Entah apa badi yang melanda; tanda koma; noktah dan soal aku tidak berfungsi hari ni: Semalam okay je: Tapi semalam tak da rasa nak update blog pulak: Bila ada rasa nak update blog ni lah; tiga button keyboard ni meragam: Mengada-ngada: PMS!
Okay; PMS tercetus untuk diselitkan dalam post hari ini sebab itu cadangan kawan penyuntik semangat update blog aku; Lala: Tapi; apa aku nak cerita pasal PMS masalahnya? Hmmm- Seingat aku; pernah ada satu kumpulan manusia tak tahu PMS tu apa dan tanya aku; sebab mereka tengok cerita Merah Putih (drama bersiri DI TV3; tapi kami tengok online masa kat perantauan: lagi banyak tengok TV masa kat negara orang berbanding kat negara sendiri kot: banyak masa lapang agaknya) Dalam skrip tu dok ulang PMS; PMS:
*selingan : Merah dalam cerita itu adalah cute!
Premenstrual syndrome (PMS) is a collection of physical, psychological, and emotional symptoms related to a woman's menstrual cycle. Generally, symptoms may vanish either shortly before or after the start of menstrual flow.
Sumber : Pakcik Wikipedia; yang diperkenalkan oleh Uncle Google:
Tapi PMS ini tak boleh dijadikan alasan untuk kita; perempuan-perempuan sekali sesuka hati mengguris hati dan perasaan orang atau membuatkan mereka terpinga-pinga dek bentakan emosional tidak terkawal: Errr; okay; bahasa itu semakin susah nampaknya: Contoh;
"Aaaahhh; tak kiralah nasihat ke; hape ke; aku tak nak dengar!"
"Glup" kawan yang berniat nak berbual mesra tiba-tiba kena pangkah begitu saja:
Selang seminggu;
"Sorrylah beb; minggu lepas aku tak patut cakap kat kau macam tu: Emo kan: Maklumlah; aku PMS masa tu"
Itu je alasan kau? Bukan salah kau; tapi salah PMS? Huh- Dunia; dunia:
Eh; ada lagi yang tak faham PMS tu apa ke? Ni dikira sebagai gejala sebelum atau semasa bermulanya datang bulan lah-- haih---
Sama je lah dengan alasan;
"Aku dengar; masa aku borak dengan kau haritu; kau cerita kat orang yang aku ni SERANG kau? Kau rasa aku SERANG kau ke?"
"Masa tu aku rasa macam tu la; tapi aku rasa aku faham maksud kau: Aku minta maaf lah" "Aku pun minta maaf; maybe cara aku salah; buat kau salah faham: Sorry: Tapi orang lain salahkan aku sekarang sebab kau cakap macam tu kat diorang pasal aku"
"Aku pun sorry: Masa tu aku tak de mood"
WHAT? Tak de mood? Itu adalah alasan paling munasabah kau untuk buat orang buruk sangka pasal seseorang? Haih; alasan; alasan--
Ni bak kata Ustaz Hasrizal haritu; masa program Sehari Membina Jiwa di N24; UTM; pasal satu lagu rakyat BANGAU OH BANGAU-- Mari nyanyi sat--
Bangau oh bangau, kenapa engkau kurus?
Macam-mana aku tak kurus, ikan tak mahu timbul. Ikan tak mahu timbul.
Ikan oh ikan, kenapa engkau tak timbul? Macam-mana aku nak timbul, rumput panjang sangat. Rumput panjang sangat.
Rumput oh rumput, kenapa engkau panjang? Macam-mana aku tak panjang, kerbau tak makan aku. Kerbau tak makan aku.
Kerbau oh kerbau, kenapa tak makan rumput? Macam-mana aku nak makan, perut aku sakit.
Perut aku sakit. Perut oh perut, kenapa engkau sakit? Macam-mana aku tak sakit, makan nasi mentah. Makan nasi mentah.
Nasi oh nasi, kenapa engkau mentah? Macam-mana aku tak mentah, kayu api basah. Kayu api basah.
Kayu oh kayu, kenapa engkau basah? Macam-mana aku tak basah, hujan timpa aku. Hujan timpa aku.
Hujan oh hujan, kenapa timpa kayu? Macam-mana aku tak timpa, katak panggil aku. Katak panggil aku.
Katak oh katak, kenapa panggil hujan? Macam-mana aku tak panggil, ular nak makan aku. Ular nak makan aku.
Ular oh ular, kenapa nak makan katak? Macam-mana aku tak makan, memang makanan aku. Memang makanan aku...... (nasib baik ada ular; kalau tak lagu ni tak habis)
Kata Ustaz Hasrizal; lagu tu bukan lagu kosong: Ianya adalah satu bentuk hiburan yang sarat dengan sindiran: Sindiran buat manusia yang asyik menunding jari kepada orang @ barang @ perkara lain atas sebab 'kurusnya bangau': Bukan salah sendiri; tapi salah 'ikan tak timbul'; salah 'rumput panjang': Perrrgghh: Aku memang kagum lah dengan cara Ustaz Hasrizal buat aku berfikir: Dan aku sangat kagum dengan kata-kata; pantun; peribahasa; lagu orang dulu-dulu: Cayalah nenek moyang kita! Nanti aku tambah lagi pasal 'kata orang dulu-dulu' ni:
Ingat; kalau kau sakitkah hati orang; bukan sebab kau PMS; bukan sebab kau tak de mood; tapi memang sebab kau tak ada niat nak jaga hati orang: TITIK!
P/S : Aku PMS? Emosi? Tak; Lala yang sebut dulu pasal PMS kat aku bila aku tanya "tajuk untuk blog; please" hehehehe-- Peace!
2 comments:
aku pun tak PMS masa aku kuakan tajuk utk belog kau.. hahah... tu sume sebab aku tgh bace belog sape ntah yang cakap pasal PMS.. kweng3...
hehehe-- baiklah-- kira topik berjangkitlah ek-- law of attraction--
Post a Comment