Wednesday, June 2, 2010

Aku dari Malaysia, Dia dari Palestin

Assalammu'alaikum ..

Semalam, dalam perjumpaan bulanan bersama Naib Canselor UTM, Prof. Dato' Dr. Ir. Zaini Ujang ada sebut, tentang beliau tidak kisah menyebut perkara yang sama berulang-ulang kali kerana beliau memegang pendapat bahawa, apalah gunanya kalau selalu sebut tentang perkara baru kalau perkara yang lama (telah disebut) tidak lagi terlaksana. "Saya tak kesah nak ulang lagi perkara ini...", tegas beliau.

Cewah.. Jujur, aku tak suka buat karangan Berita kalau dalam subjek Bahasa Melayu masa sekolah dulu. Nasib baik BM dalam A. Haaa.. sebut pasal ulang tayang, sudi aku nak 'quote' semula salah satu tulisan aku satu ketika dulu (tak de orang lain nak quote, kita quote sendiri jadilah)

Selepas membaca dua artikel daripada dua blog (ke, website?) iaitu penulisan Ustaz Hasrizal dan Ustaz Zaharudin, aku 'bangun' semula. Okay, berikut adalah tulisan aku yang nak aku quote, dengan sedikit ubah suai.

******************
Dia peduli, kita?

Kisah pada suatu Ahad di bandar Paris, Perancis (France). Aku ke sana sempena bengkel anjuran program pengajian aku. Omputeh panggil, summer workshop. Memang wajib pergi pun. Dah termasuk dalam yuran pengajian dah. Jangan nak dakwa dakwi kata aku pi joli ye. hehehe.. Tapi memang sewel lah kalau alang-alang dah sampai tak berjalan-jalan kan =D

Kami bertiga (dua lagi tu, Masters in Optical Engineering di Warsaw University of Technology, Poland. Malaysian muslimah) keluar berjalan-jalan. Kami dok leka berbual, sampai tak perasan dah sampai hentian yang sepatutnya semasa dalam metro. Metro ni macam kenderaan underground. Tak tau nak samakan dengan apa kat KL sebab aku ni buta KL sikit. hahaha..

tet, tet, tet...! Bunyi pintu metro hampir ditutup.

Maka, kami pun berlari keluar pintu metro tu. Aku rasa aku macam melompat ala-ala power puff girl dah. Malangnya, seorang lagi kawan aku tertinggal kat dalam metro tu. Kami gelak je. Ala-ala riang. Sebab, apa la yang susahnya kan. Dia turun lah di hentian yang berikutnya, dan naik metro arah bertentangan pula untuk jumpa kami kan... Kami tenang...

Semasa menunggu kawan yang tercicir, kawan aku yang selamat melompat keluar bersama beritahu,
"Aku nampak muka sorang pakcik tu sangat kesian dengan kita, Yen.."

Dah macam mata wang Jepun dah dia panggil aku kan.
"owh, ek?"
Kami pun terus menunggu dengan tenang dan santai.

Metro seterusnya sampai, kawan kami yang tertinggal dah keluar. Dengan muka yang agak ganjil. Suka ke, malu ke, sedih ke, terharu ke, sakit ke, hentah. Dia memang suka buat muka ni.. Nak jadi mak budak dah pun sekarang..

"korang.. tau tak.. tadi kan, ada pakcik tu tanya aku, nak pergi mana"
"owh.. pakcik belakang kau tu ek?"
"haa.. ha ah.. aku tunjuk lah nama stesen tu. tapi kene la pergi balik stesen ni kan. aku tak reti sebut, aku tunjuk la kat map. dia kata dia tak nampak. mata dia sebelah tu buta kot. dia tua la jugak kan"
"haa.. pastu..?"
"dia teman aku turun kat next stop tu... sepanjang dalam metro, dia selawat je banyak-banyak. aku macam terharu sangat. aku kata la, it is okay, i can go by myself. tapi dia teman gak"
"ooh.. tu la, tadi pun aku nampak muka kesian dia"

"pastu, dia siap mintak tolong sorang lelaki muda hantar aku naik metro ni tadi. aku kata, takpe lah kan.. dia sangat risau aku.. "
"tu la.. agaknya dia tengok budak ni sorang-sorang, macam kesian sangat dah ni"
"tu la pasal. terharu aku... kitorang sempat la borak-borak. dia tanya dari mana. lepas aku jawab Malaysia, aku tanya dia pulak. dia dari Palestin"

Kami masa tu terkedu.

