Sunday, December 26, 2010

Selamatkan Lembu Kita...

17 Disember 2010...

Lebih kurang pukul 11.15 malam...

Tiada lampu jalan... dan hujan renyai-renyai...


"Apa tu??!!"


(sumber gambar : Pakcik Google)

"Lembu...!"



"Alhamdulillah..." tiga gadis comel tarik nafas lega sebab lembu tidak cedera.. Bahagian depan kereta pun tidak cedera... Semua pakai tali pinggang keledar, alhamdulillah...!

Tiba-tiba...


Impak dari belakang...


"Awak dah ambil belum nombor plat kereta belakang?"
"Takpe pakcik, kereta belakang tu kawan kami.."
"Kawan awak? Konvoi?"
"Yup.. Diorang macam mana pakcik?"

*******************************************

Korang...! Aku takkan lupa malam tu! Aku sayang korang! Aku sayang semua...!


Allah bagi aku hidup lagi, untuk lihat budak-budak kenit-kenit ini juga.. Haih, pengsan aku balik rumah tengok budak-budak ini.. 7 ekor!




Monday, December 13, 2010

Filem vs Buku - Aku tukang review?

"Kak Ain dah tengok Harry Potter?"
"Belum"
"Owh ingat nak tanya okay ke tak"

"Tak tengok lagi- tapi ada orang suka; biasanya yang mengikuti lah kot- ada orang kata 2.5 bintang je hehehe"

Tak memasal aku komen agak banyak tentang filem yang aku belum tengok; hasil daripada sumber-sumber lain macam blog kawan dan status di Facebook kawan-kawan--

"Eh sungguh-sungguh pulak aku review muvi kan"
Aku cuba cover keterujaan diri bila dah bercakap (chatting di Facebook sebenarnya) pasal macam-macam filem dengan Hanim- Pasal Harry Potter yang aku tak tengok pun perlukan beberapa ayat untuk aku cerita; apatah lagi filem yang aku dah tengok macam Unstopable; Skyline dan Ngangkung kan...

"Ha ah; saya tahu kak Ain memang up to date"
Errr.. aku up to date dengan filem-filem di pawagam? Itukah label di dahi aku sekarang?

Tu lah antara cerita-cerita yang aku tengok di pawagam- Dan aku suka! Susah je nak cari filem yang aku tengok tapi tak suka kan- Owh ada- Filem Andartu Terlampau aku tengok dan aku tak suka-

Kan best kalau ada orang tanya aku;
"Dah baca tak buku Abu Bakar Sahabat Sejati - novel sejarah Islam tu? Macam mana?" "Buku Dr Zainal yang Tips-tips Cemerlang dari Quran tu best tak?"
atau pun nak omputeh sikit;
"Buku John Gray yang selain Men from Mars Women from Venus tu recommend tak untuk baca?"
Kalau aku sungguh-sungguh review pasal buku; tak ke lebih sedondon dengan karier aku sekarang ni?

Aku dah habis baca dah buku ni; dalam masa dua hari! Itu membuktikan bahawa manusia seperti aku yang susah nak baca novel pun boleh baca novel sejarah Islam ini dengan mudah-- Alhamdulillah-- Banyak lah benda yang aku tak tahu jadi tahu dalam bentuk yang senang nak faham lagi boleh menghayati sebab tulisan dalam bentuk cerita (kata novel): Maka aku tekan butang 'like' macam dalam Facebook untuk buku ni--

Buku ni aku belum habis baca-- Tapi aku memang boleh follow lah page by page-- Buku ni akan senaraikan satu demi satu perkara yang diambil dari Quran yang dikatakan tips untuk cemerlang (aku rasa ejaan untuk 'tips' adalah lebih tepat daripada 'tip' ; aku tak cari Kamus Dewan =p) Semalam aku sampai bab "Cemerlang dengan Zikrullah"- Dalam Quran ada sebut; berzikirlah nescaya kamu akan jadi tenang- Aku pun berzikirlah sekejap- Tapi jangan tiru aksi aku yang dalam kurungan (makan tengahari; baca bab tersebut sambil meniarap atas tilam; berzikir sekejaaaaaaap sangat; dan terlebih tenang; tertidur) Maka; bagi aku; tips baca buku ini (bagi aku) ialah hadkan 2 bab contohnya satu hari untuk dihayati- Ini bukan buku cerita =p


