Sunday, May 19, 2013

Sakit 'Menjaga' Kawan ; Sabar



Leceh nak cari kawan untuk teman makan?
Malas nak jadi ketua untuk rancang aktiviti bersuka ria di hujung minggu?
Susah ajak dan tunggu orang meneman, baik window shopping seorang diri?

**********************

“Ain, kau je la yang plan. Bila kita nak jumpa, kat mana, nak buat aktiviti apa…”
“Haaa..  aku lagi...!! Last time pun aku yang mengajak, takkan aku lagi. Penat la wei…Ingat aku tak de kerja lain?”
“Alaaaa.. aku bukan tak nak buat. Tapi aku pernah plan dan ajak haritu kan? Plan gagal kan? Tapi bila kau yang plan mesti jadi. Boleh lah Ain, plan la… Please…”

Macam mana longkang pun mulut aku, mulut ini juga la menjawab, “Ye lah, ye lah..”
Bukan sekali, bukan dua kali, tapi dah banyak kali, terjadi… 
(Nyanyi dengan melodi rangkap akhir lagu Pada Syurga Di Wajahmu) =p

“Eh, you memang event planner yang bagus lah Ain. Memang kena you juga yang bersuara baru aktiviti kita jalan! Nak harap si A tu.. Huh!”

Haaa.. yo lah.. korang sebenarnya malas kan? Tahu nak jadi VIP je, dijemput, beri kata putus dan ENJOY! Aku pula nak jadi event manager tak bergaji korang, kan? Aku teringin gak nak jadi VIP! Nak gak jadi orang yang leceh dengan jawapan-jawapan seperti;

“Esok? Lusa tak boleh ke? Aku takut tak free la esok”
“Kita nak makan kat mana? Lepak kat mana? Wei, aku tengah pokai sekarang ni. Kalau makan RM 5 boleh lah…”
“Ala!!! Bestnya!! Tapi, siapa lagi pergi? Kalau XYZ ada, aku tak nak ikut…”
“Aku boleh join, tapi pukul 9.30 malam. Kat mana nak jumpa korang? Aku tak tahu jalan”
Dan sebagainya.

Itukah suara yang menjerit-jerit dalam hati aku?
Kalau rasa macam dah lama tak berbual mesra, setakat taip dekat wall Facebook, “Korang!! Rindu korang!! Lama tak jumpa, ada banyak benda nak tanya dan cerita ni!!!”, memang sampai situ je la korang punya ‘caring’ tu. Nak tunjuk jaga kawan konon...

Usaha lah lebih sikit! Bukan susah sangat pun, kalau kedekut nak SMS atau telefon (ya, aku belum guna smartphone), hantar la private message via Facebook, “Woi! Lama tak dengar cerita. Minggu ni jumpa jom. Goreng pisang kat belakang pasar taman U lepas pukul 5 atau lunch kat Mak Jah dalam UTM, Selasa atau Rabu? Kita berdua atau ajak FFF dan GGG?”

Haaa.. itu salah satu tips, bagi pilihan sikit untuk kawan-kawan yang sibuk atau leceh. Padat. Pantas. Susah sangat ke? Kalau betul-betul nak jumpa kawan la... Kalau tak nak, duduk la kau kat bilik kau refresh Facebook kau selang sejam.

Hakikatnya, baru je dua minggu lepas, mak aku pesan,
"Selagi ada daya dan masa, kawan panggil, datang. Kawan susah, tolong. Ingat tu..."

Aku pegang sejak tazkirah di surau MRSM Jasin, tahun 2002 dulu, "Antara kebahagian yang sangat bahagia adalah apabila kita membahagiakan orang lain".

Tapi ada masa, aku manusia biasa yang tak lepas dari terasa hati, putus asa atau kecewa ini kadang-kadang seolah-olah serik menjadi manusia yang mahukan manusia. Letih melayan dan berusaha menjaga hati orang lain, apatah lagi menggembirakan hati orang. LECEH!

Baik sendiri-sendiri lah macam ni! Tak payah susah-susah memeriahkan perhubungan! Mereka usaha sedikit, kenapa mesti aku usaha lebih?

Sedang aku baca Di Hamparan Shamrock, aku jumpa ini;
Hadis daripada Ibn Umar r.a menyebut, “Seorang Mukmin yang bergaul dengan orang ramai dan bersabar di atas kesakitan yang timbul akibat pergaulan itu, adalah lebih baik daripada seorang Mukmin yang tidak bercampur-gaul dengan orang ramai dan tidak sabar di atas kesakitan akibat pergaulan itu, (Riwayat Tirmizi dan Majah)

GLUP!

Ya Allah, ampunkan hamba-Mu ini, yang terlupa bersyukur dengan nikmat bergaul itu.
Semoga kita sabar di atas kesakitan yang timbul akibat pergaulan sesama manusia.
Kerana kalam Dia juga boleh sampai melalui lidah mereka.

No comments: