Wednesday, April 17, 2013

Bahagia Mendosa

Apa guna diselongkar sakit silam
Kalau ada hiburan semasa yang mampu cetus ketawa
Apa guna diingat kenangan indah masa lampau
Kalau ada laku semasa yang mampu cetus jaya

Tak perlu tegang urat leher
Berbahas di mahkamah masa lepas
Jika sah tertuduh telah dihukum
Tertuduh yang bukan semestinya pesalah
Yang meratah hati dalam senyum
Yang merawat pedih sambil ketawa

Kalau senyum itu ditafsir sebagai bahagia mendosa
Ketawa itu pula diterjemah sebagai lupa sengsara
Malas kutabur hujah untuk ubah simpul kata manusia

Biar menitis darah kubiar tak berbalut
Biar tempang kulari kejar cita dan cinta
Asalkan manusia tak menangis dek simpati
Asalkan manusia lega menyangka aku tabah hati

Aku mahu bahagia
Tapi aku lebih mahu mereka gembira
Cukuplah aku ada Dia, Al-'Alim, Al-Hakam

No comments: