Seorang ketua di sebuah kampung yang permai, maju dan disegani, mula mencari penggantinya, pemimpin masa depan. Diumumkan kepada penduduk kampung, "Aku mahu pemuda yang kuat, bijak dan ada ciri-ciri pemimpin." Lalu datanglah kepada ketua yang semakin lanjut usia itu tiga lelaki yang dihormati oleh penduduk kampung.
"Sebelum aku memilih dan melatih salah seorang daripada kamu sebagai pengganti aku, kamu perlu buat satu tugasan. Daki gunung itu, nanti ceritakan kepadaku apa yang kau lihat", sambil tangan yang sudah banyak kedut itu menunding ke arah sebuah gunung tidak jauh dari rumah ketua kampung.
*Gunung pertama dan terakhir (setakat ini) yang aku pernah daki, Gunung Sinai, Mesir*
Keesokkan paginya tiga pemuda itu memulakan perjalanan mendaki gunung. Seluruh warga kampung menyaksikan, bermulanya perjalanan bakal ketua baru mereka. "Nanti boleh tulis dalam buku biografi Tok Ketua Muda!"
Terdetik di hati salah seorang daripada tiga pemuda itu, Aaron Aziz, "Saingan aku lebih gagah. Mereka kerja kampung, aku ni peniaga. Fizikal pasti aku kalah, aku mesti bijak." Aaron ambil keputusan untuk hanya pandang-pandang kawasan kaki gunung. "Korang, aku tak jadi panjat gunung ni lah. Aku balik dulu. Korang, chaiyok!"
Aaron tidak hampa dengan keputusannya. Pemandangan sangat cantik. Ada pokok-pokok bunga, suasana segar, ya lah, selama ini dia sibuk dengan perniagaan, jadi sekali sekala menikmati keindahan alam semula jadi di kaki gunung sememangnya menyenangkan. "Okay, aku akan ceritakan keindahan yang aku lihat ini kepada ketua kampung!" Selepas pusing-pusing di kaki gunung, Aaron pun pulang ke rumah Tok Ketua.
"Eh, Aaron, dah sampai! Pantas!", Tok Ketua meletakkan cawan teh yang sedang dipegang, bersedia nak dengar cerita Aaron.
"Heeee.. boleh lah... saya nampak pemandangan yang sangat indah, tak sabar nak cerita kepada Tok Ketua!"
"Oh, haaaa.. apa yang kamu nampak?"
Selepas menceritakan dengan bahasa yang indah persis puisi cinta, ketua kampung menjawab, "Itu hanyalah kaki gunung, Aaron. Kamu tak daki pun gunung tu. Cerita nak gempak." Nada ketua kampung kecewa. Dari berdiri teruja, dia duduk semula di kerusi berehat dengan secawan teh nya tadi yang baru diminum seteguk.
Sementara itu, dua lagi pemuda sedang mendaki gunung tersebut. Mereka sama-sama sado. Namun tiba di pertengahan pendakian, mereka tidak sama kepala. Fahrin Ahmad terfikir, "Haih, penatnya nak daki. Ni kalau aku teruskan ni, mau balik dah malam. Lagipun, dah tengah-tengah gunung ni, mesti apa yang aku nampak di sini lebih kurang saja di puncak." Fahrin buat keputusan untuk patah balik. "Babe, aku turun dululah. Take care!" Pesan Fahrin, lalu terus menuruni gunung.
Tok Ketua sedang menuang teh dari teko ke cawannya. Secawan tadi dah habis diminum. Dan proses penuangan itu terhenti bila kecoh orang kampung bersorak, "Fahrin dah turun!"
"Haaa.. Fahrin, wah, berpeluh-peluh. Apa cerita?"
"Tok, fuh, seronok daki gunung ni, Tok Ketua. Mencabar mental dan fizikal, ditambah dapat tengok pemandangan yang cantik."
"Kamu nampak apa?"
"Pokok-pokok tinggi. Ada burung helang terbang, terasa dekat je. Udara jauh lebih segar. Hijau menenangkan. Pergh, best! Penat tu penat lah, tapi berbaloi, Tok Ketua!"
"Hmmm.. burung helang.. pokok-pokok... kau hanya daki separuh jalan, kan?"
Tok Ketua mula menghirup teh cawan kedua. Muka kecewa tidak, bangga tidak. Fahrin diam dan duduk bersama-sama Aaron dan orang kampung yang lain, di perkarangan rumah Tok Ketua. Sambil berkelah.
Hari dah makin gelap. Tok Ketua kelihatan gelisah, orang kampung juga.
"Manalah Adi Putra ni..."
Bersambung...
*Ini adalah cerita yang pertama kali aku dengar semasa Toastmasters Club Officer Training di Melaka Sabtu lepas. Ucapan penutup ketua Toastmasters Leadership Institute. Aku sangat suka cerita ini, maka aku nak cuba tulis.
No comments:
Post a Comment