Buku ni dah lama gak aku habis baca- Dah siap letak dalam kotak semula dah (kira macam takkan buka dalam masa terdekat) Yang aku punya di sebelah kiri tu- Sebelah kanan tu wajah baru- Bagi aku buku ni seronok! Memahami sunatullah (bak kata Ustaz Hasrizal) Apa yang seronoknya ialah bukan saja untuk pasangan-pasangan suami isteri atau kekasih; tapi applicable juga bila berurusan secara profesional dengan rakan sekerja; dengan para pelajar mahupun kawan-kawan: Haritu kat MPH ada jual buku John Gray ni 3 buku; harga 50% kalau tak silap- Tapi buku dia yang lain lah- best ke tak; wallahu'alam-

Wah! Aku berjaya tukar post aku daripada cerita tentang filem kepada cerita tentang buku juga! Syabas Ain! Sebenarnya cerita tentang filem tak lah salah pun- Bagi aku berguna sangat- Sebab deria yang kita gunakan untuk 'menerima' sebuah filem adalah lebih banyak berbanding 'menerima' sebuah bahan bacaan kan? Tapi aku tengok banyak sangat filem lah- tak larat nak cerita- ngeh ngeh ngeh--

Contoh; aku sangat tersentuh bila dalam filem Eat Pray Love; masa Julia Robert dek tidak puas hati dengan kehidupan serba lengkapnya; tiba-tiba melutut di rumahnya dan berdoa- Dia mulakan dengan; lebih kurang; "Tuhan; aku tak pernah bercakap dengan Kau......" Masa tu aku fikir; nasib baik aku ada solat 5 waktu- Tu pun tak selalu rasa macam cakap dengan Tuhan- sob sob sob-- (Sila hayati bab "Cemerlang dengan Solat" dari buku ke-2 di atas)

Dah Ain! Sila baca buku di bawah!




Wednesday, December 1, 2010

Soalan Aku Wajib Jawab Tentang Belanda (Bahagian 2/2) - with photos!

Bismillahi rahmani rahim

Hai you allz!!!

Ya ya aku tahu aku patut selesaikan tugasan menyenaraikan segala komponen daripada sebanyak yang boleh experimental setup for the generation of slow light berserta fungsinya dalam minggu ini tapi aku terasa nak menulis di blog aku yang syok menulis dan syok membaca sendiri- Maka; aku nak menulis- Ada masalah ke? Tak da kan? =D

Memungkiri janji itu adalah salah satu daripada ciri-ciri orang munafiq- (biasa dengar; tak pasti sumber) Jika aku buat satu post dan melabelkan nya sebagai 'Bahagian 1/2' pada tajuknya; maknanya aku memberitahu juga bahawa akan wujud 'Bahagian 2/2' kan? Mengikut hukum penaakulan mantik (ya ke ni?) Jika aku tidak mewujudkan 'Bahagian 2/2' tersebut; seolah-olah aku telah memungkiri janji (janji buat sendiri)-- Maka; okay; aku tak nak sambung:

So here I come with "Soalan Aku Wajib Jawab Tentang Belanda (Bahagian 2/2)" sebagai sambungan daripada Soalan Aku Wajib Jawab Tentang Belanda (Bahagian 1/2) yang ditulis 18 bulan lepas! (klik untuk baca)

Okay; dah habis baca Bahagian 1; baru boleh terus membaca supaya tahu hujung pangkal--

Soalan 1 Belanda tu Holland ke? Netherlands?

