Aku tahu kau tengah top sekarang. Semua orang suka kau dan nak miliki
kau. Kau hot, vogue, macam-macam gaya, macam-macam kepentingan.. Orang
yang ambil tahu banyak tentang kau, mengagumi kau dan mendampingi kau
memang ramai. Mereka normal. Orang yang tak kesah tentang kau, tak
bersama-sama dengan kau macam aku ni yang dipandang pelik. Seolah-olah
mendekati kau tu satu kemestian manusia di abad ini. Aku? Minda katak bawah tempurung kononnya.
Walaupun
aku tak terlalu mengagungkan kau, aku akui, hari ini aku nak merayu
pada kau tentang satu hal dengan sangat rendah diri.
Tolong jangan jadi orang ketiga antara aku dengan dia!
Okay,
bukan dia saja. Dia juga. Dia, dia, dan dia. Semua orang-orang yang aku
sayang lah senang cerita. Mereka yang aku nak luangkan masa bersama,
bersuka ria, berkongsi rasa, luahan hati atau cerita. Aku usahakan masa
dan tenaga, tak berkira duit, idea atau kata-kata, untuk mereka,
semata-mata percaya dengan membahagiakan mereka akan buat aku pun
bahagia. Mereka itulah yang kalau di laman Facebook, orang panggil
"FRIENDS", kawan.
Apa? Kau tak buat apa-apa? Kau tak kacau hubungan aku dengan mereka?
Dengar
sini, masa aku dengar cerita mereka, aku hadam dengan teliti, aku
respon berhati-hati. Nak jaga perasaan kawan adalah aku punya pegangan
diri. Tapi bila aku nak bercerita atau bergembira bersama-sama, kau jadi
orang ketiga, kau curi perhatian mereka. Kau ingat kau siapa? Tanpa
jiwa suci dan akal berisi, kau halang komunikasi, kau ganggu simpati,
kau ajak mereka lupa untuk jaga hati. Hati aku lah, jaga hati kau buat
apa!??? Kau ada hati ke?
Aku yang terhegeh-hegeh
nak bercerita, berkongsi atau bertanya? Sumpah, aku bersumpah, mereka
cari aku dulu, bukan aku cari mereka! Okay, ada
je hari aku cari mereka dulu. Ada hari mereka, ada hari kita. Bila
mereka perlukan aku, aku tolak tepi letih kaki, aku lupakan lelah
paru-paru, aku abai berat kelopak mata. Aku jimat-jimat guna tisu sebab
nak cukup duit untuk isi petrol kereta tau! Sebab nak jumpa mereka! Hei,
aku tak mati lah kalau orang tak dengar cerita aku, aku tak merana lah
kalau orang tak tolong selesaikan masalah aku, aku tak terseksa kalau
orang abai perasaan aku. ('orang' = mereka yang berkaitan SAHAJA).
Tapi yang aku tak puas hati, kawan-kawan aku tu beri perhatian lebih
pada kau berbanding aku! Mereka kawan-kawan aku, bukan kawan-kawan kau!!
Ya, kau hebat, kau punca manusia jadi serba tahu, kau
sumber manusia serba terhibur, kau penyebab manusia hebat melapor. Tapi
kau sedar tak, kau juga punca manusia belajar jadi biadap di zaman
peradaban ini! Macam mana?
Contoh, kalau aku tengah cakap dengan
Fahrin Ahmad pasal pelamin idaman dan bila Fahrin respon, aku tiba-tiba
alihkan padangan mata aku kepada Beto Khusairy, dan bercakap-cakap
dengan Beto. Kau nampak tak masalah di situ? Kalau
alih mata je mungkin tak cukup biadap. Ni si Beto duduk kat bilik lain.
