Keterkocoh-kocohan (wujudkah perkataan ini?) berlaku disebabkan aku terlena di meja kerja yang dah tak nampak warna aslinya lagi ini kerana diselubugi dengan kertas-kertas dan macam-macam barang yang tak larat nak kemas.
Okay, bukan hal meja kerja aku, hal Pos Laju atau suasana mengejar masa yang nak aku ceritakan.
Tetapi dua insan yang menangkap perhatian aku semasa aku berjalan pulang daripada pejabat pos. Aku masih dalam keadaan tergesa-gesa kerana belum solat Zuhur (ayoyoyo..)
Aku nampak seorang budak perempuan yang dipercayai akan mendaftar masuk UTM berdiri bersama seorang lelaki yang mengikut hipotesis aku adalah bapanya di hadapan meja kaunter kedai fotostat UTM. Kedua-dua anak-beranak sedang asyik membelek satu fail plastik yang dipenuhi dengan kertas-kertas. Upacara menyemak dokumen yang mungkin bersulamkan soalan dan jawapan itu aku tengok sambil berjalan, tak sampai 10 saat mata memandang.
Tapi tiba-tiba, aku tak pasal-pasal nak sentimental sebab teringat masa mula-mula masuk UTM dulu.
++++++++++++++++++++++++
"Ini borang... Ini semua yang fotostat.. ada 2 set.. Ini yang original... Papa dah asingkan dalam file ni tau.."
"okay..."
"Yang ini nak kene tambah.. karang kita gi print baru.. kita fotostat.."
"Okay..."
"Pa, yang ini macam mana...?"
"Nanti pa buat surat, pa mintak sign ketua kampung, kita bawa surat tu.."
"Kalau tak boleh?"
"Boleh.. kita cuba dulu.."
"Pa...."
"Pa..."
"Pa..."
Boleh tak aku tak nak teruskan taip, sebab ala-ala dah touching?
2 comments:
kalaulah masa boleh di rewind..
dah lama den buat.
memang nostalgia betullah masa mula masuk UTM dulu =)
ihihihi.. nk2 memori2 dgn fmily.. hehehe..
Post a Comment