Macam mana nak pilih tajuk untuk PhD atau Masters?
Ya, kita bertanggungjawab SEPENUHNYA terhadap apa yang kita pilih. Secara lebih tepat, terhadap tajuk penyelidikan yang kita pilih.
Semasa aku pilih tajuk @ bidang untuk PhD aku (dua tahun lepas), ada tiga faktor utama yang dapat aku keluarkan, dan sehingga semalam, bila ada orang minta nasihat di kala dalam dilema memilih tajuk bidang penyelidikan, aku berpendapat bahawa tiga faktor ini masih sesuai untuk dipertimbangkan.
1- Minat
2- Kepakaran @ tahap pengetahuan
3- Masa depan bidang penyelidikan tersebut
Aku tanya soalan yang sama semasa aku sibuk-sibuk nak pilih tajuk PhD aku. Jawapan seorang pensyarah UTM yang dah tamat PhD nya di Jepun dengan jayanya mengulas (berdasarkan sokongan beberapa pensyarah dan rakan yang lain juga);
"Ikut minat awak. Kenapa?
Kalau ikut kepakaran, awak rasa awak tahu tentang A lebih daripada B, (sebab masa Masters @ Ijazah Pertama awak, lebih tahu tentang A) maka awak pilih A untuk PhD awak. Tahukah awak, PhD tu satu proses ilmu yang panjang, 3-5 tahun. Kepakaran dan tahap pengetahuan awak belum cukup (sangat tak cukup) untuk tampung proses mendapat PhD awak tu, sebab awak perlu belajar BANYAK LAGI. Jadi, pada pendapat saya, tak kiralah kalau awak tahu B sangat sedikit sekali pun, awak kena belajar banyak juga untuk PhD nanti, sama macam kalau awak pilih A pun. Jadi tak semestinya awak perlu pilih tajuk yang konon-kononnya awak dah biasa @ lebih tahu.
Jika awak nak fikir tentang masa depan satu-satu bidang, ini lagi susah. Ada orang kata, tajuk C dah tepu, banyak orang buat, tak ada cabang penemuan baru, peluang menyerlah amat tipis. Maka awak nak pilih bidang D. Tapi tajuk D pula tak banyak orang buat, masa depan nampak kelam, entah jadi entahkan tidak. Jadi kita sangat tak mampu nak jangka masa depan satu-satu bidang penyelidikan. Pokoknya, sama saja kalau awak pilih tajuk C atau D.
Sebab tu saya dengan yakin, mengatakan, pilih tajuk penyelidikan ikut MINAT awak. Sebab kalau awak dah minat, tak kiralah betapa cetek pengetahuan awak tentang bidang itu, atau betapa ramai atau sedikit penyelidik yang membuat kajian dalam bidang sama, awak akan tetap kukuh dan setia dengan MINAT awak."
Dah cinta, kentut pun bau wangi, kan?
Walaubagaimanapun, aku tak nafikan, tahap pengetahuan @ pengalaman dan masa depan satu-satu bidang kajian juga antara faktor yang boleh dipertimbangkan, selain daripada minat. Haih, sebenarnya banyak lagi. Faktor penyelia, duit geran penyelidikan, suasana tempat penyelidikan... tu lain cerita.
Aku tanya lagi, "Macam mana saya nak tau saya minat ke tidak? Saya baca banyak-banyak topik, saya masih tak tahu yang mana saya minat"
"Hurm, awak baca, dan terus baca. Kalau awak rasa nak terus membaca satu-satu tajuk tu, semangat nak tahu lebih, maknanya awak minat. Kalau awak baca satu atau dua artikel pasal satu-satu bidang, kemudian tak rasa jatuh cinta, rasa nak baca tajuk lain pula, maknanya awak tak minat lah"
Amboi-amboi, senangnya dia cakap, dah habis PhD lah katakan kan...Haha.. Ada yang tidak mengambil masa yang panjang untuk menentukan samada dia minat, tahu atau yakin dengan masa depan tajuk penyelidikan yang dipilih. Dia hanya merebut sebarang PELUANG yang ada. Kalau macam ni, bagaimana?
Kata kawan aku, "Ain, kalau ni saja peluang yang ada depan mata, kalau aku dah hadap tajuk ni hari-hari, setahun, dua tahun, lama-lama minat juga, Ain. Tak kenal maka tak cinta, kan?"
Sekian perkongsian daripada aku, yang masih dalam perjuangan untuk PhD. Berjayanya belum lagi, nasihat orang je lebih. Haha.. aku kongsikan mana yang terdaya. Esok lusa tak sempat, kita tak tahu. Mudah-mudahan kau, kau.. dan kau.. haaa kau juga, dapat membulatkan hati untuk memilih tajuk PhD @ Masters nanti.
Kepada yang bakal berjuang atau sedang berjuang macam aku, chaiyok!!! Chaiyok kepada aku juga!
Selamat berusaha dalam menilai, berbincang, berdoa dan tawakkal agar Dia pegangkan hati; insyaAllah, yang terbaik Dia susunkan untuk kita nanti. Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment