Monday, February 7, 2011

Ambulans oh Ambulans!

"Kenapa lah jem semacam je ni"
"Tu lah pasal- Dua-dua hala pulak tu"

"Kenapa sekarang? confuse aku- confuse"

"Ha ah; office hour padahal"

Aku mengiyakan ke-confuse-an Zafran sambil tengok jam tangan aku- Pukul 3 lebih- Hari Selasa- Kenapa nak jem?

Ni no ni no ni no---!
"Haaaa- ambulans!" (sila baca 'ni no ni no ni no' dengan nada yang sesuai)
Ada ambulans melepasi kami pada jalan yang bertentangan (kami menghala ke JB)
"Accident kot" aku menambah-

Selepas beberapa ketika;

Ni no ni no ni no---!
"Eh; ada bunyi ambulans lagi"
"Ha ah; tapi aku tak nampak ambulansnya"
jawab Zafran sambil tekun jaga pedal minyak dan brek- jaga stereng juga-
"Aku rasa ambulans belakang kita la-"
"Tapi aku tak nampak"


Aku cuba tengok cermin sisi kereta di kiri aku- Memang tak nampak ambulans-
"Eh; kereta-kereta belakang kita ni menghimpit ke kiri la" aku menyuarakan pemerhatian aku-
"Haaa- aku rasa ambulans kat belakang la"
"Ha ah la"
Zaf ketepikan kereta- Ambulans pun melepasi kami-

"Hospital Kluang" aku baca badan ambulans; ala-ala budak kecil baru belajar membaca-
"Apa pasal ambulans Kluang lalu sini?"
Saja aku tanya soalan seolah-olah Zafran adalah pengarah Hospital Kluang (macam lah pengarah hospital tahu semua perkara yang berlaku pada seluruh hospitalnya sentiasa kan)-

"Sebab kat Hospital Kluang takde alat yang Hospital Sultanah Aminah ada kot- tu yang dia nak ke Sultanah Aminah tu"
Tiba-tiba aku rasa aku mengerutkan dahi- Diam-
Lepas tu aku gelak-

"Kau tau tak Zaf; aku tak terfikir pun macam ko fikir"
"Kau fikir apa?"

Aku pun bentangkan hujah aku; kenapa ambulans Kluang melepasi kami menghala ke JB-
Hipotesis aku; ada kemalangan jalan raya teruk kat depan kami; yang menyebabkan jalan jem di kedua-dua arah- Terlalu banyak ambulans diperlukan sampai ambulans Hospital Sultanah Aminah tak cukup; perlukan bantuan ambulans dari Kluang- Atau ambulans HSA memang tak cukup sebab ada yang dah pergi ambil kes lain-

Satu situasi yang sama; dua hipotesis yang berbeza-

Punca?

Zafran mengganggap ambulans Hospital Kluang itu sudah ada pesakit di dalamnya manakala aku mengganggap ambulans itu baru nak pergi ambil pesakit- Kosong-
Zafran mengabaikan hipotesis awal bahawa jalan jem disebabkan kemalangan jalan raya tapi aku mengaitkan andaian ada kemalangan di hadapan kami untuk membuat hipotesis seterusnya-
Dan punca ketiga; disebabkan pengalaman berbeza kami tentang ambulans :

Pengalaman Zafran :
Pernah ada cerita didengar bahawa seorang akak tu nak bersalin; tapi perjalanannya menaiki ambulans sangat ke hulu dan ke hilir sebab hospital pertama yang dituju tidak ada peralatan atau kemudahan yang diperlukan untuk kes yang lain daripada yang lain- Dan Zafran teringat pengalamannya ini-

Pengalaman aku :
Masa aku praktikal kat Hospital Jasin; dan aku menempatkan diri aku di Unit Kecemasan pada satu minggu; tiba-tiba warga Unit Kecemasan bergegas nak keluar bersama ambulans- Sempat mereka beritahu aku; "Kitorang nak ke Tangkak"- "Uish; kenapa sampai ke sana?" "Ambulans diorang tengah bawa pesakit nak ke sana; ale-ale ambulans tu pulak accident ni- Diorang tak de ambulans lain sekarang- Kitorang nak pegi ke tempat ambulans tu accident la ni"- Aku pula teringat pengalaman yang ini-


*sumber gambar-gambar : Google*

Bak kata iklan susu kat TV;
"... pemikiran mereka saling berhubung!"

Manusia berbeza pendapat dan pemikiran tu adalah satu perkara normal yang terlalu normal- Apa yang dipertimbangkan tidak semestinya sama; pengalaman juga tidak semestinya sama- Haruslah pemikiran sesama manusia tidak semestinya sama-

Terimalah hakikat adanya perbezaan; akan kurang ketegangan untuk menemui titik persamaan-
Persamaan itu memang diidamkan malah mendamaikan- Tapi perbezaan itulah realiti kehidupan-

** Akhirnya tiada kemalangan jalan raya yang kami jumpa dalam perjalanan ke JB- Malah kami jumpa satu lagi ambulans lain menghala ke JB- Tapi kami dah tak larat buat hipotesis- Kami bergosip dan terus menikmati jalan jem dan keindahan JB- lalalala~**

2 comments:

ajako said...

byk sgt hipotesisnye...ambulan pon pening kepala...

ayen =D said...

orang sains kata