Friday, April 19, 2013

Bagusnya Tonton "Undercover Boss"... dan Syok!!!

** Perhatian : Tulisan ini panjang (",) Kalau rasa tak bersedia, better stop now =)


Aku suka tonton rancangan realiti TV "Undercover Boss"

Apa yang buat aku serta-merta menulis sejurus selepas tamat rancangan ni ialah, aku menangis! Over tau, macam tengok cerita hindustan kan.. Aku hati tisu tau! Eh, chop, semua orang tahu ke Undercover Boss ni rancangan apa? Kalau rancangan realiti cari penyanyi, pelawak, penari, senang orang tahu, kan??

Dengan bangga dirinya, aku kongsikan, Undercover Boss ni satu rancangan realiti di Amerika Syarikat (yang aku tengok la. Originated from UK rasanya) yang bosnya (biasanya CEO) akan menyamar jadi orang lain dan ‘bekerja’ bersama-sama pekerja bawahannya. Haaa.. Cuba bayangkan, DS Najib menyamar jadi kerani baru di pejabat kerajaan, kerja bersama staf pejabat yang lain..  Haaa.. macam tu lah! Nice!

Yang aku baru tengok ni, syarikat Lucky Strike. Bos menyamar jadi beberapa jawatan. Ada jadi tukang tolong promosi. Dia jumpa seorang pekerja yang biasa pakai maskot pin bowling. Eh, jap, Lucky Strike tu, syarikat yang jalankan perniagaan bowling. 
 
 
Maaflah, aku biasa main mesti strike, jadi bila tulis Lucky Strike tadi, aku fikir semua orang tahu aku tulis pasal syarikat bowling. Okay, aku tipu, aku tak pakar main bowling. Lalala.. Berbalik kepada cerita maskot, si Bos ni belajar cara jadi maskot daripada pekerja tu. Aku suka cara pekerja tu bagi semangat kat Bos (di mata pekerja tu, Bos adalah pekerja baru yang… TUA!). Pekerja tu sangat positif dan teman Bos di persembahannya, berjalan-jalan di khalayak ramai dalam maskot. Kelakar bila tengok CEO lompat-lompat dalam maskot pin. COMEL!
 

Lepas tu, Bos jadi pekerja baru di bar. Tempat bowling mereka ada bar. Pekerja perempuan yang ditugaskan ajar Bos sangat cantik. Dia bercakap dengan Bos sambil buat kerja, sangat hebat. Paling menarik, bila Bos buat-buat (atau mungkin betul-betul) jatuhkan air Coke dari dulang yang di bawa, tumpah depan pelanggan. Dalam hati aku, “Alamak, apa pekerja perempuan tu nak buat?”. Perkara pertama dia cakap, “it is okay, it is okay…”, dia teman Bos kutip dan lap yang tumpah selepas cakap “sorry, he is new” kepada pelanggan. Pelanggan dah buat muka dekat meja snooker (ya, ada bowling, ada bar, ada snooker). Entah, aku rasa sangat terharu dengan pekerja perempuan tu menenangkan Bos.

Bos kemudian tanya, “How can I work like you? A lot of people, noisy, and you still can be focus, fast…” Pekerja perempuan tu jawab, “I work here for years..”. “Owh, practice?”. “Yes…”. Dia tenangkan Bos dan ajak Bos rehat, makan. Sambil berbual-bual, Bos tanya beberapa soalan. Entah macam mana, sambil lalu je pekerja perempuan tu boleh cakap, “My parents divorced”. Satu yang aku kagum dengan orang Amerika ni, mereka sangat sudi berkongsi. Dan Bos jawab, “Owh, that is hard, right?”.  Mereka berbual sambil kerja tau. Bukan tinggalkan pejabat keluar minum satu jam orang cari tak jumpa-jumpa. Huh!

Masa makan, mereka hanya meriba dulang yang berisi air dan burger, duduk di ala-ala bangku. Mereka duduk di satu sudut yang tempat lalu-lalang orang ke dapur. “Yeah, I wish I have a table to put my food”, kata pekerja perempuan tu. Itu yang menariknya rancangan Undercover Boss. Bos boleh tahu secara terus masalah yang macam kecil, tapi kalau diselesaikan akan buat pekerja bertambah gembira.