Aku pergi berusaha ke bilik lain nak bercakap-cakap dengan Beto, tanya
ada rasa nak bini nombor dua tak? Fahrin terkebil-kebil lah tunggu aku
habis cakap dengan Beto. Tapi tak habis-habis. Bila kembali pada Fahrin,
aku dah buka cerita lain. Abai respon Fahrin pasal pelamin, terus
cerita pasal keropok lekor. Tanpa rasa bersalah, tanpa cakap, "Fahrin,
sorry ye, I nak jumpa Beto kejap"
Manusia normal yang
beradab sampai hati tak, nak biar Fahrin macam tu? Bukan sekali, tapi
berkali-kali? Kalau isu nak tanya Beto memang berkaitan dengan Fahrin
pasal pelamin juga, tak apa, kalau isu tak ada kaitan atau tak segera?
Aku cuma nak cakap, "Eh, Beto, dah setahun tak borak dengan kau.. apa
khabar ye? Ada filem baru?" tak memasal. Tak boleh tunggu Fahrin balik?
Biadap, kurang ajar, tiada sopan, itu kau boleh faham, kan?
Macam tu lah kawan-kawan aku, masa dating dengan aku, tiba-tiba bercakap dengan Beto, mana-mana Beto lah, dengan bantuan kau. Ya, kau!!!!
Kau yang menyebabkan kawan-kawan aku tanpa sedar hilang santun.
Tanpa rasa bersalah hilang adab.
Tanpa mohon maaf, mereka biar aku bercakap dengan bontot diorang.
Semua sebab kau.
Aku merayu.
Tolong jangan jadi orang ketiga lagi, antara aku dengan mereka.
Aku nak marah kau pun, kau bukan makan saman, telinga tak ada, apatah lagi akal dan hati.
Kawan-kawan
aku tu lah yang akan jadi mangsa bahasa kesat aku. Mulalah orang kata kat aku, "Dasar orang Melaka!" Memang, aku memang
sudi berbahasa kasar, buat apa jaga hati orang yang tak jaga perasaan
aku kan.
Paling tak kesat aku boleh bagi,
"Woi, kau nak borak dengan aku ke, nak main FB? Tau lah ada smartphone..."
"Kau nak minum dengan aku ke, nak tunjuk tab kau?"
"Kau nak jumpa aku sebab nak tunjuk sibuknya kau layan panggilan dan mesej dari handphone kau ke?"
"Aku memang jumpa kau untuk tengok kau main game kat handphone kau pun..."
Tolong jangan jarakkan hubungan aku dengan kawan-kawan aku. Tolong jangan pisahkan aku dengan kawan-kawan aku, wahai GADJET.
Apa guna kawan yang sentiasa 'like' tulisan aku, komen di blog aku, BUZZ di YM aku atau apa saja bentuk hubungan atas bantuan KAU, padahal bila tertembung di bumi nyata dia tak tatap mata aku, senyum
dengan penuh mahu apatah lagi tanya khabar dan berbual mesra. Kalau TERtembung maka mereka tak sedia menyapa, bagaimana dengan yang duduk semeja makan mee goreng mamak sama-sama tapi mata masing-masing tertumpu kepada KAU? Baik aku order mee goreng, tapau, makan kat rumah seorang diri!
Jika benar aku adalah kawan mereka seperti mereka adalah kawan-kawan aku, pulangkanlah mereka kepada aku. Atau,
aku akan redha terpelosok di meja kerja, online di hadapan komputer
riba (aku tak ada smartphone atau tab) selalu, biar kawan-kawan aku tahu
aku sihat, berjaya, sakit atau mati aku, hanya daripada status Facebook.
Jika itu yang kau dan mereka mahu.
Yang Benar,
Aku yang cemburu pada GADJET.
aku yakin aku cantik, tidak fikir celaan orang, bukan bibir sebab tertarik, tapi apa kata dikarang. Bismillah, aku pun mengarang.
Thursday, February 21, 2013
Tuesday, February 19, 2013
Seni Soal Jawab
Dengan Mak;
"Long, kita gerak pukul 2 ye?"
"Habis tu, Mama nak gerak pukul berapa?"
"Long, tak boleh ke kalau kau tak jawab soalan dengan soalan?"
"Eerrr..."
*******************************
Dengan Adik;
"Kau memang tak pernah jawab soalan Long"
"Eh ye ke?"
