Wednesday, November 3, 2010

Tinggikah Martabat Bahasa Anda?

Situasi 1 : Kedai menjual pakaian
"Jemput masuk dik... Cari apa dik?"
"Tengok-tengok dulu ya..." adik itu menjawab.
"Tengok lah... Saiz ada..."


Situasi 2 : Di rumah terbuka kawan
"Assalammu'alaikum..."
"wa'alaikum salam.."
"Selamat hari raya... "
Sambil senyum, bersalaman.


"Ini kawan-kawan Nora ke?"
"Ha ah... "
sambil senyum semesra yang boleh kepada kakak ipar Nora yang bertanya.
"Betul ni kawan-kawan Nora?"
"ha ah... " senyum lebar lagi.
Kakak ipar Nora memegang kedua-dua belah bahu salah seorang daripada kawan-kawan Nora, dan berkata, "Laaa... kawan-kawan Nora ek... semangat semua...." sambil buat muka kagum.

Sebelum kakak ipar ditinggalkan kerana masing-masing mahu pulang, mereka bersalaman lagi.
"Seluar akak ni akak pakai dari akak anak dara tau.."
Dalam hati salah seorang kawan Nora, "Ada aku tanya?"

Situasi 3 : Di sebuah rumah kampung

"Eh, kau ni dah tunang ke, baru kene risik.. cuba cerita sikit.."
Yang ditanya diam, malas menjawab. Apa susah, mak bapak ada, selaku pengurus sidang media.
"oooooo.... Pak Lang bagi masa sebulan, kau diet.. senaman... nak kahwin nanti kan.."


Situasi 4 : Di hospital tempat praktikal

"Kau ni manis lah"
Yang dipuji diam, malas menjawab.
"Saya ada anak lelaki tau. Segak"
"oooo... " yang disapa cuba senyum ikhlas.
"Kau diet sikit lagi, saya kenalkan kau dengan anak saya ya.."

Situasi 5 : Di kafe

"Haaa... inilah Sofia...", Rosnah kenalkan Sofia kepada beberapa orang kawan lamanya.
"Ooo.. hai..." Ramli memandang Sofia sambil senyum tetapi dahi berkerut.
"Kau tak ingat ke?" "Errr.. tak sure la..." "Tak perasan kot.. " Rosnah meneka, sambil Sofia duduk di kerusi kosong di meja yang sama.
"Yang kecik-kecik dulu aku jumpa tu, siapa ek?"

Dalam hati Sofia, "Aku ke?"


Terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata, malah mimik muka, memang tak boleh di cover lagi. Anda rasa anda cukup baik? Cukup sopan? Cukup peramah? Cukup prihatin? Cukup mulia? Anda rasa anda tak layak dilayan biadap oleh orang lain? Tak layak disakiti oleh kata-kata orang lain? Tak layak dapat kutukan orang lain? Tak layak kecil hati disebabkan orang lain?


Komen aku untuk semua situasi ;

Situasi 1 : Kedai menjual pakaian

Okay, kedai anda bagus, ada variasi saiz untuk pakaian. Peniaga macam ni lah yang kita harapkan. Tapi maaf, saya buka pelanggan yang anda boleh harapkan untuk memberi keuntungan kepada kedai anda hari ini, sungguhpun kedai anda ada baju saiz saya, terima kasih.

Situasi 2 : Di rumah terbuka kawan

Owh.. kami memang semangat.. bersemangat waja.. menyambut jemputan rumah terbuka dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran... bercampur gaul dengan orang lain tanpa diskriminasi pangkat, pendidikan atau kekayaan.. senyum lebar tanpa mengira bau haruman.. kami memang penuh semangat kekitaan.. dan kami memang mampu beli seluar baru, tak perlu pakai seluar dari zaman anak dara untuk digunakan sehingga beranak dua... mulianya hati akak merendah diri kerana tak beli banyak seluar.. zuhud itu kami akan kagumi sampai bila-bila...

Situasi 3 : Di sebuah rumah kampung

Terima kasih Pak Lang atas nasihat tersebut. Semoga Pak Lang terus sihat walafiat dengan keidealan berat badan Pak Lang.. Kalau sakit juga, sila kuruskan badan lagi.. Takkan dah tua-tua lemah badan nak bawa badan yang berat-berat kan? Kesian nanti... InsyaAllah, saya takkan jumpa Pak Lang dalam masa berbulan-bulan selagi saya tidak sesedap mata Pak Lang memandang..

Situasi 4 : Di hospital tempat praktikal

Terima kasih Tuan Haji atas pujian kemanisan saya tu. Tahniah sebab ada anak lelaki yang segak. Semoga Tuan Haji jumpa menantu yang sepadan untuk digandingkan dengan anak Tuan Haji yang DIKATAKAN segak itu. Semoga berkekalan dan bahagia sampai ke syurga. Saya tak jatuh sakit kalau tak diperkenalkan dengan anak lelaki Tuan Haji, insyaAllah...

Situasi 5 : Di kafe

Hai Ramli, selamat petang! Semoga kau dapat jumpa orang yang kecik-kecik yang kau cari tu. Aku yakin, orang itu bukan aku.


Tinggikah martabat bahasa anda?

**Nama yang digunakan bukan nama sebenar. Isi dialog yang digunakan bukan sebijik-sebijik seperti dialog sebenar. Gambar-gambar yang terselit bukan gambar sebenar (sumber : Google). Situasi-situasi yang diutarakan... eerrr.. memang situasi sebenar.. **

12 comments:

lala said...

aku rase aku sentiasa berada dalam situasi di atas...

paling x puas hati dgn kakak ipar nora tu la..

ayen =D said...

hahaha...
so, kita anggap je mereka berusaha memartabatkan maruah 'bahasa' mereka... semoga.. klu agak2 kita terbiadap dgn sapa2, anggap je la tu keluarga mereka hahaha.. (tiba2)

Ayu said...

Aku memang boleh relate dgn post ko ni Ain. Mmg kena banyak sabar. Haihh..

ayen =D said...

sebab sabar la aku menaip dengan snyap sesenyap nye ni.. hehehe...

IR said...

name aku ada..hahaha

ayen =D said...

hahaha... tak sengaja la guna Nora tu.. ko jangan terasa plak.. ko tak buat rumah terbuka kan? hahahaha..

noorafzan.blogspot.com said...

ni cite ayen ke?
adeh la..

diskriminasi saiz la ni.
biasalah. dorang cemburu dengan ke'semangat'an orang yang semangat.
sebab dorang tak cukup semangat.
=)

ayen =D said...

hahaha.. cerita aku.. tp ada yang aku ubah suai.. ;)

kesian kat diorang kan, afzan? hehehe

Anonymous said...

kejam sungguh..
penting sgt ke kurus..
as long as x obese dan sihat..
dah alhamdulillah..
yang kakak ipar sapa tu, statement dia y plg kejam..
HAHA

ayen =D said...

yo mahira!! ha ah kan, situasi lain aku boleh gelak2 lagi la.. tp situasi akak ipar smone tu aku belum jumpa the positive site lagi la stakat ni.. huhuhu.. semoga kemaafan diberikan dari semua yang pernah disakitinya, n smoga bahagia dengan sluar2 nya.. ehehe..

mahira! dok sana, jgn segan2 beli2 pakaian... yuhhuuu...

anur malati said...

besar kecik apa ada hal.. ada akak kesah. org komplen kata akak badan naik pas kahwin, akak jawab.. 'janji sihat dan bahagia....'

ayen =D said...

ya betul kak anur! janji kita bahagia! mmuuaaah sama akak!