Friday, May 11, 2012

Aku Nak Limau

*Aku rasa, ayat aku tak sedap kali ini (cewah, selama ni macam sedap kan..) Jangan guna ayat dalam tulisan kali ini untuk karangan SPM ya. Kalau tiada sebarang kesalahan pun, tak dapat A rasanya. Tak sedap, tak sedap, ada aku kesah? Lalala~

Tahun lepas, Dania mahu epal. Tanpa epal, akal dia akan mati. Dania perlukan akal yang hidup untuk lunaskan segala tanggungjawab. Maka aku anggap, memberi epal pula adalah tanggungjawab aku. Aku beri Dania epal dengan SEGERA.
Kerana Dania MENGARAHKAN aku beri dia epal.

Dania tak perlu ucap terima kasih. Tambahan pula, beri Dania epal adalah tanggungjawab aku.
Apa rasa epal bagi Dania, aku tak pernah tahu.

Bulan lepas, aku mahu limau. Tanpa limau, akal aku akan mati. Aku perlukan akal yang hidup untuk lunaskan segala tanggungjawab. Maka aku anggap, aku perlu diberi limau, dan itu tanggungjawab Dania.

Hari ini, aku masih nantikan limau. Dania kata, dia cuba bantu. (Err.. bantu???)
Dania kata, ada banyak lagi pengemis limau yang lain. Dia pening. Dia nak kumpulkan limau, nak agihkan limau, nak cari balik limau, nak kira limau, eh, prosedur agihan limau berubah, dia nak cari kotak limau, dia nak jumpa tokey limau, dia nak ambil borang tempahan limau..
Aku terus dengar, sambil tunggu limau, MENGEMIS limau.

Darwis nampak limau bersepah di sekeliling Dania.
Tapi tak nampak epal sebab dah selamat Dania makan.
Darwis cari aku, "Ain, sabarlah, jangan lah desak sangat Dania tu, kesian saya tengok dia, melambak-lambak limau dia, awak tak patut minta limau tu selalu, sabar je"
"Darwis, nak limau"
"Maaf Ain, saya tak jaga limau, saya jaga avocado"

"Macam mana saya nak dapatkan avocado ye? Boleh tak saya makan avocado je kalau tak dapat limau?"
Darwis tiba-tiba koma, tak mampu menjawab apatah lagi membantu.



Aku tak kesah orang tak nampak aku bagi Dania epal.
Aku tak kesah orang tak nampak cara Dania minta dan terima epal.
Aku tak kesah dengar masalah Dania dan limau-limaunya.
Aku tak kesah tak dapat tahu lebih pasal avocado dari Darwis.
Yang aku kesah, AKU NAK LIMAU!



4 comments:

MrsNotSoCool said...

agak mendalam la entry nih.. hmmph

membuat akak tertanya tanya dan terus tertanya apa ke benda alah epal, limau n avokado sebenarnyer.. hahahaha

takpe biarkan akak terus tertanya..

ayen =D said...

haha...
ingat nak jawab.
dah akak kata takpe, biar akak terus bertanya, tak jadi jawab la hahaha

lala said...

yen, aku nak tau la ape itu limau.. can x?

ayen =D said...

Dania = HCD UTM lalalalala~ kpt pun boleh juga...

ops.. pernyataan ni tak terlalu terbuka kan? ahakz