Wednesday, October 24, 2012

Jodoh-tak-kesampaian

Kebiasaannya, aku pergi perpustakaan dengan terkocoh-kocoh sebab nak mencari buku, meminjam buku dan kemudian, berdesupp... aku blah. Pantas. Macam alergik perpustakaan gayanya. Tapi kali ini, dalam sejarah hidup aku, aku ke perpustakaan, cari satu tempat duduk lepas jumpa satu buku, lalu duduk membaca dengan tekun dan tenang. Maka, bila berasa tenang duduk dalam perpustakaan yang diam dan sejuk, membaca buku cerita pula tu, bukan buku rujukan, memang buat aku ada perasaan yang unik. Unik dan pelik, tapi menarik.

Tiba-tiba, aku rasa ada orang tenung muka aku lama-lama. Kemudian aku yakin menang dia tenung selepas dia tegur, "tekun baca buku nampak.."

Ah ha.. suara macho dah.. Siapakah gerangan?

Jari diselit dalam buku, untuk pastikan aku ingat muka surat semasa. Pandangan mata ditinggikan, selaras dengan mata yang menyapa. Mata bertentang. "Macam kukenal makhluk ini"

"Seorang?"
"Ada 4 orang ni", sambil tunjuk tiga kerusi kosong yang lain.
"Boleh duduk sini?"
"Duduk lah.. hurmm... eh.. ni... "

Aku dah ingat, dia lah mamat tu!

****************

Semasa konvokesyen UTM dua minggu lepas, aku sakan berjumpa macam-macam orang. Kawan-kawan yang lama tak jumpa atau hari-hari jumpa, kawan-kawan yang konvo atau datang UTM sebab kawan-kawan lain konvo. Serius bahagia dengan aktiviti berjumpa sakan, makan sakan, karaoke sakan, bergambar sakan. 

Ada satu ketika, aku nak bergambar dengan dua kawan yang lain. "Alamak, siapa nak ambilkan gambar kita tiga orang ni?". Dengan yakin, aku minta tolong seorang adik lelaki untuk tolong ambilkan gambar kami.

Masa aku minta tolong, adik tu baru lepas ambil gambar seorang graduan lain. Dia tengah tunjuk gambar yang dia baru ambilkan guna handphone. "Bang, okay tak gambar ni?", aku dengar adik tu cakap. Jadi aku rasa adik tu ada kelebihan mengambil gambar dan dia tengah free sementara graduan tu semak gambar-gambar yang diambil.

"Dik, tolong amikkan gambar.." dengan senyuman aku hulur kamera. Adik tu sambut. Yeah!

 
Gambar adik tu ambilkan

Sedang kami bergaya riang ria disebalik lensa, graduan yang selesai semak gambar dalam handphone dia tidak semena-mena, ambil gambar kami juga. Err...

Dah selesai, selepas ambil kamera aku daripada dik tu, aku pergi ke graduan tu dan tanya, "Nak saya ambikkan gambar awak dengan adik awak ke?"
"Eh, tak apa, tak apa..." dia tunduk, dan blah..

Ewah-ewah.. dah la ambil gambar curi dengan tak malu, lepas tu tak nak orang ambil kan gambar macam konon malu pula. Tak apa lah.. Dia memang macam pemalu pun. Tunduk je, jaga pandangan agaknya. Haih, aku cantik sangat lah tu!

"Ain, kenapa kau tak minta tengok gambar dia ambil tadi? Lepas tu suruh dia tag ko.. kan dapat FB dia!"
"Alaaa...!!! Pandainya kau! Tapi kenapa baru sekarang kau bagitau! Jangan-jangan dia calon jodoh aku"
"Haaa.. tu kira jodoh-tak-kesampaian lah!"

****************

"Ha ah, grad hari tu. Sekarang sambung kat sini juga..." dia beritahu.
"owh.. fakulti mana? ", sopan aku berbual, macam perempuan Melayu terakhir.
Panjang lah kami berbual dengan lelaki yang dinamakan sebagai jodoh-tak-kesampaian-aku dua minggu lepas tu. Rasa berbunga-bunga hati ni. Nasib baik bunga sahaja, kalau berbunga-bunga api? Tapi, "behave Ain, behave... dalam library ni", pesan Ain kepada Ain.

Senyum. Bahagia.

****************

Tiba-tiba, aku nampak kipas siling. Aku tengah senyum sambil telentang rupa-rupanya. Telentang atas katil. 

Kalaulah mimpi begitu indah, kenapa perlu aku bangun bertemu realiti...? Aarrghhhh!!!



4 comments:

Ann said...

alaa...mmpi jek keee..batu excited nak tau cte lanjut..

mybe mmpi jadi realiti?:)

ayen =D said...

jadi realiti ek? kena la pergi perpustakaan baca buku cerita macam ni.. :D

Syila said...

Alahai mimpi ker???
Tensen le camni hahaha...

Nampaknye ada yg teringat smpi termimpi2 :)

ayen =D said...

eer.. malu nk jawab.. bukan mimpi.. berangan je ni hahaha tp complete lak angan2 tu.. hahaha!