Aku dah jawab; cuma aku nak beritahu sepatutnya kita tulis sebagai The Netherlands: Sebab; dalam hukum Bahasa Inggeris memang macam tu: (Sila tanya Pakcik Google tentang articles)-- Huh; Bahasa Melayu juga bahasa yang senang lagi indahkan--

Soalan 2 Macam mana ya Belanda?

Aku ada tambahan jawapan yang juga kesinambungan daripada soalan;
"tak nak sambung PhD kat Belanda ke? Tak de rasa nak pergi semula ke Belanda?"
Tambahan jawapan aku ialah; "visiting is not the same with immigrating" muahahaha-- Dan aku rasa buat PhD kat sana boleh dikatakan bukannya visiting! Sama je kot mana-mana negara pun: Nasihat aku; kalau berkeluarga dan mempunyai anak-anak; sila dapatkan khidmat nasihat daripada keluarga warganegara Malaysia di sana terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk buat PhD di sana: Harap maklum; bersedia dan chaiyok!!!! (cewah macam la aku dah ada anak-anak sekarang kan)

Soalan seterusnya aku malas nak tambah jawapan :

Soalan 3 : Macam mana orang Belanda dengan Islam? Bukan Belanda anti Islam ke?
Soalan 4
: Orang kata, Belanda ni negara bawah paras laut. Macam mana tu?
Soalan 5
: Negara bebas seks? (tak perlu letak ****; dah besar kan masing-masing hehehe)

Haaaaa-- Tapi aku berminat nak tambah bagi jawapan bagi soalan yang terakhir ini dengan gambar-gambar seperti yang aku 'janjikan'!

Soalan 6 : Apa yang terkenal di Belanda?


Kincir angin! Gambar di Zaans Schanse-- Terima kasih kawan-kawan budak Medic di Rusia + Ireland untuk sumber gambar (aku tak sure siapa shoot)

Keju! Gambar aku dengan keju mesti aku buat muka sebab tahan bau keju-- Gambar kiri adalah di pasar Delft dan kanan di kilang keju di Zaanse Schanse-- Bak kata orang-orang yang tak makan keju "it smells like sock"-- Ala macam hero cerita Eat Pray Love lah yang kata buah durian bau macam kaki bila Julia Robert nak cuba kan--

Porselin- Yang terkenal ialah Blue Delft- Kalau yang mahal-mahal; halus-halus hand-painting-nya; Royal Blue Delft- Memang cantik!

Tulip : Gambar dari Keukenhof Park

Kasut kayu-- Ada yang saiz kaki untuk di pakai dan ada yang saiz kecil untuk perhiasan comel!

Ini pula gergasi punya! Satu kat Amsterdam (kiri) satu lagi kat Zaanse Schanse (kanan)

Dan satu gambar bonus- Pernah aku sebut dalam Bahagian 1 perkataan 'Dutch Lady' kan-- Ha ini dia Dutch Lady hybrid =D

Gambar dalam studio di Volendam-- Terima kasih korang! (ni lah budak-budak Medic yang aku maksudkan tadi) Aku anggap je korang restu penggunaan gambar korang di sini-- Alamak; rindu korang lah! Entah bila lagi nak bersuka-ria jalan-jalan amik gambar lompat-lompat kan-- sob sob sob

Okay; hutang aku pun dah terbayar-- Cukuplah sampai di sini-- Cerita lama buat apa nak di kenang-kenang lagi; kang ada orang yang cemburu kata aku over pulak (padahal kalau terbuka cerita lama; kisah 10 tahun lepas pun boleh borak 10 jam kan): Akhir kata; jauh perjalanan; luas permandangan: Tapi hujan emas di negeri orang; hujan batu di negeri sendiri; kumpulan Hujan juga yang aku suka!

*Nantikan post tentang keindahan kumpulan Hujan! Eh; nantikan post tentang keindahan negara sendiri! ;)

Peace!