Dia tak tahu undang-undang di roundabout
Hujan renyai-renyai. Lebih kurang 4.10 petang. Aku keluar daripada fakulti awal (belum pukul 5) sebab nak ke SPS (Sekolah Pengajian Siswasazah) untuk ambil surat tawaran sendiri, lebih mudah, diyakini selamat dan CEPAT. Maka jalan keluar UTM belum sesak, sesesak jam 5 petang.
Tapi pergerakan kereta yang aku pandu dan satu kereta lain (kereta Y) terganggu dek kekeliruan satu kereta yang lain (kereta X). Kereta X berada di satu roundabout, aku dan kereta Y masih dalam jalan yang lurus. Maka, sah-sahlah kereta X patut jalan dulu kan? Kami tunggu.
Tapi kereta X dok berhenti serta merta, beri kami jalan gayanya. Macam dia yang nak keluar simpang dan macam itu pula jalan kami. Haih, macam mana aku nak ajar pemandu kereta X ni?
Kereta Y putus asa dan terus jalan yang bermaksud, "haaa.. ko tak nak jalan ye X, biar aku jalan..." Aku pun ikut sama jalan. Hmmm.. Mungkin pemandu kereta X masih faham bahawa, memang dia patut berhenti. Kesian.
Aku yang dah ada lesen memandu kereta (bukan lori) kompeten (dah tak de P macam Lala, hehehe...) memandu kereta masuk UTM dengan Husni sebagai co-pilot. Dengan gaya confident dan cun, aku drive.
Angkat tangan sikit kat pak guard tanda say "Hi!".
Tekan pedal minyak, terus drive.
Tekan pedal break pula, sebab ada bonggol.
Terus mengawal stereng, menempuh satu roundabout.
Roundabout selesai ditempuh, kami terus masuk UTM.
"Kau tau tak macam mana undang-undang kat roundabout sebenarnya Ain?"
"Tak.." Aku jawab dengan rendah diri.
"Owh.. Patutlah kau main hentam je.."
"Hahahaha.."
"Macam ni...."
Husni pun menerangkan, yang aku kena dahulukan kereta belah kanan. Itu aku pernah dengar... Dan aku pernah faham. Tapi disebabkan nak dahulukan tu lah kadang-kadang tak keluar-keluar. Awal-awal dulu je la.. Tapi kesalahan yang aku buat masa tu ialah sebab aku main suka hati tukar lane semasa dalam roundabout. Nasib baik tak ada kereta lain masa tu. Mungkin sebab tak ada kereta lain lah aku suka hati tukar lane kot.
Selepas hari itu, Husni terus memantau pemanduan aku, dalam perjalanan pergi dan balik kerja, terutamanya semasa melalui roundabout dan melepasi bonggol di atas jalan. Aku puas hati dengan kemajuan skil aku.
Mentor driving aku
Sebut pasal Husni, Husnilah orang yang memandu kereta aku tu dari Melaka ke Skudai untuk tujuan pengangkutan kami. Kenapa dia yang memandu? Sebab aku belum berani dan orang lain pun belum berani dengan aku. Walaupun tak ada P pada cermin kereta, hakikatnya aku belum biasa drive sebab tempoh dua tahun memiliki P tu aku di perantauan, dan tak hadap pun nak drive masa tu. Hehehe.. Husnilah yang jadi driver aku (cewah) untuk minggu pertama. Sambil drive, sambil mengajar. Terasa macam lebih best daripada cikgu sekolah memandu. Sebab ajaran yang lebih praktikal dan penting agaknya, untuk real life.. Bukan sekadar lulus ujian JPJ. Kot...
"Jangan kasi dia bawak kete slagi dia tak praktis kat padang kawad tau..."
Pesan bapak aku pada Husni.
Tapi Papa, ampun kan kami, kami langgar pesanan tu. Sebab Husni terus bagi kepercayaan kat Ain untuk drive pergi kerja sebelum praktis di padang kawad UTM tu. Sampai sekarang sebenarnya tak praktis di padang kawad tu. Hehehe...
Antara kesalahan yang diperbetulkan on the sport jugak..
- Tengok cermin sisi untuk keluar susur sampai tak tengok kereta di hadapan. Nasib baik tak langgar. Husni cakap "break...!!!!"
- Break suka hati sampai penumpang terloncat semasa melepasi bonggol atas jalan.
- Berhenti di traffic light sehingga boleh muat 2 kereta di hadapan.
- Tukar lane tanpa betul-betul selamat. Pertama kali aku kena hon! Kat jalan dah masuk taman perumahan kami je pun.
- Mula bergerak dengan tekan pedal minyak sikit-sikit. Tak lah penumpang terkujat ke belakang.
- Break dengan sedikit-sedikit. Tak lah penumpang tertunjal ke depan.
- Keluar simpang dengan lebih berani. Dulu pernah je Husni cakap, "Okay, dah boleh keluar" tapi aku jawab "tak nak"
- Dah pandai menggunakan cermin pandang belakang dan cermin sisi dengan lebih optimum, boleh agak jarak untuk tukar lane.
Kecut perut seorang mentor driving
Aku pernah jadi co-pilot seorang student, sempena keluar jalan-jalan. Punyalah kurang sabar aku rasa dia nak keluar simpang, membelok dan keluar susur. Terhuyung-hayang penumpang dalam kereta, termasuk aku. Tapi masa tu aku rasa, aku kena cool, tegur dia tenang-tenang. Bagi dia motivation. Macam mana Husni buat kat aku dulu. Kalau nak fikir cuak, memang cuak. Serius! Dah lah student tu bawa jalan bandar. Maka aku cuba fikir, betapa kes-berani-mati nya Husni satu masa dulu jadi mentor driving aku.
Husni, terima kasih! Terima kasih untuk kesabaran semasa kecut perut kau dulu... Semoga ko yang tengah kembung perut sekarang, selamat beranak yang tinggal beberapa je lagi tu.. Amin..
Belajar drive di highway
Husni dan Shikin juga adalah manusia yang pertama ajar aku drive atas highway secara praktikal. Kenapa aku sebut praktikal, sebab secara teori, Mai selalu ajar. Mai pesan ke, dia buat ke, aku tengok je. Aku kan co-pilot tegar dulu. Hehehe..
Pertama kali aku nak memotong di highway masa dari Skudai nak balik Melaka aku dah kena hon. Pertama kali tu. Down habis rasa. Melaka jauh lagi. Aku tengok kat cermin, kereta tu aku tak nampak pun. Apsal ntah ada tiba-tiba. Hahaha.. Lepas tu, Husni yang jadi co-pilot Shikin dalam satu kereta lain masa tu SMS aku. Aku baca (hahaha, tak cekap bawa kereta tapi dah baca SMS sambil driving)
"Kau duduk depan kitorang. Kau ke lane kanan bila Shikin ke lane kanan tau. Nanti Shikin bagi kau masuk. Lepas tu kita memotong"
Cun! Begitulah caranya aku diajar memotong untuk pertama kali di highway, secara praktikal.
Terima kasih Husni, terima kasih Shikin!
Antara ilmu driving di highway yang penting ialah, jangan duduk dekat sangat di belakang kenderaan yang bergerak perlahan jika belum ada peluang untuk memotong. Ambil jarak lebih sikit. Supaya kenderaan sendiri tidak terlalu perlahan, yang akan melambatkan proses memecut jika hendak memotong nanti. Ini, Mai yang ajar. Hehehe..
Sama juga dengan satu kejadian Mai sampai terangkat kakinya ke dashboard masa jadi co-pilot aku yang tengah drive nak ke Simpang Renggam. Atas highway. Aku kat lane kanan. Ada kenderaan belakang aku, yang sepatutnya aku ke kiri untuk membenarkan di potong aku. Tetapi, masa tu, ada susur keluar kat sebelah kiri. Dengan baik hatinya aku tukar ke lane kiri, tapi ale-ale ada lori keluar dari susur tu.
"Ain....!!!!" jerit Mai sambil pijak break maya atas dashboard.
Aku dengan pantas ke kanan semula, dengan anggapan kenderaan di lane kanan tu nampak aku dan memperlahankan kenderaan nya. hahaha.. Slumber..
"Ain, kita tak boleh tukar lane macam tadi kalau ada susur tu haaa..."
Baiklah Mai, akan ku ingat selalu. Peace! Terima kasih Mai! Dan terima kasih kepada kenderaan di lane kanan masa tu sebab tak hon aku.. hahaha..
Belajar drive jalan jauh, kecil, berbelok-belok, berbukit-bukit
Aku drive ke Batu Layar. Satu pantai yang dekat sangat dah dengan Desaru yang bagi aku sangat best sehingga sekarang.
Bersambung...