Monday, August 31, 2009

Salam Merdeka Buat Lala a.k.a eLLa

Assalammu'alaikum...

Sempena hari kemerdekaan Malaysia, tanah air tercinta ini, saya ingin merakamkan salam kemerdekaan buat Lala. Ini adalah kerana pada hari ulang tahun kemerdekaan yang ke 52 inilah pertama kali saya membaca blog Lala. hehehe.. Lala, boleh tahan berseni lah wei kau punya tulisan. I like..! Tapi aku hadkan pembacaan kerana aku tak siap kemas dapur dan sidai baju lagi. huhuhu.. Aku tukar profession kepada bibik di Melaka sebab my parents tengah sibuk buat 'kuih raya' yang bernama, songkok.

Okay, kembali kepada Lala, memang post yang aku cari-cari ialah post yang digembar-gemburkan ditujukan khas buat aku dan Mai. Lala..!! Aku dah baca..!! Terharu..!!

Tajuk post tersebut ialah, Mai dan Ain sedang meninggalkan saya... (sila klik untuk baca)

Wahai Lala, respon aku untuk tajuk post kau tersebut ialah,

Mai dan Ain sedang menantikan saya...

Cewah...

Lala, nanti kau bagitahu Husni, jangan nak kecil hati kalau aku tak buat post khas untuk dia. hehehe.. Tunggu ada post khas untuk aku dulu dari dia. Bak kata mak aku, what you give you get back. Husni, peace!!!

Eh Lala, kau tak ingat ke semalam hari jadi Kak Yati? Yang kau dok potong kek sama-sama dengan dia tahun lepas? hehehe..

Dear Kak Yati, aka mama, hehehe..
Ain tak reti lah nak cakap Happy Birthday kalau mama ada kat depan mata. hahaha.. Nanti kita beli belah, kira hadiah lah tu yer .. Love You.. Muaaahh..

Eh, balik kepada Lala semula, thanks for the post...!! (Lambat giler kan cakap thanks)

Wednesday, August 26, 2009

Untungnya umat Muhammad

Aku pernah dengar dengan dua telinga aku sendiri, seorang Muslimah bercakap kepada Muslimah yang lain,
"Untungnya kalau kita berada dalam zaman Rasulullah saw semasa hidup kan.."

Kenapa dia tanya macam tu, dan apa jawapan kepada dia, panjang ceritanya.
Apa yang penting untuk aku sampaikan, Allah Maha Pemurah dan Maha Bijaksana. Apa yang Dia aturkan adalah yang terbaik buat kita. Sekarang kita tetap umat Nabi Muhammad saw, umat akhir zaman walaupun kita bukan berada dalam zaman Baginda semasa masih hidup. Dan sebagai umat Muhammad, kita masih beruntung, sebesar-besar untung!

Lima kelebihan menjadi umat Muhammad, sumber : tazkirah selepas solat sunat tarawih, rabu lepas di Masjid Sultan Ismail, UTM Skudai.

Pertama
Walaupun umat Muhammad adalah umat akhir zaman. Paling akhir dihidupkan dan dimatikan di dunia. Tetapi umat Muhammad lah yang disusun oleh Allah swt sebagai umat pertama yang akan dihisab di akhirat kelak.

Kedua
Umat Muhammad, kalau mengerjakan kebaikan, pahala berganda-ganda. Tapi kalau buat keburukan, dosa tidak pula diganda-gandakan.

Ketiga
Umat Muhammad buat kemungkaran dan maksiat di dunia, tetapi Allah tangguhkan balasan hingga di akhirat. Bukan semuanya dan-dan semasa di dunia juga seperti kaum-kaum sebelum. Nabi Muhammad saw yang berdoa minta ditangguhkan balasan buruk kepada umatnya, kot-kot umatnya nak bertaubat.

Keempat
Hanya Nabi Muhammad, kekasih Allah, yang memiliki kuasa memberi syafaat, hanya kepada umatnya semasa di akhirat kelak.

Kelima
Dan umat Muhammad dihadiahkan dengan peluang merebut malam lailatulqadar.

Betul ke untung sangat menjadi umat Muhammad, umat akhir zaman ni?

Nabi Musa as pernah bertanya kepada Allah (Nabi Musa kan kalamullah, boleh bercakap-cakap dengan Allah)," ada tak kaum yang lebih baik dari kaum aku?"
Allah jawab, "ada, umat akhir zaman"
"Kalau begitu, aku nak jadi nabi kepada kaum itu. "
Allah jawab, "aku dah tentukan nabi untuk kaum itu".
Nabi Musa as cakap, "kalau macam tu, jadi umat nabi tu pun jadilah"
Allah jawab lagi, "aku dah tentukan siapa yang menjadi umat itu"

Nabi Musa mintak nak jadi umat akhir zaman, Allah jawab, Dia dah tentukan. Allah dah tentukan kita sebagai umat akhir zaman, umat Muhammad, dengan pelbagai kelebihan. Perlu lagikah keluar dari mulut kita 'harapan' untuk hidup di zaman selain dari zaman kita sekarang? Perlukah kita berfikir untungnya kalau kita bukan umat akhir zaman?

Maaf, aku memang tulis apa yang aku dengar dan catat je. Bila ada rujukan ayat Quran dan Hadis, aku tak berapa nak tangkap.

Friday, August 21, 2009

Malaysia negara bermusim?

Assalammu'alaikum warahmatullah...

Salam pertama aku dari UTM melalui blog ini. yeehaaa.. Lebih spesifik, dari tempat duduk Hanim yang kini sedang bercuti. Hanim mana? Hanim ini (klik).

Pernah ada kawan-kawan bukan warganegara Malaysia bertanya, "Malaysia negara bermusimkah?" wah.. hebat betul mereka berbahasa Malaysia. Aku terjemahkanlah wei..

"Bukan, Malaysia bukan negara 4 musim"

Jawapan fakta ilmiah.

Tapi ada jawapan fakta yang lain.

Malaysia ada musim. Musim buah-buahan. Musim perayaan. Dan dua kali musim panas, yang pertama Malaysia mengalami musim cikungunya (betul ke aku eja tu?) dan yang kedua Malaysia mengalami musim H1N1.

Malaysia negara bermusim. Titik.

=p

Haaa.. alang-alang ni, nak kongsi satu hal. Ada ustaz tu bagitahu, di Masjid Taman Universiti. Antara masa Maghrib ke Isya. 17/08/09. (Tak mampu spesifik kan lagi nama ustaz untuk rujukan). Ada satu lagu raya yang membawa maksud tidak seperti yang sepatutnya. Iaitu.

Sesudah bersembahyang.. di pagi raya..

alamak, aku tak ingat lirik lah. Malah tak ingat penyanyi dan tajuk lagu. Ustaz tu nyanyikan sikit. Tapi ni lagu evergreen lah. Ada part,

Allah...
Allah...
Allahu akbar...


dengan berlagu yang membuatkan Allahu tu jadi Allahuu (hu tu panjang) dan akbar tu jadi akbaaar (bar tu panjang). Akbaar membawa maksud rebana (betul kan kalau aku silap dengar) dan kalau 'huu' tu panjang, tak jadi makna. Maka, baris lagu tersebut yang sepatutnya menjadi takbir telah tidak memberi makna atau membawa maksud yang salah daripada yang sepatutnya, Allah Maha Besar.

Sekian

Selamat menyambut bulan Ramadhan...
Maaf di pinta atas segala silap salah.. Semoga kita berlumba-lumba mengejar rahmat Allah.

Monday, August 10, 2009

Imbasan Kisah Perantau

Penerbangan Amsterdam-Kuala Lumpur dengan MAS hampir 13 jam. Itu tidak termasuk perjalanan pergi lapangan terbang, check in barang, pos barang, berlari-lari cari gate boarding yang ale-ale tukar gate.. fuh.. Akhirnya.. "Selamat datang daripada Malaysia Airlines"

Selain makanan yang dinanti-nanti, menonton filem juga adalah antara perkara lain yang ditunggu-tunggu bila naik MAS ni. Mula-mula tengok The Soloist. Adeh, bosan aku. Akhirnya aku kurang fokus, syahid.. Maka aku kurang pasti cerita tu macam mana. hahaha.. Segar semula, tengok filem lain, My Life is Ruins. ke, in Ruins. hehe.. kisah perempuan Greece yang bekerja sebagai pemandu pelancong. Kisah pengembaraan, pelancongan.. Tengok filem tu, tiba-tiba ada mode sentimental pulak.

Al kisah mode sentimental... Imbasan Kisah Perantau... Teringat pengembaraan-pengembaraan aku...

Pengembaraan paling utama, tak payah nak terang lebih-lebih lah, kisah 4 beradik, aku, Mai, Lala, Husni, si kanak-kanak riang terbang buat kali pertama dari KLIA ke Warsaw airport. "Korang.. kita naik kapal terbang!!!" Gayat... Transit di Frankfurt, menyaksikan barang-barang yang tak lepas di Frankfurt, dibuang ke dalam tong sampah (kat KLIA lepas pulak kan). Sampai di Warsaw.. "Haa.. korang, ni lah tempat yang susah payah kita nak sampai ni.." huhuhu..

Dari Poland, ada pengembaraan dengan Husni dan Hazim (bakal pengantin ni ha...) ke UK.. Cardiff. Ditahan kerana disyaki 'pengganas'. Pengajaran pengembaraan tersebut ialah, jika seseorang itu boyfriend anda, sila sebut 'boyfriend', jangan sebut 'friend'. Jalan-jalan di Cardiff dan London. Tambah barang, tambah kawan, dan tambah gambar. hehe..

Tak lupa juga pengembaraan tiket sangat murah dari Warsaw ke Oslo. 4 beradik bersama 2 beradik lain dari Filipina. Merasa lah kami hidup di negara mahal, dikejar orang mabuk selepas perayaan hari kebangsaan Norway, merasa terapi tekak dan hidung dek roller coaster di Oslo dan membaca doa makan semeja dengan kawan yang 'bersalib' kerana berbeza kepercayaan.

Lain cerita pula dengan rakan-rakan sekursus di Poland. Makan-makan pertama dianjurkan oleh kami 4 beradik, the Malaysian girl sempena Aidilfitri pertama berjauhan dari keluarga masing-masing. huhuhu... Kemudian macam-macam makan-makan ada. Jalan-jalan ke taman, ke tapak sambutan kemerdekaan, ke rumah kawan-kawan Polish, ke rumah Profesor Kujawinska.. haih.. bestnya mengenangkan macam-macam ni =D

Mengembara pula ke Jena.. Seminggu berbengkel ditutup dengan pelukan dan air mata kawan-kawan yang cuma kenal setahun sahaja. Syahdu. Terharu. "Keep in touch ya...!!" Pesan semua.

Kembali merantau di bumi Belanda, pergi berdua. Walaupun tak semeriah tahun pertama di lapangan terbang, tapi tetap syahdu. Berbekalkan moto 'Pergi dengan harapan, Pulang dengan kejayaan'. Di Belanda, alkisah dengan kawan-kawan Malaysian di sana, dan teman-teman Indonesian juga. Makan-makan, borak-borak. Suka, sedih, sakit, itu lah tempat bercerita. Orang-orang Delft, Utrech, Rotterdam, Leiden, Wachenigen.. Anwerp di Belgium..

Dengan kumpulan Optik pula, belajar bermacam-macam budaya. Kursus yang membawa 10 orang ke St Gallen, Switzerland juga tak kurang menambah isi dalam kotak pengalaman. Walaupun tak serapat mana, tetap.. we had sun.. we had fun.. huhu..

Sekali lagi bengkel seminggu, tahun kedua di Paris pula. Jumpa kawan lama, dari jauh mereka berlari.. berdesup.. berpeluk erat. Tak tahu lah kalau pelajar universiti lain (London, Jena, Delft) juga macam tu, tapi kami pelajar Poland tahun pertama memang macam tu. Tu masa jumpa. Masa nak balik, mata masing-masing berkaca-kaca. What kind of friendship is this?? Love you guys...!!!

Pengembaraan lain, pun tidak ternilai harganya, pengembaraan ke bumi Mesir. 5 orang dari bumi Eropah disambut dan dilayan terlalu baik oleh tuan tanah, anak-anak Malaysia yang mengaji di Syubra, Kaherah dan Iskandariah. Pengembaraan lebih seminggu itu penuh dengan pembelajaran. Lebih penuh dari beg dengan barang-barang yang dibeli dan gambar-gambar yang dirakam dalam kamera. Aku rasa, pengembaraan yang ini lah yang paling banyak aku terimbas masa tengok filem My life in Ruins tu.. hahaha.. teeettt...

Belajar melihat sesuatu dari perspektif yang berbeza. Lain dari mata kasar, itulah mata hati.

Bukan saja kisah pengembaraan itu bermaksud aku yang keluar berjalan. Tak ketinggalan juga kawan-kawan yang belajar di Ireland, Rusia, Ukraine, Cardiff, Utrecht.. yang datang melawat aku dan Mai yang comel dengan ceria dan semangat. Mereka termasuk dalam kotak kenangan manis aku.

Macam-macam yang aku tengok, jumpa, buat, belajar.. Kotak pengalaman, kotak kenangan. Patutlah berat semacam beg aku. Sampai flight delay sebab tunggu barang-barang kargo masuk. hahaha... tak memasal..

Dalam penerbangan tu jugak, aku terfikir, kalaulah ini penerbangan terakhir aku, mungkin segala imbasan itu jugalah pengembaraan-pengembaraan terakhir aku.

Aku teramat yakin, aku menulis tanpa fikir flow ni. Nasib lah kalau kaf lam ya nga..

Owh.. balik pada tengok filem dalam penerbangan tu, filem seterusnya aku tengok, cerita My Girlfriend is an Agent, cerita korea.. best..

Eh, minum petang dah siap la.. hehehe..

Papai..

(rasa nak letak gambar-gambar dalam post ni.. tapi ale-ale malas pulak.. next post lah.. )

Wednesday, August 5, 2009

Sayonara Holland...

Catatan ringkas :

Sayonara Holland...

Ucapan penghargaan buat warga Delft, warga Utrecht (cik Senah dan cik Gayah), dan semua warga yang dikenali di Holland.. Terima kasih banyak-banyak..
dan minta maaf untuk apa-apa yang terkurang, terlebih, tersilap, ter ter ter..

All the best for everyone...

Malaysia.. I am coming...