Showing posts with label Musafir Di Eropah. Show all posts
Showing posts with label Musafir Di Eropah. Show all posts

Sunday, April 3, 2011

Awak tu Jangan Down Ya


"awak tu jangan down ya"


Antara tagline kegemaran sejak dua menjak ni di kalangan aku dengan kawan-kawan- Tapi pertama kali aku dengar (Mac lepas) terkasima lah juga sebab "eh macam mana dia tahu aku akan down?"- Dia ialah Encik Supervisor aku-
"jangan nanti awak tu dah harap dapat attachment di sana; awak kerjakan macam-macam; sudahnya; awak tak dapat- ingat tu; awak tu jangan down ya"

Haa lebih kurang begitulah ayat yang lebih penuh- Isi utamanya; jangan menaruh harapan terlalu tinggi; kalau tak dapat apa yang diharapkan nanti takut remuk-redam hati-

Teringat aku masa tingkatan dua; subjek bahasa Melayu ada soalan tatabahasa; tajuk yang dibincangkan ialah kata majmuk- Kalau bukit jadi bukit-bukau; lauk jadi lauk-pauk; kalau remuk? Aku jawab remak-remuk! Serius bo***!

Sambungan isu kata majmuk; kalau kembang?
Bak kata lagu Ketika Cinta Bertasbih ciptaan Melly Goeslow;
Kembang-kempis dadaku Merangkai butir cinta

Okay aku tak rasa itu kata majmuk; itu hanyalah flip-flop macam dalam litar elektrik- errr-

Berbalik kepada cerita "awak tu jangan down ya"; teringat satu peristiwa masa aku baru beberapa minit selesai temubual bersama para panel untuk tesis Masters aku- Nama biasa mereka sebut ialah Thesis Defense- (Perbentangan depan orang awam tu lain ye)-

Selesai Thesis Defense; aku jumpa seorang profesor untuk berterima kasih dan berbual-bual mesra- Dia tanya apa rancangan aku selepas habis Masters- Dengan yakin aku jawab; "I would like to do a PhD"; disertakan muka comel lagi suci- Ahakz-

Itulah yang dah tertanam dalam kepala otak aku sejak aku kecil- Punca? Mungkin- Mungkin sebab masa aku sekolah rendah; bapak aku suka buka TV masa aku tengah siap-siap nak pergi sekolah dan banyak kali pula aku ingat slot bersama Dato' Dr Fadzilah Kamsah di TV dan aku dok fikir yang aku nak ada "Dr" kat depan nama aku macam beliau- "Macam best je"- Ditambah pula dengan kehidupan yang aku pilih sekarang; kenapa mesti aku tak yakin nak jawab "I would like to do a PhD" kan?

Tau apa profesor tu jawab kat aku?
Nak tau?

"Hurrrmm- PhD is not for everyone- You still can become a good person without a PhD"
blah blah blah blah Dia menambah;
"You cannot do a PhD- I don't think so"

Aku masih terpacak depan dia dengan gigih aku teruskan perbualan; dan mengucapkan terima kasih atas 'segala-galanya'- "I really appreciate it" dengan mata yang tidak kering- Errr-- Tak ke remak-remuk? Eh; remuk-redam? Macam seorang perempuan dengan gembira menyampaikan hasrat nak jadi model tapi dijawab oleh seseorang yang mendengar; "awak tu tak boleh jadi model tapi lebih sesuai jadi penulis novel- Sebab ya la- Nak jadi model ni sebab rupa- Dan- Hurm- Awak tak boleh jadi model"

Mungkin masa tu aku sangat perlukan; "awak tu jangan down ya"- huhuhu-

Tapi dah lepas dah- Dah dua kali raya puasa dah pun selepas peristiwa tu- Aku rasa aku dah tinggal kan 'down' yang itu- Mulakan semangat baru! Dan menghadapi 'down' yang baru! Yuk!

Ingat; awak tu jangan down ya!

Wednesday, December 1, 2010

Soalan Aku Wajib Jawab Tentang Belanda (Bahagian 2/2) - with photos!

Bismillahi rahmani rahim

Hai you allz!!!

