"I know myself better than you..!"
Teriak aku dalam hati tanpa terkeluar sepatah kata atau senada bunyi, tapi cuma terzahir dengan muka yang masam, bengang, dan ketat sehingga hilang segala keayuan.
Aku marah sangat! Memang marah!
Aku dan kawan-kawan duduk mengelilingi satu meja sebelum satu kursus bermula di Dewan Alumni, UTM. Aku teruja, seronok. Rasanya kursus itu akan buat aku belajar banyak perkara, dan ada pengalaman-pengalaman baru. Memang a very good mindset at early in the morning..!
Sampai sahaja masa untuk kursus bermula, selepas sesi memperkenalkan penceramah, kami berempat diminta bertukar tempat duduk. Sebabnya? Kerana kami duduk agak ke belakang dewan. Ada kerusi kosong di meja-meja bulat yang lain di hadapan (depan sikit je pun), tapi tak cukup untuk kami duduk berempat bersama-sama. Perhatian memang ditumpukan sepenuhnya kepada kami. Yelah, yelah.. kami tukar tempat duduk lah.. huh..
Kami duduk depan sekali, di bahagian tepi. Berbanding dengan meja pilihan kami tadi, tak lah belakang jauh sangat yang tak masuk akal, tetapi meja itu berada di tengah-tengah dewan. Jadi, bayangkanlah, bila duduk meja bulat, dan disebelah tepi. Hmm.. kena lukis ni...
Aku berada di posisi yang aku terpaksa menyengetkan kerusi dan badan aku untuk melihat muka penceramah. Dan kedua-dua siku aku tidak boleh berada di atas meja jika aku ingin menghadap muka penceramah. Arrghh, kalau nak disenaraikan keburukan tempat duduk kedua aku itu, memang banyak. Aku tak selesa. Inilah punca aku marah. Seawal jam 9 pagi aku dah bengang padahal kursus itu akan berlangsung sehingga jam 5 petang!
Aku dah rasa nak tukar tempat duduk masa tu juga! Memang akan sangat dilihat lah ; duduk depan, baru lepas disuruh pindah, tiba-tiba nak pindah lagi. Dan kalau ditanya oleh penceramah, aku nak cakap,
"tempat duduk itu menyusahkan saya, dan saya tidak selesa"
"I know myself better than you..! Siapakah kau untuk menentukan tempat duduk mana yang lebih bagus untuk aku? Hanya aku yang tahu tempat duduk mana yang aku selesa. Kalau tak selesa, bukan masalah kau, tapi masalah aku!"
Tak payah cerita lah bab kami berempat taknak berpisah. Itu juga kepentingan keselesaan kami. Tolak bab ini ke tepi.
Marah dalam hati.
Tapi terzahir dengan muka yang bengang dan tulisan di kertas.
Aku tak senyum langsung dengan penceramah yang seorang lagi (ada dua penceramah) padahal kami duduk semeja!
Aku tak memberi respon positif juga kepada penceramah yang sedang bercakap, sebab hangin dengan ketidak-kondusif-an tempat duduk aku. Tempat duduk secara paksa itu.
Masa minum pagi pun sampai. Kawan aku mula berbual dengan penceramah di meja kami itu dengan satu soalan. Akhirnya jadi perbincangan kumpulan yang rancak, tanpa menghiraukan minum pagi yang terhidang di luar dewan. Perbincangan semakin menarik pada setiap masa rehat. Masa senggang dan peluang duduk semeja dengan para penceramah membolehkan perkongsian yang lebih banyak dengan santainya dapat kami rasa.
Lama kelamaan, aku dah lupa dengan kemarahan aku jam 9 pagi itu.
Lama-kelamaan, aku semakin bahagia dengan 'meja paksaan' kami itu.
Lama-kelamaan, ketidakselesaan aku tidak lagi membebankan.
Lama-kelamaan, hati aku tidak lagi sakit sebab memberontak nak marah penceramah dengan ayat "I know myself better than you.." sebab akhirnya aku sedar, Allah knows myself better than me.
Allah takdirkan aku ke meja itu, ke kerusi itu, bukan dengan sia-sia.
Biasa kita dengar, kadang-kadang kita suka sesuatu, tapi itu bukan yang terbaik untuk kita. Dan kadang-kadang kita bencikan sesuatu, padahal itulah yang terbaik untuk kita.
Yes, I know myself better than you.
But Allah knows myself better than me.
and, He knows you better than yourselves!
1 comment:
yeah..
sangat betul ayen..
huhu~
Allah knows better..
Post a Comment