"Ye, dulu aku pernah kacau masa study.. aku tengok buku Matematik kau, aku tanya..."
"Long, x, y, z ni apa? Aku tau tambah tolak darab bahagi... ni simbol apa?"
"Owh, ko nak guna p, q, r pun boleh..."
"Macam tu kau jawab. Sakit hati je"
"Hahaha..."
******************************
Dengan bekas pelajar;
"Wah.. dah grad gitu.. tahniah!"
"Thanks Miss!"
"Eh, apa pasal thanks kat aku lak?"
"Miss kan tutor kitorang.. "
"Ala, entah hape-hape je aku ajar korang masa tu"
"Eh, saya ingat sampai sekarang tau apa Miss ajar"
"Apa aku ajar?"
"Labwork, pasal peti sejuk. Sampai sekarang saya ingat sebab Miss suruh saya terang kat kawan saya sampai partner saya boleh terang kat Miss. Selagi dia tak boleh jawab soalan-soalan Miss, kitorang tak boleh keluar lab"
"Laar, ye ke? hahaha..!"
******************************
Dengan junior persatuan;
"Okay, so kita nak buat slot ni macam mana?"
"Kita buat macam Kak Ain buat kat kitorang dulu la"
"Owh, Kak Ain buat kat korang dulu? Macam mana tu? Tak ingat"
"Kak Ain tanya dulu kitorang, Ice Breaking tu apa. Saya pun merepek la jawab macam-macam, Kak Ain layan je dengan soalan-soalan. Last-last baru Kak Ain bagitahu, Ice Breaking tu juga untuk buat peserta seronok, dan rasa nak stay dalam program. Sampai sekarang saya ingat."
"Hahaha, berkesan ek?Aku pun tak ingat apa aku beritahu"
"Saya rasa cara Kak Ain tanya dulu, layan, kemudian baru tambah, berkesan"
*******************************
Dengan whathisname;
"Betul ke nak kahwin dengan saya ni?"
"Dah tu, yang beli barang hantaran semalam tu, nak buat majlis kahwin dengan siapa? Posmen?"
Do I need to change anything?
"Long, kita gerak pukul 2 ye?"
"Habis tu, Mama nak gerak pukul berapa?"
"Long, tak boleh ke kalau kau tak jawab soalan dengan soalan?"
"Eerrr..."
*******************************
Dengan Adik;
"Kau memang tak pernah jawab soalan Long"
"Eh ye ke?"
"Ye, dulu aku pernah kacau masa study.. aku tengok buku Matematik kau, aku tanya..."
"Long, x, y, z ni apa? Aku tau tambah tolak darab bahagi... ni simbol apa?"
"Owh, ko nak guna p, q, r pun boleh..."
"Macam tu kau jawab. Sakit hati je"
"Hahaha..."
******************************
Dengan bekas pelajar;
"Wah.. dah grad gitu.. tahniah!"
"Thanks Miss!"
"Eh, apa pasal thanks kat aku lak?"
"Miss kan tutor kitorang.. "
"Ala, entah hape-hape je aku ajar korang masa tu"
"Eh, saya ingat sampai sekarang tau apa Miss ajar"
"Apa aku ajar?"
"Labwork, pasal peti sejuk. Sampai sekarang saya ingat sebab Miss suruh saya terang kat kawan saya sampai partner saya boleh terang kat Miss. Selagi dia tak boleh jawab soalan-soalan Miss, kitorang tak boleh keluar lab"
"Laar, ye ke? hahaha..!"
******************************
Dengan junior persatuan;
"Okay, so kita nak buat slot ni macam mana?"
"Kita buat macam Kak Ain buat kat kitorang dulu la"
"Owh, Kak Ain buat kat korang dulu? Macam mana tu? Tak ingat"
"Kak Ain tanya dulu kitorang, Ice Breaking tu apa. Saya pun merepek la jawab macam-macam, Kak Ain layan je dengan soalan-soalan. Last-last baru Kak Ain bagitahu, Ice Breaking tu juga untuk buat peserta seronok, dan rasa nak stay dalam program. Sampai sekarang saya ingat."