Dan sepanjang aku tengok rancangan ni, aku sedar dan aku akui betapa hebatnya budi bahasa orang Amerika ni. Contoh, Bos juga pergi ke bahagian belakang pin bowling, yang penuh dengan mesin untuk kutip dan susun pin bowling (aku sangat teruja okay tengok part ni, baru tahu macam mana mesin tu susun pin-pin). 


Bos konon-konon jadi pekerja baru bahagian penyelenggaraan mesin. Mekanik sedia ada nampak stressnya sebab, Hello… CEO kot… kau suruh pegang spanar, minyak pelincir, memang kekok lah. Tua pulak tu. Tapi bahasa mekanik itu sangat baik. Contoh, bila Bos tergunakan tuala tangan untuk lap mesin, dia tak cakap, “Eh, jangan lap mesin guna tuala tu!” Tapi dia cakap, “For your information, we don’t clean the machine using the hand towel”, and they laugh. 

Mestilah ada kamera untuk rakam rancangan ini, kan? Ada yang tersembunyi, ada yang tidak (mengikut pengamatan aku lah) Untuk yang tidak, pekerja tu ada ditemuramah secara sendiri. “Huh.. I think he doesn’t have any idea about the toolbox…” sambil buat muka pelik. Kalau aku lah, dah hilang sabar, “Kau spanar tak kenal, macam mana kau leh dapat kerja mekanik ni??” hehehe..

Habis seminggu penyamaran, Bos buat boardmeeting dan bincang segala masalah yang perlu diselesaikan. Dia bagi arahan kepada para pengurus (manager) untuk buat itu dan ini. Wow!! Manager tak mampu bela diri dah sebab, hello.. CEO sendiri dah mengalaminya, cayo lah cakap den… Den kato buek, buek la yo… Buek bilik rehat dengan meja makan untuk pekerja…!!! Dan blah blah blah...

Slot seterusnya, dia panggil seorang demi seorang pekerja yang telibat sepanjang penyamaran. “Hey!!! I think we met before!! WOW! You cut your hair!!”, pekerja perempuan tu belum perasan. Cuma rambut palsu yang dah tak ada saje dia perasan. “Do you know me?”
Seorang demi seorang menyaksikan, “I am the CEO”

“OMG! OMG!!!!”
“No way….!!!! HAHAHAHA….!!! I put you in the Mr. Pin suit!! Hahaha!!!”, Mr. Pin adalah maskot Lucky Strike.
“We are in Undercover Boss”
Macam ala-ala, “anda terkena panggilan hangit!!!” atau, “BANG, BANG BOOM!!!”
Tapi, jauh lebih ilmiah lah. Tak lah lagha sangat. Errm..

Okay, di sinilah bahagian yang menyentuh perasaan. Bos dok cakap segala apa yang dia belajar, hargai sepanjang bekerja dengan mereka.. seorang demi seorang. Mau tak pekerja yang kena puji dan dihargai CEO cair. Muka ganas-ganas pun, terutama mekanik tu, terus mengalir air mata, tak mampu kata apa-apa bila dia naik pangkat jadi ketua mekanik! Masa penyamaran, Bos ada tanya dia, macam mana dia boleh kerja kat sini. Dia jawab, sebab ayah dia. Dari kecik ayah dia ajar dia tiga benda. Belajar, kerja, bowling. Hehehe.. Jadi, Bos tanya, apa ayah dia akan cakap bila dapat tahu dia naik pangkat ni. Dengan sebak dia jawab, “He will be very proud of me”. Dan adalah sesi dengan pekerja-pekerja lain. Sob sob.. touching.. 

Akhir sekali, ada perjumpaan terbuka CEO dengan semua pekerja. Pekerja semua berdiri je. Kalau nak duduk, mau dewan perlu besar giler untuk susun kerusi, kan? Buat ala-ala GIG gitu. Kalau kat Malaysia, perjumpaan dengan CEO, harus ada kerusi, ada jamuan. Kan? Apa aku belajar dari orang Amerika ni, “simple but efficient”. Dia paparkan sedutan penyamaran Bos. Ketawa satu dewan. Dan bila CEO berucap, ucapan yang sangat berkarisma, hebat, dan rendah diri. Para pekerja menangis! Bila dia cakap, “we work for people, we are here to make people happy”, dia sebak, okay, meletus tangisan… Dan disambut dengan tepukan gemuruh satu dewan. Tak ke sangat berguna masa yang aku luangkan menonton rancangan realiti TV macam ni???

Apa lagi yang mampu aku belajar, selain daripada yang terselit dalam penceritaan aku di atas;
  1.  Bila kita kurangkan gap dengan orang bawahan kita, kita akan dapat lebih memahami keperluan mereka dan mampu beri yang lebih baik. Baik untuk mereka, dan kita. Kita tu tak semestinya Bos. Pensyarah, cikgu, pemimpin persatuan, peniaga, ayah, mak, kakak, abang…?
  2. Pimpinlah orang yang dambakan tunjuk ajar dengan penuh sabar dan bahasa yang terbaik. Itulah ujian yang besar buat kita yang mampu ubah hidup @ pandangan orang yang dipimpin. Mungkin hasil pimpinan kita tu mampu melahirkan orang yang baik, atau jahat. Kita yang bertanggungjawab 
  3.  Orang kata orang Melayu kaya budi bahasa. Ya, dulu, masa penuh pantun dan peribahasa yang tinggi, halus dan berisi hebat. Sekarang?? Belajar lah perhalusi bahasa. Bahasa memang sekadar medium penyampai, tapi bahasa mampu membangunkan jiwa atau memusnahkan hati. Kita yang pilih. 
  4.   Percayalah, ayat-ayat Allah tu bukan saja ada dalam al-Quran, tapi di setiap ciptaan-Nya. Orang di sekeliling kita ada ‘mesej’ dari Dia. Kita lah yang perlu memandang dengan mata hamba, agar setiap kata dan laku dapat redha-Nya.
Tata!!!!
Lelaki kacak ni ajar Bos cara sediakan minuman tu. Lepas beberapa pelanggan dilayan, penyelia tak puas hati dengan cara kerja Bos (cara tuang air tu buat air tu kurang gas.. kot), lalu penyelia jumpa lelaki kacak ni dah cakap, "I know you already trained him very well, but I can see that he is doing it wrongly. Could you please help him?". Cantik kan bahasanya?

*Tak dinafikan ada episod yang bahasa kurang cantik dan pekerja jadi bengang. Lain kali aku kongsikan :)


2 comments:

MrsNotSoCool said...

hehehe.. bestnye, tonton cerita ini di mana yer? (formal gile bahasa)

kalau company besar macam ni, normally mmg orang bawah tak kenal CEO. hehe tapi kalau PM buat mcm ni confirm confirm ramai kipas bontot bagai kan? unless totally berubah die menyamar tuh. (mode: membayangkan)

1st job with US company: heaven. bile buat salah, malu sendiri tak nak buat dah
2nd job, shareholder perancis company, diseliakan oleh CEO haprak: mode..down nak keje sungguh2.. ada keje kosong tak? :)

ayen =D said...

dok johor, dapat siaran singapura, kak. Jadi, channel 5 tu. mediacorp namanya. tengok tv malaysia lately banyak buat ketawa geli hati @ tension dgn jalan cerita bangang je.. atau iklan dan iklan dan lagu2 PRU lebih haha

diorang mmg tak kenal CEO tu satu kelebihan untuk rancangan ni. tapi memang diorang makeup2 sikit gak dan duduk kat hotel sminggu tu supaya penyamaran berjaya.

klu bos2 kita (or PM, or NC) nak buat, pun boleh!! Hehehe..

kan, rasanya american ni ada cara sendiri dalam menegur.. feedback and motivate.. :)