Ya ya aku tahu aku patut selesaikan tugasan menyenaraikan segala komponen daripada sebanyak yang boleh experimental setup for the generation of slow light berserta fungsinya dalam minggu ini tapi aku terasa nak menulis di blog aku yang syok menulis dan syok membaca sendiri- Maka; aku nak menulis- Ada masalah ke? Tak da kan? =D

Memungkiri janji itu adalah salah satu daripada ciri-ciri orang munafiq- (biasa dengar; tak pasti sumber) Jika aku buat satu post dan melabelkan nya sebagai 'Bahagian 1/2' pada tajuknya; maknanya aku memberitahu juga bahawa akan wujud 'Bahagian 2/2' kan? Mengikut hukum penaakulan mantik (ya ke ni?) Jika aku tidak mewujudkan 'Bahagian 2/2' tersebut; seolah-olah aku telah memungkiri janji (janji buat sendiri)-- Maka; okay; aku tak nak sambung:

So here I come with "Soalan Aku Wajib Jawab Tentang Belanda (Bahagian 2/2)" sebagai sambungan daripada Soalan Aku Wajib Jawab Tentang Belanda (Bahagian 1/2) yang ditulis 18 bulan lepas! (klik untuk baca)

Okay; dah habis baca Bahagian 1; baru boleh terus membaca supaya tahu hujung pangkal--

Soalan 1 Belanda tu Holland ke? Netherlands?

Aku dah jawab; cuma aku nak beritahu sepatutnya kita tulis sebagai The Netherlands: Sebab; dalam hukum Bahasa Inggeris memang macam tu: (Sila tanya Pakcik Google tentang articles)-- Huh; Bahasa Melayu juga bahasa yang senang lagi indahkan--

Soalan 2 Macam mana ya Belanda?

Aku ada tambahan jawapan yang juga kesinambungan daripada soalan;
"tak nak sambung PhD kat Belanda ke? Tak de rasa nak pergi semula ke Belanda?"
Tambahan jawapan aku ialah; "visiting is not the same with immigrating" muahahaha-- Dan aku rasa buat PhD kat sana boleh dikatakan bukannya visiting! Sama je kot mana-mana negara pun: Nasihat aku; kalau berkeluarga dan mempunyai anak-anak; sila dapatkan khidmat nasihat daripada keluarga warganegara Malaysia di sana terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk buat PhD di sana: Harap maklum; bersedia dan chaiyok!!!! (cewah macam la aku dah ada anak-anak sekarang kan)

Soalan seterusnya aku malas nak tambah jawapan :

Soalan 3 : Macam mana orang Belanda dengan Islam? Bukan Belanda anti Islam ke?
Soalan 4
: Orang kata, Belanda ni negara bawah paras laut. Macam mana tu?
Soalan 5
: Negara bebas seks? (tak perlu letak ****; dah besar kan masing-masing hehehe)

Haaaaa-- Tapi aku berminat nak tambah bagi jawapan bagi soalan yang terakhir ini dengan gambar-gambar seperti yang aku 'janjikan'!

Soalan 6 : Apa yang terkenal di Belanda?


Kincir angin! Gambar di Zaans Schanse-- Terima kasih kawan-kawan budak Medic di Rusia + Ireland untuk sumber gambar (aku tak sure siapa shoot)

Keju! Gambar aku dengan keju mesti aku buat muka sebab tahan bau keju-- Gambar kiri adalah di pasar Delft dan kanan di kilang keju di Zaanse Schanse-- Bak kata orang-orang yang tak makan keju "it smells like sock"-- Ala macam hero cerita Eat Pray Love lah yang kata buah durian bau macam kaki bila Julia Robert nak cuba kan--

Porselin- Yang terkenal ialah Blue Delft- Kalau yang mahal-mahal; halus-halus hand-painting-nya; Royal Blue Delft- Memang cantik!

Tulip : Gambar dari Keukenhof Park

Kasut kayu-- Ada yang saiz kaki untuk di pakai dan ada yang saiz kecil untuk perhiasan comel!

Ini pula gergasi punya! Satu kat Amsterdam (kiri) satu lagi kat Zaanse Schanse (kanan)

Dan satu gambar bonus- Pernah aku sebut dalam Bahagian 1 perkataan 'Dutch Lady' kan-- Ha ini dia Dutch Lady hybrid =D

Gambar dalam studio di Volendam-- Terima kasih korang! (ni lah budak-budak Medic yang aku maksudkan tadi) Aku anggap je korang restu penggunaan gambar korang di sini-- Alamak; rindu korang lah! Entah bila lagi nak bersuka-ria jalan-jalan amik gambar lompat-lompat kan-- sob sob sob

Okay; hutang aku pun dah terbayar-- Cukuplah sampai di sini-- Cerita lama buat apa nak di kenang-kenang lagi; kang ada orang yang cemburu kata aku over pulak (padahal kalau terbuka cerita lama; kisah 10 tahun lepas pun boleh borak 10 jam kan): Akhir kata; jauh perjalanan; luas permandangan: Tapi hujan emas di negeri orang; hujan batu di negeri sendiri; kumpulan Hujan juga yang aku suka!

