Tuesday, April 23, 2013

Ain Jadi Rana

"Long, balik kampung nanti pilihan raya kan?"
"Ha ah, balik... kenapa?"
"Kau kene antau nenek, mama, dak iqa.. Papa tak boleh.."
"Eh? Yeke?"
"Ye, sebab bapak kau ngundi tempat lain.... ni lain-lain tempat mengundi ni, memang kelam kabut lah kalau sorang je nak antau"
"Haaa.. ye ye, ain balik.. boleh.."
"Bawa kereta ke? Tapi kalau kau malas drive, naik bas je pun tak apa la.. kita tengok macam mana.."

Eleh.. dah dengan semangat suruh aku hantar dia ke sana ke mari, tiba-tiba buat ayat macam tu pulak..

"Ye la ye la.. Ain balik bawa kereta..."
"Haaa.. bagus.. kau jadi rana..."
"Haa? Rana? Apa tu?"
"Ala.. kalau ke hulu ke hilir, buat kerja sana, orang panggil sini, suruh ke sana.. rana la tu.."
"HAHAHA!"
"Apa pasal kau ketawa?"
"Ma tau tak, dalam bahasa Inggeris, kita panggil runner?"
"Owh, ada ek bahasa Inggeris.. Ni aku bagitau kau bahasa Melayu dia... RANA...!!! "
"HAHAHAHA...!!!!" tak sempat aku tarik nafas sambung ketawa, dia sambung dengan serius,
"Ejaan dia, R, A, N, A, RANA...!!!"

"Ye, ye.. Ma.. Ain jadi Rana masa pilihan raya nanti.. "


3 comments:

NuRuL AiNA said...

wow semangat semua nak ngundi.

tetiba nak tanya undi anda rahsia ke tak? hihihihi

well skang ni tag line undi adalah rahsia tu macam dah tak relevan..

sedih tgk politik kite..masih tak matang.

ayen =D said...

semangat2.. bak kata mak, 5 tahun sekali tu!!!

undi saya rahsia.. HAHAHAHA...

politik hanyalah bidang tanpa nyawa dan rasa, manusia yang memilih untuk matang atau tak :) Just my two cents

NuRuL AiNA said...

oo.. mmg orangnye tak matang, bukan politik itu sendiri haha

mencikla tulis komen orang pandai bahasa nih hihihi