"Kalau manusia redha, tiada sedih dalam dunia. Tapi kalau redha itu tak susah, takkanlah syurga itu percuma."
'Ah, senang Haikal berkata-kata. Dia fikir dia mulia, tinggalkan aku dengan ingatan tentang syurga Allah?' bentak hati Nora. Air mata tak mengalir, bukan kerana hebat menyeka, tetapi sedih dah bertukar benci, sakit dah bertukar iri hati.
Dengan nafas yang amat dalam ditarik, Nora hembus, seperti berharap keluarnya benci dalam diri, hilangnya iri hati berganti besar hati.
"Tak apa la, lama-lama nanti okay lah kot. Sekejap je ni. InsyaAllah," Nora lafaz tenang, renungan mata beralih ke bucu meja. Tak sanggup ditatap mata yang dari tadi merenung tajam. Entah renung penuh kesal atau kasihan, atau sebenarnya renung dek rasa keliru dengan hati sendiri.
"InsyaAllah", itu saja yang mampu Haikal balas. Buntu.
Selepas diam beberapa saat, "Haikal boleh cuba reconsider?"
"Haaaa..?"
"Hmmm.. Takpe lah. Nora dah terlambat 3 hari kan..."
"Ya..."
"Haaaa..?"
"Hmmm.. Takpe lah. Nora dah terlambat 3 hari kan..."
"Ya..."
Sudah 3 hari Haikal bertunang dengan gadis pilihan emaknya. Sudah 3 hari Nora tak lalu makan tak lena tidur. Hidup Nora 3 hari itu berubah serta-merta. Dipandang sejadah dengan rasa marah. Dialih telekung dengan rasa putus harapan. Dibiar Al-Quran sepi tidak diselak. Marahkah dia pada sejadah, yang dicium lama saat berhajatkan Haikal. Bencikah dia pasa telekung, yang dijadikan selimut malam-malam istikharahnya tentang jodoh. Hilang percayakah dia pada Al Quran, yang dihayati kerana yakin Allah berbicara melaluinya.
Hanyut.
***
"Jom hiking!"
"Jom!"
"Jom!"
Bukan sekadar mendaki bukit dan gunung, apa saja pelawaan, selagi kalendar belum bertanda, semuanya diterima.
"Orang kata, bila sibuk, senang nak move on," cadang Farah. Nora turut.
***
"Kau ambil gambar tu nak tunjuk kat siapa?"
"Kat No... eerrr..."
"Nora?"
"Kat No... eerrr..."
"Nora?"
Haikal diam.
"Der... Kau bodoh ke apa? Orang tu dah la syok kat kau... Kau nak tunjuk gambar baju nikah kau, kau ingat bijak ke tak action kau tu?"
"Selama ni kitorang memang macam ni la... Dah biasa.. Dan, aku nak buat macam biasa.. Supaya dia pun boleh buat biasa..."
"Buat biasa kepala hangguk kau. Yang hati batu, bekas player tu, kau...! Bukan dia... Bukan semua orang..."
"Habis kalau tiba-tiba aku hilang dari hidup dia, lagi lah dia..."
"Dia apa? Sedih? Marah? Wei, dia dah cukup sedih dah.. Dan... Hmmm..."
"Kau nak cakap apa, Bob?"
"Aku tengok insta dia, okay je.. Enjoy sana sini.. Banyak member.. Kau jangan la kacau dia.. Kau tak payah nak buat dia ingat pasal kau... Nanti dia sakit..."
"Mana kau tau dia sakit?"
"Lebih baik teka dia sakit, daripada teka dia okay... Omputeh kata, worst case scenario"
"Selama ni kitorang memang macam ni la... Dah biasa.. Dan, aku nak buat macam biasa.. Supaya dia pun boleh buat biasa..."
"Buat biasa kepala hangguk kau. Yang hati batu, bekas player tu, kau...! Bukan dia... Bukan semua orang..."
"Habis kalau tiba-tiba aku hilang dari hidup dia, lagi lah dia..."
"Dia apa? Sedih? Marah? Wei, dia dah cukup sedih dah.. Dan... Hmmm..."
"Kau nak cakap apa, Bob?"
"Aku tengok insta dia, okay je.. Enjoy sana sini.. Banyak member.. Kau jangan la kacau dia.. Kau tak payah nak buat dia ingat pasal kau... Nanti dia sakit..."
"Mana kau tau dia sakit?"
"Lebih baik teka dia sakit, daripada teka dia okay... Omputeh kata, worst case scenario"
Mesej melalui whatsapp masuk, "Awak, dah ambil baju nikah tu? Okay?"
Bob menjeling skrin telefon kawan baiknya sejak kecil tu.
"Haaaa.. Baik kau sibukkan diri layan tunang kau ni... Ni tanggungjawab... Yang tadi tu, bukan"
Haikal tarik nafas dalam-dalam. Hela. "Dah. Okay."
***
"I wanna find God. I have everything, but I still feel empty. Through you, I feel the existence of God"
"How?"
Steve mulakan bicara. Pertama kali dia berada di sebuah masjid sedekat itu pagi itu. Puncanya, sepanjang malam berjumpa dan bersembang panjang, bersembang dalam, dengan gadis Melayu pertama yang dia tak rasa kolot.
"Azlina, I dulu fikir orang Melayu pakai tudung ni bodoh. Main pakai je ikut nenek moyang. Tapi you bukan ikut pakai tudung saja. You ikut pray.. Pray apa tadi? Subur?"
"Subuh..."
Dalam hati, Azlina, atau nama penuhnya Norazlina, 'aku solat subuh ni pun sebab nak sangat ke toilet tadi.. Toilet masjid ni okay... Alang-alang masuk masjid time subuh, solat sekali la.. Kalau kat rumah ni, aku tidur je...'
"You buat I fikir you betul-betul rasa the existence of God. And you believe in praying.. Dan you pakai tudung pun you kata tadi sebab Tuhan suruh. I nak rasa that existence of God like you too."
"You pray la... Ask from Him", Azlina, atau Nora, menjawab malas.
"Him? So you believe that God is a man? Or male God? Macam Jesus?"
"Boleh cerita panjang lagi ni. Jom kita breakfast?" Ke you dah mengantuk?"
"Tak. So, let go... Breakfast kat mana?"
"You makan daging kan?"
"I Kristian, bukan Hindu, Azlina"
"I tanya ja. Mana tahu you alergik ke."
"Ya la tu. So, breakfast makan steak ke?"
"Lontong!"
Langkah seterusnya ke kereta yang diletak di hadapan masjid itu diambil sederhana perlahan. Steve dan Nora mengamati indahnya langit fajar. Steve masih mencari rasa keberadaan Tuhan. Nora pula sudah putus asa pada Tuhan.
"Wait, you pray in Malay?"
"Just now?"
"Yes, in the masjid"
"Nope, Arabic"
"So how can I pray? I know no Arabic"
"God knows all language"
"Then why you pray in Arabic? Not in Malay?"
"Eh like my heart la!"
"Woi!" Steve tak sangka Nora pijak kasutnya. "Naughty!"
"Just now?"
"Yes, in the masjid"
"Nope, Arabic"
"So how can I pray? I know no Arabic"
"God knows all language"
"Then why you pray in Arabic? Not in Malay?"
"Eh like my heart la!"
"Woi!" Steve tak sangka Nora pijak kasutnya. "Naughty!"
****
"What are you looking at?"
"Insta... He looks happy"
"Who?"
Nora masukkan daging rendang dan nasi impit ke dalam mulutnya.
"Insta... He looks happy"
"Who?"
Nora masukkan daging rendang dan nasi impit ke dalam mulutnya.
'Muka tak macam kena kahwin paksa pun. Macam kahwin suka sama suka je. Penipu'
"Woi.. I tanya you la Azlina"
"Ya.. And i don't wanna answer"
"Okay... Like your heart la..."
"Ya.. And i don't wanna answer"
"Okay... Like your heart la..."
***
Tuhan panggil manusia dengan macam-macam cara. Disuap rezeki, syukur, maka kau berhubung dengan Tuhan. Ditimpa ujian melarakan hati, sujud, maka kau berhubung dengan Tuhan. Dijauhi dan dilupai, sesat, maka kau dibiarkan oleh Tuhan? Nah, tidak, Dia tetap beri jalan untuk kau berhubung dengan Tuhan. Tidak melalui kau, tapi mungkin daripada mana-mana makhluk yang Dia ciptakan.
Saat kau fikir kau tak mahu Tuhan, ada yang bertatih, merangkak mendekati Tuhan. Saat kau sibuk memberontak doa tak dimakbulkan Tuhan, ada yang sibuk, mencari Tuhan.