*Nantikan post tentang keindahan kumpulan Hujan! Eh; nantikan post tentang keindahan negara sendiri! ;)

Peace!

Thursday, October 28, 2010

Shopaholic Series - Books, Movie & Reality....

I read Shopaholic Series by Sophie Kinsella! I read them! I read them! Yeah! And happy with them! Okay; actually I read only two out of six: =D

This first novel I finished during 2007; or maybe 2008; can't really remember: Maybe the first English novel I read in my life: Hahaha-- Okay; not counting the novels I HAVE to read for English classes during my school time: Or pretending read them in order to penuhkan-buku-Nilam:

Even; hmm I think I wanna continue in Malay; my lovely mother tongue =p

Rasa kena sampuk sekejap dengan novel Sophie Kinsella agaknya mula-mula tadi: Haaa-- Now I feel better-- Ops; sekarang aku rasa lebih baik ;)

Ahad lepas aku tidur selepas solat Maghrib; penat sangat agaknya bersuka ria sepanjang hari: Dari Hutan Bandar; makan kat ZZ Sup Tulang; memanjakan diri dengan TV; novel dan face mask; sampailah makan pisang goreng dan cendol di Cendol Cendol Cendol: Tapi tengah malam aku terjaga semula dengan perut lapar: Disebabkan rasa patut kurang makan malam; aku cuba melekakan diri dengan membaca dan aku berjaya habiskan satu lagi novel!


Okay; aku mengaku; khatam je buku ni; aku gagal mengawal diri dan aku buka peti sejuk: Jumpa buah betik sepotong; Mai bawa dari kampung dan aku masak meggi goreng: Hahaha-- Siap ada pillow talk dengan Zafran sampai pukul 3 pagi:

Okay; aku bukanlah pembaca novel: Pertama kali aku cuba baca novel ialah dengan menggunakan novel Ombak Rindu yang sedang hangat diperkatakan ramai lebih kurang 5 tahun dulu:

"Kalau kau start dengan Ombak Rindu; serius; ko boleh suka baca novel" nasihat Rozi; sekarang ibu kepada Fatin: Tapi Rozi; jiwa aku terlalu keras agaknya: Aku jadi serik baca novel selepas tu huhuhu: Minta maaf ya kepada peminat Ombak Rindu: Bukan jiwa aku:

Tapi Shopaholic Series ni ada semacam daya tarikan: Aku boleh masuk dalam cerita tu: Aku boleh sama-sama teruja bila Becky nak beli sehelai skaf kegemaran dia walaupun dia terpaksa menipu dan meminjam duit daripada Luke: Aku sama-sama susah hati bila kad kredit dia dah tak boleh guna: Aku sama-sama; ah; pendek kata; perkataan-perkataan yang disusun mudah faham dan jiwa; dan plot disusun naik turun perasaannya sangat membuatkan aku tak boleh berhenti membaca: Ya; satu kelemahan aku; aku tak sabar untuk habiskan satu-satu novel: Maka jika aku sibuk; jangan mula baca novel! Errr; dalam kes ini; novel Shopaholic Series:

Aku skip siri yang lain; aku terus baca kisah Becky yang dah mengandung: (marah aku sebab aku tak tahu macam mana dia boleh kahwin dengan Luke tu kan): Novel kedua ni lebih bermain dengan perasaan aku rasa: Kisah emosi ibu mengandung yang mengidam macam-macam (tak mengandung pun dah mengidam kan); termasuklah kisah suami isteri yang penuh pancaroba: Tapi masih tak meninggalkan elemen lucu dan teruja: Aku suka! Aku suka!

Cukup pasal buku: Sekarang kita beralih kepada filemnya:

Ada dua poster kan? Tak sama tarikh tayangan pula tu: Aku memang tak ingat tarikh tayangan masa tu guna yang mana satu: Tapi aku yakin aku tengok cerita ni di panggung wayang pada satu malam di Utrech; Holland: Cewah; jauh tu: Masa tu aku belajar kat sana laaa- Dan itulah satu-satunya cerita aku tengok di panggung wayang di Holland; tahun 2009: Dengan Cik Ayu dan Cik Dah: Owh; Mai juga:

Filem ni adaptasi dari novel yang pertama: Entah; aku ni memang manusia yang teruja dengan wayang agaknya; maka aku memang suka: Aku bukanlah jenis yang nak tahu ending sebelum cerita habis; I like surprise! Tapi haruslah aku boleh agak plot-plot sebab aku dah baca novel kan: Tapi masih menarik; sebab cerita ni comel! Okay; macam biasa; kalau filem adaptasi novel ni orang akan komen; tak sama dengan novel lah; banyak plot yang potong lah; pelakon tu tak sesuai dengan watak tu la: Tapi; ada aku kesah? Dah filem tu terhad 2 jam saja; takkan nak sumbat semua plot kan? Manusia; manusia: Memang tak reti nak puas!

Okay; aku rasa aku patut berhenti sekarang: Nanti aku sambung: Aku nak cerita pasal masa kami tengah sedap-sedap tengok cerita tu; separuh masa pertama; tiba-tiba skrin kat panggung wayang tu gelap: Selama 20-30 minit jugak lah: Kenapa?

Wednesday, June 2, 2010

Aku dari Malaysia, Dia dari Palestin

Assalammu'alaikum ..

Semalam, dalam perjumpaan bulanan bersama Naib Canselor UTM, Prof. Dato' Dr. Ir. Zaini Ujang ada sebut, tentang beliau tidak kisah menyebut perkara yang sama berulang-ulang kali kerana beliau memegang pendapat bahawa, apalah gunanya kalau selalu sebut tentang perkara baru kalau perkara yang lama (telah disebut) tidak lagi terlaksana. "Saya tak kesah nak ulang lagi perkara ini...", tegas beliau.

Cewah.. Jujur, aku tak suka buat karangan Berita kalau dalam subjek Bahasa Melayu masa sekolah dulu. Nasib baik BM dalam A. Haaa.. sebut pasal ulang tayang, sudi aku nak 'quote' semula salah satu tulisan aku satu ketika dulu (tak de orang lain nak quote, kita quote sendiri jadilah)

Selepas membaca dua artikel daripada dua blog (ke, website?) iaitu penulisan Ustaz Hasrizal dan Ustaz Zaharudin, aku 'bangun' semula. Okay, berikut adalah tulisan aku yang nak aku quote, dengan sedikit ubah suai.

******************
Dia peduli, kita?

Kisah pada suatu Ahad di bandar Paris, Perancis (France). Aku ke sana sempena bengkel anjuran program pengajian aku. Omputeh panggil, summer workshop. Memang wajib pergi pun. Dah termasuk dalam yuran pengajian dah. Jangan nak dakwa dakwi kata aku pi joli ye. hehehe.. Tapi memang sewel lah kalau alang-alang dah sampai tak berjalan-jalan kan =D

Kami bertiga (dua lagi tu, Masters in Optical Engineering di Warsaw University of Technology, Poland. Malaysian muslimah) keluar berjalan-jalan. Kami dok leka berbual, sampai tak perasan dah sampai hentian yang sepatutnya semasa dalam metro. Metro ni macam kenderaan underground. Tak tau nak samakan dengan apa kat KL sebab aku ni buta KL sikit. hahaha..

tet, tet, tet...! Bunyi pintu metro hampir ditutup.

Maka, kami pun berlari keluar pintu metro tu. Aku rasa aku macam melompat ala-ala power puff girl dah. Malangnya, seorang lagi kawan aku tertinggal kat dalam metro tu. Kami gelak je. Ala-ala riang. Sebab, apa la yang susahnya kan. Dia turun lah di hentian yang berikutnya, dan naik metro arah bertentangan pula untuk jumpa kami kan... Kami tenang...

Semasa menunggu kawan yang tercicir, kawan aku yang selamat melompat keluar bersama beritahu,
"Aku nampak muka sorang pakcik tu sangat kesian dengan kita, Yen.."

Dah macam mata wang Jepun dah dia panggil aku kan.
"owh, ek?"
Kami pun terus menunggu dengan tenang dan santai.

Metro seterusnya sampai, kawan kami yang tertinggal dah keluar. Dengan muka yang agak ganjil. Suka ke, malu ke, sedih ke, terharu ke, sakit ke, hentah. Dia memang suka buat muka ni.. Nak jadi mak budak dah pun sekarang..

"korang.. tau tak.. tadi kan, ada pakcik tu tanya aku, nak pergi mana"
"owh.. pakcik belakang kau tu ek?"
"haa.. ha ah.. aku tunjuk lah nama stesen tu. tapi kene la pergi balik stesen ni kan. aku tak reti sebut, aku tunjuk la kat map. dia kata dia tak nampak. mata dia sebelah tu buta kot. dia tua la jugak kan"
"haa.. pastu..?"
"dia teman aku turun kat next stop tu... sepanjang dalam metro, dia selawat je banyak-banyak. aku macam terharu sangat. aku kata la, it is okay, i can go by myself. tapi dia teman gak"
"ooh.. tu la, tadi pun aku nampak muka kesian dia"

"pastu, dia siap mintak tolong sorang lelaki muda hantar aku naik metro ni tadi. aku kata, takpe lah kan.. dia sangat risau aku.. "
"tu la.. agaknya dia tengok budak ni sorang-sorang, macam kesian sangat dah ni"
"tu la pasal. terharu aku... kitorang sempat la borak-borak. dia tanya dari mana. lepas aku jawab Malaysia, aku tanya dia pulak. dia dari Palestin"

Kami masa tu terkedu.

"haa.. aku tadi pun terkedu. tak tau nak jawab apa" huhuhu...
"pastu, dia ada cakap something yang buat aku terharu sangat.."
"apa dia?"

Kitorang terus berbual tanpa kesah apa yang ada kat keliling kitorang. Lantak korang la kami bercakap kuat dan penuh perasaan. hohoho.. Kami orang Malaysia kan..

"pakcik tu cakap, kalau ada apa-apa masalah, mintak tolong orang Islam. kalau nak mintak tolong, tengok muka orang tu betul-betul, kita akan tau orang tu orang Islam"

hmm.. Pakcik tu sangat risaukan keselamatan seorang muslimah, kawan kepada dua muslimah yang lain. Risau kan kami yang berada di bandar yang masih selamat, di siang hari, yang sedang riang. Risaunya dia, sampai temankan, dan memberi pesan. Dia selawat banyak-banyak. Dia tolong sungguh-sungguh walaupun entah ke mana destinasi sebenar dia. Walaupun kurang cergas fizikal, dia SANGAT SAYANGKAN KESELEMATAN ORANG SEAGAMA DENGANNYA dan berusaha MENJAGA...!

Dia risau tentang kami, tapi.. Apa yang aku dah buat, tanda aku kesah tentang KESELEMATAN ORANG SEAKIDAH DENGAN AKU KAT PALESTIN SANA? Mungkin anak-anak pakcik tu? Cucu-cucu? Kawan-kawan pakcik tu? Apa yang aku dah buat dan akan buat...???

Dia peduli, kita?

******************

Dari Ustaz Hasrizal, Palestin Memanggil Kamu Kembali Kepada Islam
dan dari Ustaz Zaharuddin, Pengganas Yahudi Zionis Menyerang Lagi!

Tuesday, May 12, 2009

Soalan aku wajib jawab tentang Belanda (Bahagian 1/2)

Assalammualaikum warahmatullah..

Banyak kali juga aku ditanya dengan soalan-soalan yang berulang kali dari orang yang berlainan, malah ada juga orang yang sama. Soalan-soalan yang merupakan rentetan daripada pernyataan aku, "aku/saya/i/ain sekarang berada di Belanda"

Memandangkan pengulangan cerita membuatkan kadang-kadang aku tak jawab detail, atau aku jadi penat dan mungkin jadi teremosi, kerana EQ (kecerdasan emosi) yang tak mampu dikecap setiap masa, minta maaf kepada yang ala-ala tersinggung, my bad =( maka aku berhasrat nak jawab siap-siap kat post kali ini. Layan..

Amaran : Pendapat aku sahaja. Berdasarkan pengalaman beberapa bulan sahaja. Harap maklum.

Soalan 1
Belanda tu Holland ke? Netherlands?

Ya, Belanda itu Holland, dan nama lainnya, The Netherlands. Nama paling formal, The Netherlands lah.. Ayam belanda tu aku tak pasti betul ke ayam sini, sebab dalam bahasa Inggeris, dipanggil Turkey. So, aku tak tahu kenapa bahasa Melayu disebut Belanda.

