Rekod penulisan paling rendah sejak kewujudan blog ini ialah pada bulan Jun yang lepas. Dua sahaja...!!! Kasihan, kasihan...
Kasihan pada diri sendiri sebab semangat nak menulis membuak-buak, idea datang dari kanan kiri, tetapi semuanya tak tercatat, hatta pada kertas recycle sekali pun, apatah lagi dalam buku nota. Jangan kata nak jejak semula apa yang berlaku mengikut planner yang berlogokan UTM aku, sebab catatan pada kertas kecil sebagai reminder pun belum tentu aku jumpa.
Sibuk sangatkah?
Nak cerita tentang kesibukan bulan Jun, aku masih merasakan bahawa aku ada benda lain yang lebih penting untuk dibuat.
Pagi tadi (ceritalah sikit), terdetik dalam hati "nak update blog lah.. refresh my mind.. recharge my energy" . Ale-ale, telefon bimbit CSL (tinggi semangat patriotik nak beritahu model handphone kan) aku ada incoming call, 10.20 pagi.
"Ain, awak di mana?"
"Di bilik saya" (di fakulti)
"Datang bilik saya, kita bincang sekejap"
Hasilnya...
Sekarang aku ada things-to-do list untuk sebulan!
Itu baru urusan my study.. Belum lagi...
Lalalalalalalala....
Apa-apa pun, he (yang call aku tadi pagi) berjaya recharge aku dan pandu (guide) aku... Alhamdulillah.. Semoga usaha ini, kalau tidak membawa kepada penyudahan yang seperti dirancang sekali pun, tiap saat yang diisi dapat memperbaiki diri hari demi hari...
Semoga Allah permudahkan...
Okay.. aku tak dapat menahan diri daripada nak stori mori.. hehehe.. Sabtu lepas, aku merajinkan diri menyelak selimut dan menepis bantal, bangun dan bersiap, bersiar-siar berdua-duaan dengan Mai (sebab Lala sombong, tak nak join) di UTM, sanjungan bangsa. Antara tempat yang menjadi tumpuan, semestinya tasik UTM, pintu gerbang UTM dan Taman Rusa UTM. Motif? Jogging jauh sekali, sebab takut badan yang dah lama tak bersukan ini terkejut, secara tak langsung takut menjadikan hari Sabtu dan Ahad sebagai hari rehat sepanjang masa semata. Ceh, alasan...
Jalan-jalan jumpa matahari pagi, sambil ambil-ambil gambar.. Wallllaaaaah... Hasil? Owh, macam biasa, masih dalam memory card. Will be transferred later and will be shared. Punca kepada motif dan hasil pagi Sabtu? Haaa.. Puncanya ialah majalah PhotoYou.
Eeerrrr.. sambung stori mori dengan gambar lah lagi best..
Daaa...
4 comments:
apsal aku yg sombong plak.... aku tak suke la jalan2 panas2... hahahahah
saje nak letak komen kasik rajin skit tulis blog. heheh.
haaaa ada pun update!! haaa lain kali kalu ada idea, terus tulish even if it's just 3 lineS :D
anyways, thanx a bunch for the well wishes the other day. we truly appreciate it :D
p/s: mana entry with gamba? nak tgk! nak! nak!
lala, kita boleh la jalan2 time tak panas.. keluar awal sikit lagi je hehehe..
amANI, tu la pasal, komen pun baru tengok. dulu, selang sejam leh check komen (obses dan extreem)
fiziskandarz, tu la.. dulu ada gak tekad gitu.. tp hentah la, hidup tak terurus.. camno nk ada anak sedozen ni hahaha..
p/s alamak, gambar masih dalam kamera hahaha...
Post a Comment