleh sekumpulan rakyat Malaysia untuk aku laungkan dengan lantang, apakah pendirian aku. Dengan kengkangan masa yang ada dek amanah-amanah yang aku pikul, sempatlah aku baca serba sedikit, pendapat yang menyokong, hujah yang membangkang, malah tak kurang juga pendapat yang penuh sindiran; buat aku tertanya-tanya, apakah ini tanda setuju atau mereka adalah seteru.
Setiap kali isu tersebut aku baca, dengar (video youtube) dan fikir, aku tak terlepas daripada terkenang cerita aku dan pendidikan aku. Ya lah, menghampiri mustahil untuk manusia yang waras dan ada memori mampu memberi pendapat tanpa bias dek pengalaman peribadi, kan?
Tanpa segan silu, aku nak beritahu, aku tak ingat tahun persekolahan yang mana dalam hidup aku, yang aku bayar yuran penuh di awal tahun. Seolah-olah, tiada! Dari darjah 1 sampai tingkatan 5. Aku nak ambil keputusan SPM pun dengan duit di tangan, untuk bayar baki hutang yuran! Aku dah biasa, dalam kelas, cikgu kelas panggil dan berbisik pada aku, "Ain, bila awak boleh bayar yuran?". Dan aku ingat setiap cikgu yang 'halalkan' hutang yuran aku. Darjah 2, Cikgu Junaidah dan tingkatan 2, Cikgu Mohamad. Aku ingat!
Maafkan saya, saya bergenang air mata sekejap.. Ahakz..
Masa darjah 6, nak UPSR, kawan-kawan aku pergi tusyen yang cikgu kami buat. Aku tak pergi. Aku tanya mak bapak aku sekali je. Tak dapat, aku tak minta lagi dan aku tak sedih pun. Tapi cikgu tu 'jemput' aku datang tusyen dia. Aku ingat, Cikgu Yunus. Aku ingat!
Balik rumah, aku cakap kat mak aku, "Ma, cikgu ada bagitau, ada satu set buku latihan tu bagus untuk UPSR.. Err.. Ain bagitahu je, tak beli pun tak pe.. Ain leh pinjam kawan Ain". Satu malam, masa keluar ke Melaka (bandar) aku dengar mak aku bisik kat bapak aku, "Bang, kita belikan lah buku tu. Nanti dia dakwa kita tak bagi dia buku tu pulak kalau dia tak dapat 5A". hahaha ayat mak aku kan, sabar je la... Tapi aku dengar, dan aku buat semua latihan tu bila aku dapat buku tu... Dan aku dapat 5A! (Berlagak sekejap) Itu aku ingat, Mak Long aku ada hulur RM 20 kot.. ke RM 50 untuk aku. Aku ingat!
Biasiswa dapat masa tingkatan 2... sampai tingkatan 5. Aku bukan nak bangga aku orang susah, tapi aku nak ceritakan yang aku bukan orang senang. Aku pening bila ada para pelajar mengadu, "sedih lah, tak ada duit nak beli buku rujukan.." Aku jawab, "eh, tu bukan buku rujukan ke?". "Ni lain, ada lagi satu buku rujukan tu lain sikit" Zzzzz... tak tahu bersyukur! Aku cepuk jugak sekor-sekor kang! Budak-budak zaman sekarang.. haisy!
Masuk UTM, aku pegang RM 50 je dalam tangan. Okay, aku tipu, bapak aku memang la ada pegang duit sikit. Tapi tu duit minyak dia nak balik dari Johor ke Melaka, dan duit makan untuk aku seminggu dua. Masa beratur untuk pendaftaran aku tenang je. Dah biasa buat muka tebal minta tangguh bayar yuran. Dua tiga orang di kaunter pendaftaran bangun duduk untuk kes terpencil macam aku, nak-masuk-universiti-bawa-RM 50-je?. Tapi, ada aku kesah? Kau nak RM 500, aku balik Merlimau balik!
Aku tak kesah, patah balik daripada meja pendaftaran, untuk bincang dengan bapak aku, sebab kaunter pendaftaran nak juga RM 500. Aku tak ambil kesah pun orang yang beratur belakang aku, "eh, kenapa tu, kenapa tu?" Sebab aku tahu, orang yang cakap belakang aku tak akan tolong aku. Tak akan!
Akhirnya aku dapat mendaftar.. mungkin ada tambah sikit, RM 100. Aku tak ingat. Terima kasih kakak dan abang kaunter. Aku ingat!
Buku teks pun aku tak terus beli masa awal-awal masuk UTM. Tak apa, salin nota pensyarah sudah. Tapi aku rasa akhirnya aku beli juga la. Mungkin tak semua. Aku beli hanya yang senior tak bagi kat aku je. Terima kasih kakak & abang senior. Aku ingat!
Masa isi borang perjanjian pinjaman MARA untuk ijazah sarjana muda aku, aku ingat, bapak aku cakap, lepas dia sama-sama baca perjanjian tu, "Haa.. tengok ni, kalau dapat result bagus, pinjaman tu jadi biasiswa, tak kena bayar balik. Kalau tak dapat, kena bayar balik.. faham, kan?"
Hasil, aku tak perlu bayar semula pinjaman MARA tu. Fahamkan maksudnya?
Mungkin duit MARA tak lah semewah duit PTPTN. Kawan-kawan yang ada dapat duit PTPTN boleh beli handphone canggih di awal semester (tak semua). Aku, siap bagi keluarga aku lagi. Ayat mak aku, "duit kau duit ku juga, duit aku duit kau juga.." haha.. jadi, bagi awal-awal semester kan keluarga aku buat aku tanpa serba salah minta duit di hujung semester. Bijak kan?
Busu pun biasa bagi aku duit. Daripada aku masuk MRSM, belikan barang-barang masuk asrama, sampai masuk UTM. Tak pernah mengungkit. Ada beberapa kawan baik pun sudi pinjamkan duit.. tak pernah mengungkit. Nak minta pulang pun dengan bahasa yang maha halus.
Okay, maafkan saya, mata berkaca sekali lagi.. ehem.. ehem...
Benar, tangan yang memberi lebih mulia daripada tangan yang menerima. Sebab yang menerima ni kurang mulialah, mustahil tiada pemberi yang mengungkit. Setakat dengar "Ala... Ain tu belajar tinggi-tinggi, duit aku ada tolong jugak tu...", "Kalau aku tak tolong mak bapak dia, tak de nye Ain tu masuk universiti..." dah biasa. Dah biasa, dan, aku ingat! Kalau aku tahu ada manusia yang mengungkit, takkan aku terima setiap sen daripada setiap manusia. Tapi aku orang bijak pandai, aku takkan melenting. Jasa tetap jasa. Budi tetap budi. Aku ingat!
Okay, maafkan saya, mata bertambah berkaca-kaca.. aargghh!!
Pengajaran 1;
Jangan jadikan alasan mak bapak tak bagi, duit tak ada, tak ada peluang, untuk ketidakcukupan demi pengajian ilmu. JANGAN! Nak seribu daya, tak nak seribu dalih! Di mana ada kemahuan (DAYA), di situ ada jalan!
Pengajaran 2;
Jangan fikir pendidikan percuma mampu buat belajar sambil lewa. Pendidikan tak percuma pun mampu. Malah pendidikan percuma juga mampu lahirkan modal insan hebat. Tak ada persamaan matematik yang menyokong hubungan ini, pada pendapat aku.
Pengajaran 3;
Jika menerima, belajarlah untuk INGAT. Jika memberi, belajarlah untuk LUPA.
Pengajaran 4;
Jika meminjam, belajarlah untuk PULANG. Jika berdosa, belajarlah untuk TIDAK ULANG.
Pengajaran 5;
Jika ada hutang dan terasa sesak nak pulangkan, cuba bayang perasaan orang yang diSEDEKAHkan (iaitu, tiada hutang kononnya) tapi diungkit-ungkit sedekah tu. Nescaya mereka yang berhutang akan rasa lebih beruntung dan lebih tenang.
Pengajaran 6;
Jangan sekali-kali ada lagi manusia datang kepada aku dan cakap,
"Kak Ain, nak sambung belajar, tapi mak ayah tak ada duit.. macam mana ni..."
"Nak belajar kat mana?"
"Kat xxxx",
"Laarr.. swasta.. tak ada duit, masuk lah yang bukan swasta.."
"Ala.. tak minat.. dan, tak ada tawaran.."
Atau pun,
"Cikgu, cukuplah latihan sampai sini je"
"Kenapa? Kan ada masa lagi 20 minit? Hari ni tusyen 1 jam kan?"
"Ala.. penat lah cikgu Ain.. kita borak-borak je la..."
Huhu.. aku dulu dapat tusyen tu, bersorak dalam hati tau! Ni senang-senang kau nak tenang-tenang habiskan duit mak bapak kau kan?
Atau pun,
"Susah la miss, nak kene kejar bas, kuliah pagi-pagi. Kalau mak bagi motor tentu senang"
"Jadi awak nak kita tukar kuliah waktu petang ke, awak nak saya bagi awak motor?"
"Hehehe... Petang dah penuh kuliah lak.. macam mana ek.."
Aku cepuk gak kalau ada student macam ni lagi datang jumpa aku sebab lambat datang kuliah!
Atau pun,
"Ye la, kau memang hebat.. lain lah.."
Ha ah, aku memang hebat. Keluar-keluar dari perut mak aku aku terus boleh senaraikan Hukum Newton Pertama sampai ketiga.. dengan lancar.. aku memang lain!
Pengajaran 7 (Khas untuk aku);
Aku nak jadi mak macam mak aku, dan nak cari suami macam bapak aku. TITIK!
Maafkan saya, tertulis panjang.. ahakz...
Okay, masuk makmal, Ain!!!! Kau ingat UTM hantar kau ke US ni, percuma????
2 comments:
yen, aku nak ingat kan sikit.. PTPTN dengan free education adalah dua benda yang berbeza..
aku xde masalah dengan ptptn yang tak melampau banyak.. 20k-30k ut degree tu ok lagi..tp aku memang pelik dengan pinjaman ptptn yg sampai 80k kt kolej swasta utk buat diploma jer... pastu bile tengok share holder kolej tu lagi la buat aku menyirap..
sekian, terima kasih..
tiada dalam tulisan aku menyatakan PTPTN dan free education adalah perkara yang sama, harap maklum =)
aku sekadar berkongsi "harga jalan demi ilmu" pengalaman peribadi aku, tak berdiri pada mana-mana pendirian (sekurang-kurangnya pada tulisan ini) =)
Post a Comment