Monday, May 11, 2009

KENAPE LELAKI SUKE MENGAKU SINGLE?


Aku sangat teruja dengan tajuk ini. Punca tajuk ini menimbulkan keterujaan, apabila seorang rakan menceritakan tentang seorang mamat yang mengaku single padahal sudah ber'girlfriend'. Aku tak perlu cerita panjang sebab hujung pangkal tajuk ini akan dihuraikan dengan panjang berjela oleh laporan wartawan kita dari POLANDKINI, asli dari 'note' di Facebook beliau. Layan...

====================================================================

Ini lah topik yang kite bicarakan semalam… setelah kempen meletakkan tajuk di atas dijadikan status YM kepada rakan2 saya & ain diserata dunia, tidak kurang juga kepada rakan kpd rakan kpd rakan kami ber2… terima kasih semua….

Objektif kempen ini diadakan adalah jelas saye kire, iaitu untuk mengetahui mengapa lelaki suka mengaku single, sedangkan tidak/tidak kurang juga yg sememangnya single.

Sememangnya banyak pihak keliru dengan jenis lelaki yang bagaimanakah yang mengaku single ini? Yang sudah berkahwin tetapi masih menaku single, yang belum berkahwin tetapi mempunyai gf yang mengaku single, atau yang sememangnya belum berkahwin dan tidak mempunyai gf yang mengaku single…. Ianya terpulang kepada pihak anda, anda mempunyai pendapat yang bagaimana, dan untuk pihak yang mana satu… semua pon boleh…

Dari hasil kajian yg dijalankan dalam tempoh kurang 24 jam. Pelbagai bentuk maklum balas yg kami terima, ada yang memberi sebab2 yang bernas, terime kasih diucapkan.. ada juga yang tidak senang apabila topik ini dibicarakan, tidak kurang juga yang mencemuh kami.. ini yang saya tidak tahu kenape nk mencemuh pihak kami.. kami hanya bertanyakan soalan… bukan mengeluarkan kenyataan seperti yang tertera di atas… berikut merupakan hasil maklum balas dari orang awam yang kami terima.

Antara jawapan2 yang kami terima dari orang awam yg sporting ialah:

1) berikut merupakan pandangan dr encik N dari timur tengah:
- dah mmg single, x kan nk ckp da kawin kot, erk, x kan nk ckp da nikah kot.
- maybe takut u x layan kot.. (erk.. )
- lain may be dia x ingat terlupa kat family dia
- ataupon dia x suka wife dia
- ataupon dia mmg gatal
- ataupon dia utk berniat jahat
- ataupon dia nk balas dendam
- ada gf single lagi laa.. slagi lom nikah kita berhak memilih yg terbaik, laki or pompuan
- laki biasanya x ngaku ada gf kalau org tak tahu, walau pon gf dia lebih cantik n segalanya dr org yg dia nk tipu tuu,
- lain laa jenis dia hanya niat nk bekawan saje, mungkin dia akan becerita yg dia da ada gf
- kalau dia ada perasaan suka n ada niat utk tackle ...dia x kan bg tau
- tp kan x semua mcm tuu, kalau yg jenis ada kelebihan pulak dia akan trus trang ckp yg dia dah ada gf n dia saja biarkan org syok kat dia

Ujar encik N panjang lebar… Untuk pengetahuan semua encik N sememangnya single, bagi sesiapa yang memang sedang mencari jodoh boleh PM saye ye…

2) Lain pula kata encik Shah dr Manchester (bukan nama sebenar)

“mesti bini die dah membosankan, atau makwe die dah tak menarik, sebab tuh die ngaku single, so camna nak atasi...si wanita kene maintain menarik.. kalu bleh laagi menarik walaupun dah kawin atau kapel.. sebab laki ni makin tua makin seksi.. pompuan makin muda makin seksi.. so pompuan kene jaga lebih.. ok tak jawapan saya…bias tak”

Menurut pendapat saya mmg ada bias disitu… tetapi ade kebenarannya juga.. terima kasih encik shah!!

3) lagi jawapan dr Mr.A (nama yang terpaksa dirahsiakan, kerana beliau kelihatan tidak senang dengan
topik ini). Walaubagaimanapun, terima kasih diucapkan kepada beliau yang sudi memberikan bebepara sebab secara paksa-rela.. mari kita lihat sebab2 beliau….

1=die btul2 single
2=die minat kat 2 org..tp blom ade any relationship ngan those 2 girl..so die ckp single
3=die jahat..die nak mempermain2kan pompuan
3=kwn2 die cabar suh die tackle pompuan ni even die da ade gf
4=self satisfaction/addiction ke or ape2 seantero dengannye
5,6,7 n so on ko tanye la **** ke ******* ke *** ke dorang lebih arif hahaha
Sebab2 yang beliau utarakan memang munasabah…. Saya kira banyak lagi sebab2 lain.

4) bagaimanapun encik lokei dari KL juga berpendapat:

“mmg xde awek..single ler, its simple..xsyg awek r tu..tul x? kalau laki wat perangai cm2, maknanya dia x pandai menghargai wanita”

Itulah katenye, bagaimanapun, seperti yg encik lokei katakan, ia merujuk kpd lelaki yg belum menikah ya, (single gak la kan)… bagaimana pula dengan yg bernikah ye encik lokei?? Itu yg kite nk tahu jugak tuh..

5) bagaimanapun, lain pula dengan pendapat encik A.. dr kutub utara (tidak same dengan Mr.A diatas ye.. mereka adalah individu yang berbeza), beliau menyatakan,

“sbb perasan hot… hehehe… jujur dari hati nih.. mungkin org tu...xpenah rasa cinta dan ingin rs ramai org minat… tp kalo ckp berpunya tp pompuan-pompuan lain masih minat..tuh baru BETOL-BETOL HOT”

Secara peribadinya, saya memang suka pendapat encik A di atas… walaubagaimanapun, saya percaya memang ramai yg menentang… x kisah la.. ikut la pendirian masing2….

Sekian sahaja pendapat peribadi dari individu-individu tertentu, dan saya percaya 100% yang memberikan maklum balas ialah lelaki, sama ada dipaksa atau pon secara suka rela… saya juga dimaklumkan banyak lagi maklum balas yang tidak dapat diproses kerana sebab2 yang tidak dapat dinyatakan disini.. antara maklum balas yang tidak dapat diketahui sumbernya ialah:

- Lelaki mempunyai 4 kuota, jika 1 kuota telah di isi, ade lagi 3 tmpt kosong,
- "kenapa timbul soal single plak ni?lelaki kan bleh kawen 4.ape ada hal" ujar Mr.G dari Pantai Timur

Jawapan di atas adalah jawapan yang terbanyak pihak kami terima dan boleh dikatakan membawa maksud yang sama. Dan kami pasti, ia merujuk kepada lelaki yang telah berkahwin secara sah. Persoalannya, adakah lelaki ini masih boleh mengaku single? Dan secara peribadinya saya tidak bersetuju sama sekali… jika lelaki yg dikatakan di atas hendak mengisi borang membeli rumah/tanah/ mencari kerja, sudah pastinya lelaki ini tidak boleh menyatakan dirinya single kerana lelaki ini sudah ada tanggungan. Lain pula bagi lelaki yang sudah mempunyai gf tetapi mengaku single, dia masih boleh dimaafkan saya kira, kerana jika pihak bank/sekolah bertanya status lelaki tersebut, pastinya dia akan mengatakan bahawa dia masih single.

Antara maklum balas lain seperti.

- "kalo aku dah mmg single..xkan nk ngaku x single plak"

(ini merupakan maklum balas kedua terbanyak selepas yang di atas. Mereka memang benar2 single, percaya sajalah kepada golongan ini, jika mereka pastinya jujur dalam berbicara)

- "kenapa ppuan pon suke ngaku single?"

(Kepada individu ini, soalan yang diajukan, soalan lain pula yang pihak kami terima. Mungkin topik itu boleh di bawa ketengah.)

- "ada sbb kot.bukan suke2 je lelaki nk ngaku single"

(kpd individu ini pula, sebab itu la yang kite nak tau tu)

- senang nak sebut, kot. "single"
- "sbb mane ade org nk mengaku double!!”
- so die nmpk available n hangat di pasaran...

Bukan itu sahaja, salah seorang individu dari pihak kami telah menerima reaksi yang berupa nasihat, teguran, pengakuan, marah, dan simpati dan ada yang berazam tidak mahu mengulagi perbuatan berkenaan. Reaksi terakhir membuatkan pihak kami benar-benar berase terharu… sob3…

Sekian sahaja maklumat yang kami terima, mungkin ada lagi banyak lagi jawapan bagi persoalan di atas yang kita tidak sedar . Terima kasih diucapkan kepada yang menjayakan ujikaji ini….

