Thursday, October 18, 2012

Awak Orang Baik + Hantu Tak Kacau Hantu

Selepas membebel 3 minit tanpa henti; entah mana koma dan noktah, aku sembur segala ketidakpuasan hati. Si penadah telinga bukan saja mendengar dengan sabar tetapi matanya ligat memerhati keadaan jalan raya. Dia perlu risau sebab dia berada dalam kereta yang sedang dipandu oleh aku yang tengah marah dan kecewa. Memang bahaya.

Aku hairan, kenapa ada manusia yang tergamak sakitkan hati aku macam itu dan macam ini. Haih! Aku pun pijak pedal minyak laju-laju, brek pula mengejut bila perlu, hon sana sini bila kenderaan lain termangu-mangu. Tengah hari yang haru-biru.

"Awak mesti suka kalau bawa kereta di Batam"
"Haa?"
"Ya lah, macam ni lah di Batam orang bawa kereta"

Baiklah, aku tarik nafas, tenangkan perasaan. Cari cerita lain.

"&*%(#*%$@#!", ketidakpuasan hati lain diluah, tindakan jahat dikongsi.
"Eh, tak apa ke kalau awak buat macam tu?" si penadah telinga cuba merasionalkan manusia yang emosional.
"Diorang bagi servis pada saya lambat boleh, saya bagi apa yang diorang nak lambat tak boleh pulak"
"Hurm..."
"Huh..! Semua dalam UTM ni tak ada satu pun yang menyeronokkan saya!"

Suasana dalam kereta makin tegang. Aku sambung lagi, sambil mata berusaha cekap dan tangan berusaha tetap pada stereng kereta.

"Kenapa ni, semua orang nak sakitkan hati saya.. semua orang nak susahkan saya..."
Marah bertukar hampir sedih, kecewa dengan segala cabaran yang menimpa. Nada suara daripada keras bertukar jadi lembut tapi bergetar.

"Haaa.. semua orang susahkan awak, itu tandanya awak orang baik. Kalau awak tu jahat, yaaa.. tak perlu orang lain susahkan awak, sakitkan hati awak.. Macam dalam sinetron, yang selalu dapat susah tu siapa? Watak yang baik, kan?"

Sentap, kelakar, terharu, malu.. semua ada.. Untuk pengetahuan semua, si penadah telinga adalah Encik Supervisor untuk PhD aku. Huhu..

**************************

"Meh sini, aku urut kepala kau, pastu aku baca-baca, tangkal.. kasi halau hantu Kota Tinggi", mak aku buat muka yakin, ala-ala bomoh.
"Pulak..."

Balik kampung dengan demam yang bersisa selepas berprogram di Kota Tinggi, camping yang tak camping sangat... Biasalah, demam sebab tak cukup tidur, tak cukup air minum, tapi lebih durian.. Haaa.. tak mustahil boleh demam, kan?

Esok paginya, dia tunjuk kaki dia,
"Long, tengok ni, lebam. Lepas aku tangkal kau, terus lebam kaki aku. Ni hantu kat kau dah transfer ke aku la ni"
"Pulak..." Haha...
(Sila kawal adik-adik anda di bawah umur 18 tahun untuk hal-hal sebegini ya. 18PL)

Selepas dua tiga hari tinggalkan kampung, aku telefon lah mak aku,
"Haaa mama sihat tak?"
"Eh? Sihat lah, kenapa?"
"Kata haritu mama urut Ain, hantu Kota Tinggi dah transfer kat mama.. kot-kot lah mama pulak demam ke..."
"Owh.. aku tak demam.. sebab, hantu tak kacau hantu! hahaha.."
"Pulak..."

Berbual je la dengan mak aku ni, semua sakit jadi baik. Cayo lah cakap den...

********************
Aku orang baik, sebab tu hantu kacau aku. Huh!!!


2 comments:

~ fiza said...

comella mak ko ain hihi
kalau mimpi antu mcmmn plak,jahat ke baik haha

ayen =D said...

mak aku memang comel.. ehehe..
mimpi? ko nak dengar mak aku buat cerita, tanya la dia hehe