"haa.. aku tadi pun terkedu. tak tau nak jawab apa" huhuhu...
"pastu, dia ada cakap something yang buat aku terharu sangat.."
"apa dia?"

Kitorang terus berbual tanpa kesah apa yang ada kat keliling kitorang. Lantak korang la kami bercakap kuat dan penuh perasaan. hohoho.. Kami orang Malaysia kan..

"pakcik tu cakap, kalau ada apa-apa masalah, mintak tolong orang Islam. kalau nak mintak tolong, tengok muka orang tu betul-betul, kita akan tau orang tu orang Islam"

hmm.. Pakcik tu sangat risaukan keselamatan seorang muslimah, kawan kepada dua muslimah yang lain. Risau kan kami yang berada di bandar yang masih selamat, di siang hari, yang sedang riang. Risaunya dia, sampai temankan, dan memberi pesan. Dia selawat banyak-banyak. Dia tolong sungguh-sungguh walaupun entah ke mana destinasi sebenar dia. Walaupun kurang cergas fizikal, dia SANGAT SAYANGKAN KESELEMATAN ORANG SEAGAMA DENGANNYA dan berusaha MENJAGA...!

Dia risau tentang kami, tapi.. Apa yang aku dah buat, tanda aku kesah tentang KESELEMATAN ORANG SEAKIDAH DENGAN AKU KAT PALESTIN SANA? Mungkin anak-anak pakcik tu? Cucu-cucu? Kawan-kawan pakcik tu? Apa yang aku dah buat dan akan buat...???

Dia peduli, kita?

******************

Dari Ustaz Hasrizal, Palestin Memanggil Kamu Kembali Kepada Islam
dan dari Ustaz Zaharuddin, Pengganas Yahudi Zionis Menyerang Lagi!

6 comments:

lala said...

aku pon ingat cite ni yen... sob3.... aku igt lagi muke die pandang sayu gile kat husni mase pintu dah tutup...

sanggup tu die turun metro utk temankan husni seberang balik, naik train.... pastu mesti die kene seberang balik utk pegi tempat die dalam2 die tak berapa nampak tu pon

ayen =D said...

huhu.. aku tak memasal baca balik post aku yg dulu tu kan, sendiri rasa meremang semula.. tu repost.. huhuhu..

eh lala.. secara otomatik watak dua kawan aku dlm cite ini revealed by you.. hahaha

fiziskandarz said...

this is soooo true! masa kitorang kat barcelona arituhs jalan2 nak naik train gaks [ hoho meeting point in metro seems like a universal thing here eh ] ada pakcik tuhs bagi salam + panggel kat carpark. pastuhs borak2 pastuhs dia terus kasik makanan bagai. subhanallah :)

siti khadijah ali said...

ayen sayu ye aku bace post ko yang nih..:(..terharu sagt sagt sagt...

HHJ said...

sampai sekarang masih lg ade mix feeling bila ingat pak cik tu..apa kabar dia sekarang ye..dah balik palestine ke..masih di paris ke..betul la yen..aku beru terlepas stesen dia punye risau macam aku terlepas flight n lps tu dah xde duit dah..wpun kruang upaya..tp tetap nak menolong..sedih bile ingat dia dok belek peta aku tu sbb xnampak stesen ape aku tunjuk..semoga pak cik dan semua rakyat palestine sentiasa dalam lindungan Allah..

ayen =D said...

kan kan kan.. fiziskandar..

siti, ko nk sayu lagi tak? meh aku cite live kt ko.. ngeh3...

ha ah husni, kaklongku.. amin.. smoga tenang sentiasa hendaknya diorang..