Tuesday, December 27, 2011

Menghargai Perbezaan itu Membahagiakan! =D

Dulu... Aku fikir, kalau suka Sejarah, kita boleh jadi cikgu Sejarah, pensyarah bidang Sejarah, ahli kaji Sejarah... penulis buku Sejarah..

Dulu.. Aku fikir, kalau suka Matematik, kita boleh jadi cikgu Matematik, pensyarah Matematik, pakar Matematik dan penulis buku "Cara Mudah Mahir Matematik" =D

Dulu.. Aku fikir, kalau suka Fizik, kita boleh jadi cikgu Fizik, pensyarah bidang Fizik, ahli Fizik... penulis buku Fizik...

Tapi sekarang...

Aku percaya...

Apa yang kita suka..
Apa yang kita belajar..
Apa kursus yang kita ambil di universiti...
Apa bidang penyelidikan yang kita ceburi...
bukan menentukan apa yang kita akan buat.. apa yang kita akan jadi... apa, apa, dan apa... (SAHAJA)

Tetapi...
BAGAIMANA kita berfikir...

Kalau tengok alam, orang Matematik akan berusaha (secara semula jadi) mengaitkan segala-galanya dengan persamaan Matematik.




Masa aku nakal, aku akan respons "tukar perkataan 'hukum alam' kepada 'algorithm'... Selesai! Tak perlu jadi orang Matematik untuk mematematikkan keadaan =p"

Kalau tengok air teo limau suam dengan teo suam, orang Kimia akan mencetus satu perbualan seperti berikut bila aku mengadu, "teh o aku ni pekat la.. pahit.."

"Sebenarnya kan, dua-dua air ni sama pekat", dia jawab.
"Teh o aku lagi pekat la.. tengok warna.."
"Tak, teh o kita asalnya sama pekat.. cuma teh o saya ada limau, jadi kurang pekat.."
"Ye, aku tau warna teh o kita lain sebab teo limau ada limau.. tapi kenapa kata teh o kita ni asalnya sama pekat?"
Dia senyum... Orang Sains, nak bukti bernas..
Nah.. dia bagi aku penerangan Sains.. lebih fokus lagi, penarangan Sains Kimia.

"Limau ni asid, dia boleh lunturkan warna teh o" haaa Hamik aku... Yo la Farah =)

Kalau tengok orang buat angklung, orang Fizik menerangkan proses pembuatan angklung tu dengan cara...

"Hebat betul orang buat angklung tu.. dia ketuk-ketuk je kat kayu, dengar, dia tau dah itu not apa.. do ke, re ke, mi ke.. agak-agak tak kena not, dia kikis lagi kayu tu.."
"tapi akhir sekali dia calibrate la dengan melodian..."
"Peerggghh.. calibrate...!"
Habis, aku nak guna perkataan apa? Orang muzik akan jawab,
"Tune!"
*Mungkin perkataan 'calibrate' digunakan oleh orang lain juga selain Fizik, yang melibatkan pengukuran parameter di makmal atau bengkel.


*Gambar demonstrasi pembuatan angklung. Melodian ada di tepi paha kiri juru tunjuk (demonstrator)*


Your research area not determines what do you think you are going to find.. but how are going to think to find something..(Aku dalam bidang Fizik, bukan Bahasa Inggeris =p Jadi kalau yang bahasa tunggang langgang tu, harap dimaafkan dan dibetulkan)

*Ini adalah tulisan akibat percampuran maklum balas daripada penyelia PhD dan tulisan (+ perbualan dengan) Ajan... Encik Supervisor aku tadi komen, tak payah lah aku dengan susah hatinya nak perkukuhkan ke mana sumbangan bidang penyelidikan aku.. yang penting, aku perkukuhkan fenomena fizik apa yang aku nak jelaskan, buktikan.. "Aplikasi penemuan awak tu nanti, kerja orang 'engineering', bukan kerja PhD awak tu... awak propose saja..."

Lega... tapi masih cemas atas faktor lain!

Sebenarnya, pada pendapat aku yang muda ni, untuk menerangkan satu-satu perkara, lain orang (orang bahasa, orang sejarah, orang seni lukis, orang sains, orang kejuruteraan, orang matematik) lain caranya. Tapi hasil tetap sama, satu-satu perkara itu TETAP dapat diterangkan. Tak perlu lah dengan bangga dan sombong, "Ini kimia ni, ini kimia ni.. Eh, ni biologi ni... Ni kena faham dengan teori *&%$#@# ni... "

Appreciate the differences.

Ini untuk yang menerangkan. Untuk yang menerima penerangan?

Kalau aku nak terangkan tentang kenapa nasi yang aku tanak lembik, dengan cara Fizik, tentu tak sesuai untuk orang Seni Lukis atau Seni Muzik... Jadi..

Luaskan pergaulan! Kenal macam-macam orang! Kosa kata anda akan berkembang! "BAGAIMANA kita berfikir" juga akan lebih pelbagai! ;)

Menghargai dan mencintai perbezaan adalah perbuatan yang membahagiakan. Cayolah cakap den!

Eerrr... habis, kenapa pasangan kekasih atau suami isteri berpisah, biasanya mereka jawab "kami terlalu berbeza.. kami tak sependapat.. sefahaman.. tak sehaluan..."?

3 comments:

Adam Ruslan said...

Dulu, kami pernah ditegur.

"Budak forecast semua tau lawak akademik je!".

Jadi sekarang, kami tak kelakar dah.

Hehe.

m taufiq a aziz said...

hahaha..

ayen =D said...

kenapa tak kelakar dah? sebab dah tak 'budak'? hahahaha.. :P

apa hahaha.. dah tak de komen macam post dah? :D