Aku boleh pilih untuk berkurung
Aku boleh pilih untuk murung
Aku boleh menangis sampai bengkak mata
Aku boleh marah sampai merah muka
Tapi hari ini, aku lebih matang.
Aku pilih untuk berjumpa banyak insan
Aku pilih untuk ukir senyuman
Aku memohon tabah di atas sejadah
Aku menyesal dek dosa masa sudah
Kerana hari ini, aku lebih berhemah.
Kau memilih untuk sakiti aku
Kau menari di atas tangisanku
Maka akan kubersedia untuk tarianku sendiri
Akan kurawat sakitku perlahan-lahan
Akan kuterus berjalan walaupun bertongkat
Aku cuba yakini, yang aku tetap akan menari
Pada hari esok jika tidak hari ini
Bersama-sama si dia yang diciptakan menanti
Yang terbaik untuk aku temani
Sambil kuberbisik dalam hati
Tak mustahil si dia adalah kau sendiri.
1 comment:
Hi, I came across your blog and I enjoyed reading your amazing stories. Interested to collaborate ? Email me at nurul.aini@zalora.com.my. Hope to hear soon. Thanks!
Post a Comment