Saya bagi pihak chief editor, iaitu saudari Nor Ain ingin mengucapkan ribuan terima kasih kpd yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung terhadap topik kami yang tidak seberapa ilmiah ini, terutamanya kepada saudari Shalyafzan dari Cardiff yang sentiasa menghantar maklum balas terkini. Walaubagaimanapun diharap ia boleh member manafaat kepada kita semua… kadang-kala kita memang menganggap sesuatu isu itu remeh dan kedengaran jelek dan mengada2 (kerana pada mulanya, saya juga berpendapat sedemikian terhadap isu ini) tetapi, nk buat macam mane, tepuk dada tanya selera…
Bagaimanapun, saya selaku editor mewakili pihak chief editor dan yang menjayakan ujikaji ini memohon ampun dan maaf jika tersalah kata atau kira sepanjang kempen ini berlangsung, sesungguh yang buruk memang datangnya dari saya yang menggembar-gemburkan isu ini….

“Majulah Sukan Untuk Negara”

Ditulis oleh wartawan POLANDKINI,
(Suhaila Binti M Buhari)
Warsaw Uni of Technology, Poland

Dilaporkan oleh wartawan WALESKINI,
(Saudari Shaly Afzan Binti Mokhtar)
Uni of Glamorgan, Wales

Disemak oleh, Penasihat POLANDKINI & HOLLANDKINI
(Saudari Norisza Dalila Ismail)
Uni of Glamorgan, Wales

Diluluskan oleh chief editor POLANDKINI, selaku wartawan HOLLANDKINI,
(Saudari Nor Ain Husein)
Delft Uni of Technology, The Netherlands

*laporan bertulis ini tidak memerlukan tandatangan
*kami masih lagi menunggu pengesahan dari pihak penganjur selaku chief editor POLANDKINI, dan wartawan HOLLANDKINI. (wah gile kuasa betul beliau)

-TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA SESIAPA YANG SANGGUP MEMBACA LAPORAN YANG TIDAK MENGIKUT FORMAT LAGI PANJANG LEBAR INI

===================================================================
'note' di Facebook beliau (sila klik untuk tulisan asal)

Hakikatnya, ada di antara penyokong kempen tidak meletakkan status di YM "kenapa lelaki suka mengaku single?" tetapi menggunakan ayat, "apa nak buat kepada lelaki yang suka mengaku single?" termasuk lah aku. Namun, respon-respon terhadap status kedua itu adalah kurang sesuai ditulis untuk bacaan umum untuk menjaga hati dan kredibiliti sesetengah pihak.

p/s Lala..!!! aku suka lah jawatan gile kuasa aku tu.. hahaha.. Kredit kepada Lala untuk laporan dan hasil 'tangkapan' gambar. Nanti boleh amik job lagi ya..

2 comments:

rogayahbahulu said...

dunia ni dipenuhi dengan pelbagai lelaki dari pelbagai golongan...apa pun status anda,tujuannya hanya satu...mencari kebahagiaan...dan dalam konteks masa kini,lelaki dan perempuan sama ja...itulah secara realisitknya...sebenarnya lelaki dan perempuan sama-sama suka mengaku single...apapun,selagi x melangar agama balun ja...disebabkan itulah wujudnya 'white lies'.secara realistiknya x ada org yg x menipu pd zaman skrg...nk membezakan adalah niat disebalik pembihongan itu(bg org yg suka mengaku single tp x single)....bak kata pepatah yang dipetik dari Machiavelli...'the end justifies the mean'....for me, bg org yg still blom kawin, x salah berkenalan dgn byk gadis untuk mencari org yg sesuai,angap la ini satu kajian...kalau kita tgk hasil2 kajian sekali pun,lingkungan data yang diperlukan perlulah byk bg hasilkan keputusan kajian yang baik...tapi kalau dah jumpa pasangan yang ada 'aura kekal abadi', rasanya apa pun datang susah nk tgk or lain...kalau still ngaku single tu maksudnya perempuan 2 x de 'aura kekal abadi'...benda ni terlalu subjektif...cuma suatu hipotesis kehidupan ...ape pun...tajuk yang menarik....

ayen =D said...

thanks rogayahbahulu yang berbunyi serius benar. hehehe..

apa-apa pun, saya masih tidak mampu setuju, pembohongan itu adalah tindakan yang baik. berdusta, bercakap bohong tu adalah sikap mazmuah.. hehehe..

but i agree if, berbohong tidak sama dengan menyembunyikan kebenaran. better jawab mcm ct, biarlah rahsia. hahaha..

dh dh, tak berani bg pendapat, takut org2 yg panas bertambah panas (i mean, panas aka bengkek, bukan HOOOWWTTT)