Soalan 2
Macam mana ya Belanda?

haaa.. soalan yang sangat subjektif. aku biasa jawab ikut mood aku. hehehe. sekarang, mood aku baik, maka, jawapannya, belanda ni tenang, aman, selamat, bersih (******************************** deleted sebab ada orang tak puas hati. sekian), cantik.. Biasa yang aku highlight, aman, terutama di Delft (sebab ni tempat tinggal aku). Kalau mood aku tak baik, jawapannya, sini biasa orang bunuh diri masa musim sejuk, sikap individualistik tinggi, jiran biasa tak kasi bising selepas kol 10 malam dan sebelum 6 pagi (lebih kurang lah), kos hidup tinggi, diorang semua tinggi-tinggi (aku terasa renek). hmmm.. dah dah.. cukup.. hehehe..

(banyak lagi jawapan-jawapan wajib, sangat mencapah soalan ni, dan hakikatnya, boleh je nak positifkan. tapi nanti jadi panjang berjela jela jela jela jela blog aku nanti)

Soalan 3
Macam mana orang Belanda dengan Islam? Bukan Belanda anti Islam ke?

Alhamdulillah, kat sini senang nak jumpa orang Islam. Tudung diorang lagi labuh dari aku. huhuhu.. berjubah.. memang selamber je.. tak de masalah.. Memberi salam semasa Muslim juga menjadi kebiasaan, tak de sorok-sorok. Masjid senang nak jumpa, malah besar! Kebanyakan (mungkin semua) masjid dibina oleh kumpulan bangsa/negara, seperti, orang Turki, orang Morocco, orang Indonesia. Masjid Malaysia tak de lagi kot. huhuhu.. Disebabkan perkembangan Islam di sini lah, orang bukan Islam, terutama Kristian takut dan macam-macam mereka cuba buat (pendapat aku lah). Maka, tak dinafikan ada yang anti. Memang ada yang ekstrem. Tapi apa saja yang mereka boleh buat, setakat perli-perli kan? Tak de lagi kes baling-baling batu ke pada pengalaman dan pengetahuan aku. Tapi kat belanda ni aku baru jumpa sekali je la pakcik yang dengki dengan Muslim. Teringat pesan seorang abang pramugara di saat kami nak keluar dari pesawat, pertama kali menjejakkan kaki di bumi Belanda ni, "baik-baik ye belajar, belanda ni open sikit". dah la abang tu kacak. Maka, pada pendapat aku, Belanda ni open, terbuka. Anda bebas berpurdah, malah bebas bertelanjang. (ni pendapat aku je okay... hakikatnya aku lom jumpa lagi yang bertelanjang. tapi ada rasanya kat kawasan pelacur 'terhormat')

Soalan 5
Orang kata, Belanda ni negara bawah paras laut. Macam mana tu?

aku pun baru faham bila aku dah datang sini. hahaha.. terima kasih kepada penghulu Delft, Ahmad. Ya, Belanda berada pada bawah paras laut. Secara mudah, air laut disedut dan menjadikannya daratan. Kaedah? tali air di bina melambak-lambak dengan strategi yang mantap untuk men'darat'kan laut secara sistematik dan berperingkat. Kalau la ditakdirkan sistem pengairan gagal, tenggelam lah bumi Belanda ni. Dengan bongkaknya manusia di sini ada yang mengatakan, Belanda ialah negara/daratan yang dicipta manusia, bukan semula jadi atau tuhan. Kesian diorang ni. huhuhu.. Maka, kita boleh jumpa tempat-tempat di mana aras air adalah lebih tinggi dari tempat kaki kita berpijak di daratan. Kadang-kadang, "eh, kapal berada lebih tinggi dari aras kaki kita!" Kat sini, ada tempat tumpuan pelancong, namanya Delta Work, nanti dia cerita dan tunjuk empangan yang kawal air laut (sori la, aku belum pergi lagi, cari kat internet sendiri lah ya) Akan ada hari Isnin setiap awal bulan, ujian siren amaran banjir di Belanda, untuk menyelenggara sistem keselamatan berkaitan hal ini. Cewah, macam pelapor Majalah 3333 lak.. ahakz

Soalan 4
Negara bebas ****?

