Wednesday, July 28, 2010

Bahagiakah Menjadi Manusia Peramah?



Attention : Sorry for weird punctuations: Several buttons on my keyboard are not function:



"Hello! Good morning! Hye!"

"Dzien dobry!" (selamat pagi dalam Polish)

"Bye!" " Daaa!!!" "Have a nice weekend!"

Walaubagaimana sibuk pun mereka di dua tempat di dua universiti berlainan di bumi Eropah; bagaimana tidak ada perkara yang nak dibual sekali pun dengan manusia-manusia yang ditentang matanya; sekurang-kurangnya skrip-skrip di atas tetap berjaya aku lontarkan dengan sesiapa sahaja walaupun tidak diketahui mereka orang makmal mana: Sekurang-kurangnya; anak tekak bergetar dengan muka yang gembira: Senaman awet muda:

Indahnya hidup menjadi peramah:

*****************************

Di tanah air tercinta; yang orang kata kalau hujan batu pun sanggup hadap walaupun hujan emas di negara orang; apabila senyum dihadiahkan; beberapa muka pelik yang dibalas: Macam dapat aku dengar monolog mereka "Eh; dia kenal aku ke senyum-senyum ni"
Kalau lelaki tu lain lah; mungkin takut ada spy bini masing-masing tengok suami berbalas senyum dengan aku si gadis ayu ni: Perempuan jalan sendirian yang ada eye contact pun 'takut' nak berbalas senyum: Yang awal-awal buat-buat pandang tembok tu satu hal lah:::

Walaupun bertubi-tubi muka pelik diterima; usaha menyapa tak berhenti: Biarlah; aku bukan rugi apa pun: Ke; aku patut improve senyuman aku? hehehe:::

*****************************

"Assalammu'alaikum" sambil senyum manis (tak sengaja nak kasi manis; dah memang manis kan)

"Wa'alaikumsalam" membalas sambil senyum dan menganggukkan kepala:

Waaahh::: Bahagia hati aku dapat tegur seseorang yang aku tidak kenal; warga asing (tengok muka dan cara pakai tudung) muslimah tengah dukung anak di blok asrama yang biasanya foreign students sewa di UTM ni: Bahagia: Aku belum jadi manusia sombong yang aku sendiri benci:

Indahnya hidup jadi peramah:

*****************************

Selesai slot pagi di UTM bersama Ustaz Hasrizal pada Ahad lepas; warga dewan dipersilakan untuk rehat makan tengah hari dan solat Zuhur: Aku tak kenal siapa: Tapi habis aku sapa dengan memberi respon pada sebarang suara yang aku dengar: Ada yang mampu mencetus perbualan ringkas lagi menyenangkan: Yes; I am not alone here:

Indahnya hidup jadi peramah:

TETAPI;

Hidup menjadi peramah tak selalu indah: Adik berbaju seragam sekolah yang aku tanya dari sekolah mana jawab dengan penuh hormat; lengkap dengan penerangan tentang tujuan mereka berada sama di kawasan dewan-dewan kuliah itu selepas aku sapa dan tanya: Tapi segolongan manusia buat muka pelik pulak bila aku tegur; dengan jawapan yang macam jawab tak jawab: Aku tau la tudung korang lagi labuh dan lagi tebal daripada tudung aku; tapi ::: Hmm::: Entahlah::

Terus mereka tinggalkan aku dan buat aku macam 'pengemis perhatian':::

Kasihan bila aku fikir tentang orang sendiri yang sesombong itu; yang hanya selesa dengan kawan-kawan mereka sendiri saja: Boleh beramah mesra dalam comfort zone mereka saja: Mungkin aku salah faham tentang mereka: Mungkin mereka anggap manusia yang pelik je bertegur-sapa dengan orang yang tidak dikenali: Okay; mungkin: Atau mungkin aku yang sensitif lebih padahal mereka okay je kan: Okay; mungkin:

Tak sudah dengan satu scene; ada lagi sekumpulan perempuan Melayu bertudung lebih labuh daripada aku mendapat eye contact daripada sepasang mata sempurna penglihatan kepunyaan Allah yang dipinjamkan untuk aku ni: Walaupun beberapa ketika sebelum itu ada aku bercakap dengan mereka untuk satu tujuan; tetapi berbalas senyuman tidak dapat aku buat selepas eye contact itu: Hampa:

Kalau aku jalan-jalan depan mereka pakai bikini sekali pun; tak salah balas senyuman aku kan?

Mungkin aku salah faham : Mungkin mereka tengah termenung memandang indahnya ciptaan tuhan (iaitu aku) lalu berzikir penuh khusyuk: Semoga aku benar-benar salah faham terhadap mereka yang ada dalam fikiran aku sekarang ini: Tapi aku tulis juga hal ini dengan harapan menjadi peringatan bagi diri aku sendiri bila aku ada masa lapang nak baca balik: Syok sendiri lah katakan; sendiri tulis; sendiri baca:

** Aku highlight hal tudung-lebih-labuh-daripada-aku tu bukan untuk tujuan yang pelik-pelik: Sekadar menunjukkan betapa aku hormat dan pandang mereka tinggi: Semoga tak mengusik mana-mana sensitiviti:


Bahagiakah menjadi manusia peramah?

Tolonglah korang; serius bahagia!

No comments: