“Adik ada kawan-kawan mau jual iPad second hand?”
“Ada kawan jual handphone, tak pasti ada iPad second hand
tak. Nanti kalau ada, saya beritahu ya?”
“Okay, terima kasih ya adik. Mau beli yang baru, seribu lebih, kan?”
“Memang mahal, tapi saya tak tahu harga…”
“Tu la, kakak mau beli yang second hand saja. Untuk anak”
“Okay, terima kasih ya adik. Mau beli yang baru, seribu lebih, kan?”
“Memang mahal, tapi saya tak tahu harga…”
“Tu la, kakak mau beli yang second hand saja. Untuk anak”
“Owh, okay, nanti saya tanyakan kawan-kawan ya”, aku cuba
mematikan perbualan. Lebih-lebih lagi aku mahu menahan tekanan yang diberinya
dek tangan dan jari-jemari, kakak si tukang urut berasal dari Bali, Indonesia
itu.
“Kakak tak tahu pasal iPad ni, tapi anak kakak kasitau, nak
guna untuk belajar. Apa benar iPad boleh guna untuk belajar? Bukan game saja?”
Dalam hati aku, ‘hurm, banyak game daripada untuk belajar
kot kalau budak-budak minta iPad ni. Berapa sangat lah yang maknya dapat dengan
menjadi tukang urut di sebuah spa untuk dibazirkan dengan iPad?’
“katanya, kawan-kawan semua sudah ada iPad buat belajar. Mak tak kasihan sama adik?, katanya”
“owh, ada boleh guna untuk belajar. Saya sekarang ajar tusyen pun, budak-budak suka kalau guna komputer nampaknya”, kenapa entah aku sokong anak akak tu kan.
“Owh, iya? Kakak tak tahu komputer-komputer ini. Itu tanya adik. Kasihan anak kakak”
Itulah kasih seorang ibu. Berusaha memberi apa saja keperluan seorang anak, walaupun diri sendiri kurang daripada mampu, kurang daripada tahu. Yang penting, demimu anakku.
“katanya, kawan-kawan semua sudah ada iPad buat belajar. Mak tak kasihan sama adik?, katanya”
“owh, ada boleh guna untuk belajar. Saya sekarang ajar tusyen pun, budak-budak suka kalau guna komputer nampaknya”, kenapa entah aku sokong anak akak tu kan.
“Owh, iya? Kakak tak tahu komputer-komputer ini. Itu tanya adik. Kasihan anak kakak”
Itulah kasih seorang ibu. Berusaha memberi apa saja keperluan seorang anak, walaupun diri sendiri kurang daripada mampu, kurang daripada tahu. Yang penting, demimu anakku.
**************
“Anak akak ni lain sikit. Dia.. hurm..”
Seorang ibu, mula membuka perihal anaknya berumur 8 tahun kepada bakal tutor anaknya bersama-sama agen tutor.
Seorang ibu, mula membuka perihal anaknya berumur 8 tahun kepada bakal tutor anaknya bersama-sama agen tutor.
“Dia tak pandai membaca sangat. Atas dia semua bagus. Kakak
dia 5A UPSR. Yang dia ni lain sikit. Belajar main-main. Memang hilang sabar
dibuatnya akak kalau layan dia buat homework. Inikan nak belajar”
Bagaimana buruk pun seorang anak, takkan lekang dari bibir
seorang ibu kebaikan anak tersebut, lalu si ibu menambah, “Tapi matematik dia
pandai. Cekap”
“Kita cuba dulu ya kak, satu bulan, seminggu sekali. Kita tengok keserasian tutor dengan anak akak”, pujuk agen ditambah dengan anggukan meyakinkan bakal tutor.
“Kalau bandingkan dengan budak-budak umur dia, dia memang jauh tinggal kat belakang lah. Entah lah, tak tahu kenapa macam tu. Kakak dia pun tak sanggup ajar dia. Dia punya nakal…”, sambung ibu berkerjaya itu, dengan muka masam mencuka. Pada mulanya muka yang kutafsir sebagai mempersoalkan kemampuan aku menjadi tutor anaknya telah aku perlahan-lahan tafsir sebagai muka ibu bertanggungjawab yang amat risau.
Setelah ada persetujuan, si ibu risau yang cuba memberikan
yang terbaik buat si anak berlalu, agen tutor mengulas, “Ain, cuba ya, kita
cuba tolong akak tu dan anak dia. Yang paling penting, kita cuba hilangkan
kerisauan akak tu. Kita tolong anak dia”
Aku balik dengan takut tak mampu atau semangat membantu, itu
tak penting. Yang penting, “macam tu rupanya seorang ibu yang risaukan anak…”
**********************
“Wah… dah kurus kau ek!!! Makin lama makin cantik lah
nanti!!!”
Teruja saudara-mara jumpa gadis 19 tahun yang pulang ke kampung selepas beberapa minggu si gadis itu merantau nun jauh ke Kedah. Perantauan demi satu tangga pendidikan adalah perkara baru bagi keluarga yang anak-anaknya belum pernah keluar dari Melaka itu. Susutnya tubuh badan mungkin kerana jadual belajar yang tersusun maka cantiklah diet dan aktiviti fizikalnya, membuatkan saudara-mara menegur dengan bangga. Si gadis senyum puas hati, ‘yeah!!! Orang nampak aku makin kurus!’, mungkin katanya dalam hati.
Aku ke dapur, mencari mak si gadis. Ada makanan dari dapur
yang aku boleh tolong bawa ke ruang tamu agaknya. “MAKLONG!!!! Masak apa…!!???”
Tanpa pantas menoleh atau disahut dengan suara lantang seperti biasa, Maklong cuma
diam. Pandang kuali, membelakangkan aku.
“Maklong??”
“Agaknya anak aku tu tak cukup duit gi belajar kat Kedah tu. Sampai kurang makan. Tu sebab dia kurus”, Maklong kesat air mata.
Satu rumah kecoh dek gembira turunnya berat badan anak sulung Maklong, Maklong boleh sebak kerana risaukan anaknya lapar, jauh dari matanya.
Macam mana berdensing pun telinga dengan bebelan si ibu,
cubalah dengar kata-katanya yang tak sampai ke telinga kita. Tiada maksud lain
di sebalik kata-kata hati seorang ibu jika bukan risaukan anaknya.
************************
“Once we are a mother, we will be always a mother. No matter
how old our children are, we will still try our best to protect them as they
are our small children. Macam dulu, anak saya putus tunang, masa dia beritahu
saya, dia kata dia okay, dia okay.. Saya yang risau. Saya yang menangis. Saya
kesian sangat kat anak saya tu”, kongsi seorang ibu, juga seorang pensyarah di
bilik aktiviti jabatan, sambil kami minum petang.
Mama,
Mungkin Ain hanya akan mampu dengar kata-kata dari lidah
Mama, tak mampu Ain dengar kata-kata dari hati Mama, di belakang Ain. Tapi Ain
percaya, semua kata-kata ibu-ibu yang Ain jumpa tu juga adalah kata-kata dari
hati Mama.
Macam mana Allah sampaikan isi hati Mama pada Ain melalui lidah
orang lain atau pengalaman hidup Ain, Ain harap macam tu lah Allah sampaikan
isi hati Ain pada Mama melalui cara lain, walaupun bukan dengan lidah Ain.
Sebab lidah Ain yang tak romantik ni memang guna untuk sakitkan hati orang je.
*Seorang kawan pernah pesan dengan serius, “Ain, seronok tau
kalau kita tunjukkan kasih sayang…”.
I do it my way =)
I do it my way =)
2 comments:
suka tau buat entry sedih medih nih tau...
ala.. takmu sedih medih sorang-sorang.. tulis kat sini, sekurangnya confirm kak aina sedih medih sama :)
Post a Comment