haaa.. ni berkaitan juga dengan pesanan abang pramugara tadi. Lantak diorang lah.. janji tak kacau aku. hahaha... Mungkin sebab Amsterdam terkenal juga dengan Red Light District, maka tu yang open sangat kot. (kot tau!) Kalau nak gi jalan-jalan Amsterdam terutamanya, jangan biar anak-anak kecil anda leka menatap lama-lama lebih-lebih lagi di kedai-kedai cenderahati, takut-takut anak-anak itu pelik dengan apa yang dilihat malah menjadi mimpi ngeri. Sebab, bukan anak-anak kecil je, yang dah anak dara ni pun terdetik "eh, apa ni? aiseh.. menyesal aku pandang.." Tapi jangan risau la.. selamat.. selamat.. asalkan semua kuat iman dan tegas. Kalau tak kuat iman, kat negara sendiri pun boleh buat perkara tak patut ni kan.. daaa.. Ha.. disebabkan aku dah tersebut Red Light District tu, aku nak pesan. Siapa yang tak nak hilang ilmu, terutama ayat-ayat hafazan Quran, JANGAN PERGI! JANGAN LALU! walaupun anda perempuan! (luas lagi bahananya, bukan hilang apa yang diingat je)

Soalan 6
Apa yang terkenal di Belanda?

1. Kincir angin.
Ada banyak kincir angin, ada yang kita boleh masuk untuk tengok. Kat belanda ni memang kuat angin. Tepi pantai pun kuat angin kan, apatah lagi tempat yang asalnya laut kan. (memandai je aku buat teori). So, angin adalah antara sumber tenaga terpenting. Untuk jana kuasa (ada kot), untuk pengepaman air, untuk hancurkan.. err apa ntah, gandum kot, ke kapur, dan apa-apa lagi lah kegunaannya.
2. Keju
Mak ngah aku, perkara pertama dia sebut pasal Belanda, "ooowh.. Belanda.. Dutch Lady!" haaa.. betul lah tu. terkenal dengan produk tenusu terutama keju. TETAPI, keju yang ramuan asli tu, ada rennet. Berdasarkan lawatan kumpulan wartawan aku, (hahaha) akak keju tu jawab, rennet adalah enzim dari perut anak lembu. Kami tak tanya lebih dah lepas tu, sibuk amik gambar dan aku pun pening dengan bau keju. Tapi mengikut kata kawan-kawan lain, rennet tak leh makan. So, carilah keju produk tumbuh-tumbuhan (Biologish) atau di kedai halal (orang turki kalau kat tempat aku ni)
3. Porselin
warna biru dan putih kebanyakannya, adalah porselin yang menjadi 'trademark' Delft. Jenama yang biasa ada dijual, Delft Blue. Kalau yang harga ratus-ratus, riban-riban, nama dia Royal Delft Blue. peminat produk macam ini memang minat lah. kalau aku, baik aku simpan duit buat kahwin kan.. ahakz
4. Tulip
belanda ada taman bunga terbesar di dunia, Keukenhof Park. aku dah pergi. yeah! Sangat ramai orang datang terutama masa musim bunga! taman yang sangat besar! bunga banyak! terutama tulip. cantik! ada juga ladang untuk bunga-bunga itu dieksport. tempat proses bunga untuk eksport pun aku belum pergi lagi. tunggu selsema b*** ni reda dulu. hehehe..
5. kasut kayu
tau terompah? haa... aku suka-suka je nak bandingkan kasut kayu belanda dengan terompah kan. hahaha.. tapi rupa dia bertutup lah, macam kasut. banyak cenderahati berupa kasut kayu ni. secara tradisional, kasut kayu ni digunakan seperti kasut biasa. kelebihan? kata abang yang buat demonstrasi di Zaans Schanse, ringan, suam (warm) dan murah berbanding kasut kulit. biasa digunakan untuk ke farm (ladang kan?). sekarang, tak tau orang guna lagi ke tak, tapi kalau untuk tradisi, memang ada lah. pakai dengan baju belanda tu, memang dah rupa kakak kat tin susu Dutch Lady dah lah. hahaha..

Eh, tak sedar aku dah nak tengah hari. Ada kerja lain aku nak buat. Aku akan sambung lah untuk soalan-soalan lain dan mungkin ada soalan tambahan. Berserta gambar-gambar. Bosan je aku tulis tanpa gambar kan.

okay.. will be continued..

update : Bahagian 2 dah siap!