Friday, August 15, 2014

Selepas Checkmate, HABIS!



Ya, memenangi buah dalam permainan catur adalah menggembirakan. Lebih-lebih lagi kalau dapat makan atau perangkap buah yang hebat-hebat, macam queen dan rook. Tapi itu bukanlah matlamat utama permainan catur.

Ya, ianya mampu melemahkan pihak lawan, dan memberi kelebihan kepada kita, betul. Tetapi, menang buah bukan tanda penyudahan yang menggembirakan, bukan tanda menang perlawanan catur. Penyudahan yang dimahukan adalah, menang, dengan checkmate-kan pihak lawan, kan?

"Memanglah, tapi mestilah nak makan itu ini dulu, perangkap itu ini dulu..."

Perangkaplah berapa banyak rook, bishop, knight atau queen sekalipun, andai tiba-tiba kita kena checkmate, habis. Kita kalah! NOKTAH!

Tiba-tiba, aku bawa falsafah catur dalam percaturan kehidupan kita. Capailah apa saja kegembiraan atau kelebihan yang pada mata kasar adalah alat untuk penyudahan kehidupan yang baik; pendidikan, kerjaya, duit, nama, pasangan... Demi kejayaan hidup dunia dan akhirat katanya. Namun, jika tidak sempat mencapai penyudahan yang baik, dalam keadaan tidak sedia, ale-ale kita yang 'di-checkmate-kan'... Ale-ale ajal sampai? NOKTAH!

Checkmate oleh pihak lawan dalam catur mampu kita elak. Mampu kita baca petandanya. 'Checkmate' kehidupan kita? Mati boleh bila-bila, wei..!

Capailah itu dan ini, kejarlah semuanya... Cuma bersedialah, jika tiba-tiba percaturan hidup kita tamat...
Sesungguhnya kita sedia maklum, selepas 'checkmate', HABIS!

*Jadual sendat dek catur. Tengok apa pun nampak catur*

No comments: