Kita dapat apa yang kita perlu. Mungkin kita tak suka, mungkin kita tak mahu.
*****
"Ain, awak tu yang saya kenal, suka luang masa dengan kawan. Cuba awak makan tanpa kawan, saya pasti awak tu ada lebih banyak masa, lebih banyak kerja boleh siap", nasihat Encik Supervisor. Bukan sekali, bukan dua kali. Lebih.
"Saya dulu nak siapkan PhD saya, saya kurung diri saya dalam bilik, tak jumpa orang. Makan seorang diri ini cepat, berbanding dengan kawan", dia cuba kongsi tips. Aku dengar sebagai hukuman.
Mula-mula aku angguk tanpa setuju dalam hati. Lama-lama aku melawan, "Saya tak boleh makan seorang-seorang lah, Doktor! Rasa sedih!"
Aku pernah rasakan mustahil untuk aku duduk seorang diri untuk makan.
Bagi aku, kalau seorang diri, lebih baik aku makan di rumah atau dalam
pejabat, depan laptop. Aku pernah cuba makan seorang kat luar, aku rasa
janggal sekali. Sampai aku pergi beli majalah semata-mata nak ada
aktiviti selain daripada makan di kedai makan tu dan elak rasa... eerr.. lonely? Kenapa janggal? Sebab
bagi aku, kalau aku makan kat luar, aku perlu ada teman untuk bercakap.
Aku rasa aku loser kalau aku tak bercakap dalam satu-satu jam. Apatah lagi dalam satu-satu hari!
Bulan puasa, aku lagi lah teruja nak berbuka puasa dengan orang itu, orang ini. Bukankah keseronokan berpuasa tu antaranya ialah ketika berbuka puasa? Kongsi keseronokan tu dengan kawan, tak ke lagi syok? Ironinya, Ramadhan kali ini, aku berkali-kali kecil hati; bila beberapa orang, beberapa kali, gagal melaksanakan date dengan aku. Lebih syahdu, itu pun lepas aku yang follow up. Kalau tak, mereka tak ada rasa bertanggungjawab nak roger minta maaf dulu kat aku terpaksa tak jadi. Hurm, mungkin bagi mereka MOU belum ditandatangan?
Selepas beberapa kali jadi macam ni, aku berikrar dengan penuh takbur; "Haaa aku dah malas dah nak roger member ajak makan, ajak jumpa. Mana member yang betul-betul nak jumpa aku, biar diorang yang roger aku."
Hakikatnya, bila aku mula ikrar tersebut, semakin aku kecewa sebab benar, tiada orang yang roger aku, melainkan yang betul-betul dekat, atau ada aktiviti bersama menyambil. Kalau dulu, apa saja langkah aku, ke mana saja aku makan, mesti ada sekurang-kurangnya seorang tahu aku di mana, dengan siapa. Tapi sekarang, kalau aku pengsan dalam kereta dekat tempat letak kereta Sutera Mall pun tak ada orang tahu. Huh..
******
Dalam aku meratapi kesunyian aku, aku tiba-tiba teringat, yang aku sebenarnya diselubungi bermacam-macam kerja yang tak siap. Tulis tesis, tulis novel, tulis blog, tulis laporan itu ini, tulis emel itu ini dan.. eh, nampaknya, semua acara tulis-menulislah! Dan, acara menulis tersebut hanya aku boleh buat tanpa bercakap dengan sesiapa. Perlu fokus! AH HA....!!!
Maka, 'hilang'nya manusia untuk aku bercakap dalam hidup aku sejak dua menjak ini bukanlah 'ditariknya' nikmat bersosial daripada aku, tapi aku diberi KURNIA, untuk membantu aku selesaikan amanah-amanah aku tu!
Teringat aku dengan cerita seorang kawan, yang ke pantai Desaru seorang diri, dia memandu dari JB. Mengambil masa untuk diri sendiri, katanya. Aku dengar, aku rasa itu gila dan mustahil untuk aku buat. Tapi satu kata-katanya yang benar-benar buat aku kagum, "It is not lonely, it is just alone".
Bila aku hampir sebak sebab terpaksa makan seorang diri, aku cakap pada diri sendiri, "Kau bukan lonely Ain, kau cuma makan alone". Aku tidak perlu salahkan sesiapa, merajuk dengan sesiapa, atau meratapi sebuah 'kehilangan'. Because actually I lost nothing.
Kita dapat apa yang kita perlu. Mungkin kita tak suka, mungkin kita tak mahu.
Apa yang kita perlu yakin dan percaya, hanya Dia Yang Maha Tahu.
Ain, you are not lonely, most of time now, you are just alone.
1 comment:
slm ayen. good luck okeh. hihi :)
Post a Comment