Aku pernah terlalu mencinta. Mudah kulafaz sayang, mudah
kuzahir kasih, mudah kukorban semuanya. Seakan tak percaya, pernah kubuang malu
kerana merayu jangan tinggalkan aku. Tetapi hidup bahagia selamanya bukan
penghabis kisah dia dan aku. Tipu kalau tak pilu. Namun benar aku tak kesal.
Aku belajar, kerana harapan terlalu menggunung, sakit dek jatuh lebih derita.Nasib baik, aku tak terus dilanda lara, ada penyelamat datang menawarkan cinta.
Aku belajar, kerana harapan terlalu menggunung, sakit dek jatuh lebih derita.Nasib baik, aku tak terus dilanda lara, ada penyelamat datang menawarkan cinta.
Kali ini kupilih sederhana. Kusambut risikan kasih, walaupun
suka belum tersemat dan mahu belum terpahat. Perlahan-lahan kusemai rasa suka,
kubaja rasa sayang. Kucuba sederhana zahirkan sayang, tapi malangnyanya dia tak
percaya aku berusaha cinta. Kuperam cinta sejati menanti ijab kabul, tapi sayangnya
dia ragui aku sedia. Kutarik tak kuat, tak pula kulepas, tapi padahnya dia tak pegang
erat tali janji setia.
Terlalu cinta bawa padah. Namun, sederhana cinta juga bikin
susah.
Lalu pendengar setia tawar mengubat luka. Dek jujur
bercerita, kukongsi sejarah bersemadi, kuluah takut di hati, kucuba jawab “tak sudi”.
Dia keras hati dan terlalu bijak memahami, sabar dia yakinkan aku yang kami
mendewasa. Dia pujuk percaya cinta lagi,
dia tebarkan permaidani jelas menuju bahagia. Aku akur, aku cuba lagi.
Setelah rasa serik aku padam, harapan mula kusulam, tiba-tiba dia lelah. Perlahan-lahan dia undur diri, tak mampu komited alasan diberi. Dia akui rasa bersalah tetapi tak mampu berkasih sehingga satu hari nanti. Aku lupa cara membenci, aku tak terfikir untuk memaki. Mungkin parut dah tebal, maka luka sikit tak rasa sakit.

Seakan tabah namun keliru dan hati membatu.
Lebih baik kutebar kata sayang walau tiada cinta.
Lebih bahagia kuangankan
kasih yang kutahu mustahil.
Lebih baik kuleka bercanda buat teman-teman ketawa
tak henti.
Daripada berharap dan mencuba lagi, tiada jaminan dan yakin diri.
Buat apa ditekun dunia serius andai permainan lebih menghiburkan
diri?
Buat apa diteliti hidup hakiki andai yang benar selalu menyakiti?
Buat
apa perlu berhenti berfantasi andai
mampu beri bahagia di hati?
Perlukah aku bangun dari mimpi indah untuk menghadapi realiti
tak pasti?
*Mode : Aku memang suka berangan, lalalala~
No comments:
Post a Comment