"Hahaha, berkesan ek?Aku pun tak ingat apa aku beritahu"
"Saya rasa cara Kak Ain tanya dulu, layan, kemudian baru tambah, berkesan"
*******************************
Dengan whathisname;
"Betul ke nak kahwin dengan saya ni?"
"Dah tu, yang beli barang hantaran semalam tu, nak buat majlis kahwin dengan siapa? Posmen?"
Do I need to change anything?
Sunday, February 3, 2013
Aku Suka Berbual Dengan Tukang Cuci
Setiap kali aku nak ke bilik aku di fakulti, ada seorang makcik tukang
cuci ni akan biasanya bertegur-sapa dengan aku.
“Baru sampai?”
Atau,
“Balik dulu makcik..”
Atau,
“Baru sampai?”
Atau,
“Balik dulu makcik..”
Atau,
“Dah makan?”
Agak-agak aku nak menjoyah lebih, aku tanya, “Bual apa tu?” kalau dia tengah berbual dengan tukang cuci lain yang berbangsa India. Makcik tu seorang je berbangsa Melayu dekat kawasan jabatan aku.
Agak-agak aku nak menjoyah lebih, aku tanya, “Bual apa tu?” kalau dia tengah berbual dengan tukang cuci lain yang berbangsa India. Makcik tu seorang je berbangsa Melayu dekat kawasan jabatan aku.
Paling seronok bila ada tukang cuci yang tegur baju aku, “Baju baru?”
atau, “Cantiknya skirt..” Ha, memang seronok lah aku singgah berbual 3, 4 minit
sebelum masuk bilik. 3, 4 minit untuk aku yang tengah terkocoh-kocoh kira lama tau. Makcik yang selalu bertegur sapa dengan aku tu siap tahu
kami ni pergi oversea ke, bila balik Malaysia, siapa pergi mana, semua dia
tanya dan dia ingat. Terharu bila pertama kali tertembung dengan dia selepas
balik dari US, dia tanya, “Eh, dah balik sini dah?"
"Rindu saya la tu!"
Terkini, minggu lepas, makcik tu
tanya, “Awak kurang makan ke sekarang?”
“Kenapa makcik?”
“Awak dah kurus”
“Eh ye ke?”
“Betul…!!! Kurus dah ni.. ingatkan kurang makan ke, makan apa-apa ubat ke..”
Tak ke gembira aku sampai seminggu sebab perbualan 2 minit tu. Memang betul, berborak dengan tukang cuci tak pernah tidak menggembirakan aku.
“Kenapa makcik?”
“Awak dah kurus”
“Eh ye ke?”
“Betul…!!! Kurus dah ni.. ingatkan kurang makan ke, makan apa-apa ubat ke..”
Tak ke gembira aku sampai seminggu sebab perbualan 2 minit tu. Memang betul, berborak dengan tukang cuci tak pernah tidak menggembirakan aku.
Aku suka berbual dengan tukang cuci!
*************************
Tahun 2006, aku menjalani Latihan Industri (LI) selama 10 minggu
di tempat kerja pilihan aku untuk melengkapkan perjuangan mendapatkan
segulung ijazah. Dah 5 tahun lebih aku dapat ijazah tu, (Ijazah Sarjana Muda
Fizik Industri) tapi kisah ni takkan aku lupa sampai bila-bila.
Aku LI di Hospital Jasin. Selaku pelajar Fizik Industri, tak tercapai dek
akal kebanyakan kakitangan hospital, kenapa aku berada di hospital untuk LI.
"Belajar Fizik? Apa awak buat kat hospital ni?"
Maka, aku pun down bila mendapat teguran sana-sini berkaitan hal ni.
Namun, sebagai remaja 19 tahun yang masih mentah dengan dunia luar, aku
terlalu comel dan naïf untuk menghadapi persoalan yang bertubi-tubi dengan nada
sinis mempersoalkan. Aku tambah stress bila aku rasa mereka tak tahu nak bagi
aku kerja apa, dan aku bosan. Aku bosan, lalu terasa tindakan yang diambil salah dan
benci dengan semua orang di hospital sampai aku SMS seorang pensyarah Bahasa Inggeris, Mr Affandy, di
UTM (sebab dialah yang beri nasihat LI yang tukar-tukar unit macam yang aku
pilih), beritahu dia, aku putus asa selepas 3 minggu. Aku nak drop LI. Nak buat
lain tahun depan.
Dia jawab,
"Be a sponge (bukan spongebob). Ikut persekitaran, cuba bergaul dengan
orang lain sebaik-baiknya. Bila kita rasa happy, orang senangi kita, kita
senang nak sampaikan idea dan lebih termotivasi untuk terus berusaha habiskan
LI, juga masa kerja nanti. Awak boleh mulakan dengan, pergi berborak dengan
tukang kebun atau tukang cuci. Kalau tak berjaya, beritahu saya."
Lebih kurang macam tu lah ayatnya. Dan keesokkannya, azam baru aku, nak
borak dengan tukang kebun atau tukang cuci.
Okay, aku skip cerita tukang kebun walaupun kisahnya amat menarik.
Esok, aku cari tukang cuci . Nasib aku malang sebab aku tak tahu
bahasa Tamil. Kebanyakan tukang cuci di Hospital Jasin masa tu adalah dari negara India yang tak tahu cakap Melayu. Jadi, aku gunakan kemahiran bahasa tubuh aku.
Selepas beberapa kali perbualan singkat, mereka dah tahu tiga perkataan iaitu,
makan, belum, sudah, dan kenyang. Sebab bila jumpa je, aku akan tanya, “dah makan?”
dengan gaya menyuap oleh tangan. Dan aku ajar sudah atau belum dengan angguk
atau geleng. Esoknya, merekanampak aku takkan tanya soalan lain melainkan,
“Makan?” dan aku tambah, “dah, kenyang”
Lama-lama kami berbual lama, sampai makcik tukang cuci ada yang bawa
muruku khas untuk aku. Terharu okay!
Siapa kata bahasa penghalang komunikasi insan?
Dan pejam celik pejam celik, aku berjaya selesaikan 10 minggu LI aku,
dan aku belajar banyak benda sebab aku bukan saja dapat menyertai unit
Kejuruteraan, Makmal dan Radiografi, malah aku dibenarkan bekerja (kerja tak
kerja sangatlah…) dengan Unit IT, Unit Rekod, Unit Pentadbiran, Unit Kecemasan,
Wad-wad dan kerja-kerja rencam termasuklah buat slide presentation untuk
doktor. Semakin hari semakin berguna aku rasa diri ini. Nasib baik aku tak jadi
putus asa. Nasib baik titik tolak tak putus asanya adalah, bercakap dengan tukang kebun dan tukang cuci.
Sejak dari itu, aku pegang ketat-ketat, bercakap lah dengan tukang cuci,
nescaya aku akan gembira hehehe..
***********************
Ada juga seorang tukang cuci, masa zaman aku undergraduate (2004-2007), dia bertugas di kolej kediaman aku dan kawan-kawan. Dia ramah. Paling seronok bila dia bawa kuih koci labu. Pergh! Terbaik.
Siap pernah datang raya kot.
Aku nak kongsi, satu hari, aku dan kawan aku jumpa dia, beritahu yang kami nak sambung belajar kat luar negara. Apa yang mengharukan ialah, semasa salam, nak babai, dia peluk, nasihat-nasihat dan dia nangis. DIA NANGIS! Aku pun nangis lah =(
Alamak, tiba-tiba rindu Makcik Midah ni. Mana mau cari dia ni. Huhuhu.. Dia dah tak kerja kat kolej kediaman tu lagi dah.
***********************
Tukang-tukang cuci ni menggembirakan aku. Aku suka berbual dengan tukang cuci =)
Semoga orang lain pun amat suka berbual dengan aku (",)
Tukang-tukang cuci ni menggembirakan aku. Aku suka berbual dengan tukang cuci =)
Semoga orang lain pun amat suka berbual dengan aku (",)
Subscribe to:
Posts (Atom)