*situasi-situasi semata... tiada komen dan luahan mendalam.. atas sebab-sebab takut homesick yang melampau... *
satu masa.. beberapa hari yang lepas... semasa telefon..
"Bukit Antarabangsa tu tempat orang-orang kaya yer mak?"
"ha ah Long, bukit-bukit.. kesian... "
"tu la, cuaca sekarang ni, kat sini pun kejap2 hujan, berangin sangat2, sejok plak tu"
"hujan kat sini pun, memang asik tengok je kat luar, bila nak tedoh, bila nak tedoh.."
"ha ah, Ain kat sini memang tak keluau rumah kalau tak de mende penting hahaha" (masing2 dok menangkan cerita kat tempat masing2)
"kat Kelantan pun banjir Long.."
"oowhh, ye ke.. macam2 ek.."
"tu la.. macam2, takut nak keluau rumah... "
tiba2...
"aku dah nak order dah tanah kat bukit Antarabangsa tu.. tapi dah jadi macam ni kan, dudok la diam2 aku kat sini ha..."
=)) pergh, pecah perut aku.. bukan main lagi dua anak beranak tu jadi macam wartawan tempat tinggal masing2, tiba2 dia buat lawak plak... (tak tau la kalau orang lain yang baca tak gelak, tapi aku bukan gelak la, sesak nafas terus tambah dengan batuk2 kan...)
situasi kedua... cewah, macam Bang Bil plak...
"Bang, belikan aje Bang, tak de la dia dakwa dakwi kita nanti apa2 hal, yang penting kita dah belikan..."
pastu, dijawab, "haa.. amik la..."
aku pun amik satu set buku latihan English untuk UPSR... bukan satu set.. satu set lagi..
aku dengar apa dia cakap tadi, dan aku ingat sampai sekarang...
yer, memang tak de mende aku nak dakwa dakwi... sebab, aku dapat 5A.. yeah!!!
(teringat buku2 yang melambak tu...)
situasi tiga..
"uhuk.. uhuk.. uhuk.."
dengan paniknya... alamak, keluar apa ni dari tekak aku.. macam2 warna ada.. macam2 ada..
"uhuk.. uhuk.. uhuk.."
sambil tahan perut, rasa dah macam2 organ dalam abdomen aku tertekan ke bawah dah ni..
"uhuk.. uhuk.. uhuk.."
alahai, dah la paper last trial SPM tak sempat amik.. sakit lama lak tu.. pasni SPM lagi.. huhuhu..
"uhuk... uuuuhhhuukk..."
banyaknye khazanah dalam bekas ni ha... seb baik sempat pegi ke bekas tu..
"dah??"
"dah.." ada kat belakang rupanya dia...
"ok.. Papa nak tunjuk doktor.. boleh tanya.."
dia buka tutup botol kosong.. amik 'khazanah' dalam bekas tadi tu, masukkan dalam botol...
"......"
situasi empat...
"Mama cakap la....." sambil sikunya menyigung, dan tangan memegang stereng kereta.
"Long, ko nanti, kawan2, kawan semua orang... biau ramai tak pe.. tapi jangan lebih2... kang ada yang terperasan pulak, ko jugak yang susah, cari aku.. kata orang tu gilakan kau la, ko rimas la... dalam dunia ni, ada orang yang baik sangat, tak biasa pompuan baik2 sangat dengan dia.. jadi bila kau bukan main baik lagi, dia pikir lain... tu bukan salah dia... paham??"
"yer..."
"pastu, apa2 pun, jangan jawab benda2 tak baik kat kawan2, nak2 lelaki.. zaman dulu tak ramai lelaki jahat dan berani buat jahat.. sekarang, dah la jahat, berani buat macam2 tak baik kalau kita sakitkan ati dia atau marah dia... ingat tu.. kau duduk jauh ni.. susah..."
dalam ati aku, lar, ini ke yang dia sigung2 bini dia suruh cakap kat aku tu..
banyak2 time dalam kereta tu, ini jugak yang sangat dipesan dengan serius.. huhuhu..
tempat kejadian situasi ini, ialah, masa nak hantar aku mendaftar, 1st time nak keluar melaka.. atau lebih tepat, keluar Jasin.. hahaha..
hahaha.. dari Jasin ke Skudai, jauh la sangat...
situasi lima..
"dah, meh, salam... cium sikit.."
"ha, meh meh.. hahaha"
"....."
"....."
"dah la, pegi2... semalam kan dah nangis... penat aku lah..."
dalam ati aku... 'ye lah mak...'
"babai!!!!......" dengan nyaring dan meriahnya dari tingkat atas... pergh.. power tu suara..
then, aku pun terus gi kat tempat yang nampak macam tempat sepatutnya aku pegi...
sebelum..
boarding..
bukan keluar Jasin, bukan keluar Melaka.. tapi keluar Asia.. ke Warsaw, Poland... huhuhu..
situasi enam...
"biau dia tunggu sorang2 kat situ.. "
"takpe, kita beli bungkus, ramai2 nak tunggu buat apa.."
"tu la, ramai lak orang kat situ"
"ha ah... "
"bagi nenek kau mee tu mesti dia suka.."
"ha ah.."
tiba2..
"bapak kau pesan.."
"ha, apa..?"
"dia kata, ingat ni.. kalau Papa mati dulu pun, tetap kene buat ni, bagitau dia.. bagitau anak2..."
pergh.. giler suspens...
"amendenye?"
"dia kata, kalau kau nak kawin... kau.... dot dot dot..."
dalam hati aku, hmm... serius benar pesanan ni... huhuhu...
sampai macam tu sekali...sob sob sob.. intro pun dah.. *speechless lagi*
(mana leh cite apa dia pesan... hahaha..)
situasi seterusnya....
haa.. lu pikir la sendiri..
Assalammualaikum....
2 comments:
pergh...
byk btol situasiiii
uuu...
hahaha...
ni la akibatnya kalau aku menulis, tanpa mengarang... err..
Post a Comment